Monday, February 13, 2012

membaca


Assalamualaikum..

Dulu-dulu masa saya masih kecil hobi yang biasa saya dengar ialah mengumpul setem,main layang-layang, main basikal dan macam-macam lagi yang sekarang ini memang jarang kita akan dapat dengar orang mempunyai hobi sedemikian. Salah satu hobi yang paling kerap dan gemar di sebut rakan-rakan ketika itu ialah MEMBACA.

Saya juga tak terlepas dari menyebutkan yang hobi saya ketika dulu juga ialah membaca. Abah saya ketika saya masih kecil sangat rajin membawa saya,akak dan adik saya pergi ke perpustakaan awam sultan ismail di larkin semata-mata nak suruh kami membaca buku-buku yang ada di sana. Jarak perjalanan antara rumah saya dengan perpustakaan lebih kurang setengah jam perjalan. Bukan setakat itu sahaja malah abah juga telah mendaftarkan kami sebagai ahli yang membolehkan kami untuk meminjam buku-buku yang ada di sana untuk dibawa pulang dan membacanya di rumah. Saya ingat lagi ketika itu kami hanya di benarkan untuk meminjam 3 buku sahaja jadi 3 buku inilah kami bawa balik dan berlumba-lumba untuk habiskan buku yang telah kami pinjam.

Pernah satu ketika saya pernah terhilangkan buku yang saya pinjam, dan tak pasal-pasal abah saya terpaksa membayar ganti rugi. Bila cari-cari balik ada buku yang di pinjam tersorok di balik buku-buku yang ada di rumah kami. Ini belum kes pulang lambat lagi banyak kali sampai sudah hampir 2minggu baru nak pulangkan buku.hehe..

Alhamdulillah, berkat susah payah abah inilah kami adik beradik adalah sedikit sebanyak minat untuk membaca paling tidak pun buku cerita. Dan berkat itu jugalah abang-abang dam akak saya dapat belajar di luar negara lanjutkan pelajaran di peringkat yang tertinggi.

Pepatah arab ada mengatakan yang maksudnya “ membaca pembuka ilmu “ salah satu cara untuk kita dapat menambah ilmu adalah dengan cara membaca banyak yang kita akan dapat bila kita membaca ini. Dengan ilmu juga kita dapat hindarkan diri dari kena tipu bayangkanlah kalau kita tidak tahu pasal kereta senang-senang sahaja orang nak tipu. Jadi sekurang-kurangnya walaupun kita tak pakar dalam satu bidang kita perlu tahu apa-apa yang asas dalam bidang itu.

Jadi, betapa ilmu di hargai sehingga dikatakan ‘jika kamu hendak berjaya di dunia ini adalah dengan ilmu, dan jika kamu mahu berjaya di akhirat juga dengan ilmu, danjika kamu mahu berjaya kedua-duanya juga dengan ilmu.

Selain itu,kita perlu kaitkan ianya dengan kekuasaan Allah kerana semua ilmu yang ada di dunia ini hanya dari Allah. Allah maha mengetahui dan kita perlu rasa yang kita ini tak dapat kuasai sesuatu ilmu tanpa kehendak dari Allah. Marilah panjatkan kesyukuran kita kepada Allah.

Sekian..= )

Tuesday, February 7, 2012

hanya kerana jasad

assalamualaikum..

pada zaman dahulu telah menjadi kebiasaan orang-orang bangsa arab di kawasan bandar untuk menghantar bayi mereka ke pendalaman/kawasan kampung ini di sebabkan beberapa faktor yang mereka rasa dapat memberi menafaat kepada bayi mereka diantaranya ialah

  1. melatih bayi mereka untuk hidup dalam suasana yang mencabar
  2. mengajar anak mereka untuk berdikari
  3. supaya bayi mereka dapat di asuh dengan suasana kampung yang aman dan damai
malah banyak lagi faktor-faktor yang membuatkan orang-orang arab bandar pada zaman dahulu sanggup menghantar anak-anak mereka ke kawasan kampung. oleh itu, pada suatu hari telah pergi sekumpulan kabilah-kabilah dari kaum badwi(kampung) ke mekah untuk mengambil bayi-bayi di mekah untuk di asuh. Setelah kesemua bayi-bayi penduduk mekah telah di ambil maka muncul seorang perempuan yang kelihatan kusut masai dengan hanya menunggang se ekor tungangan yang lemah dan sangat kurus ditemani suaminya, tetapi sunnguh malang kesemua bayi-bayi telah di ambil oleh wanita-wanita pengasuh yang terlebih dahulu sampai sebelum dirinya.

Sedihnya hati apabila kesemua bayi telah di ambil oleh wanita-wanita pengasuh yang terlebih dahulu sampai, setelah puas berpusing akhirnya pasangan suami isteri ini menjumpai seorang wanita yang sedang mengendong anaknya menunggu bayinya untuk di ambil untuk di asuh di kawasan kampung. susuk wanita ini tidak seperti wanita-wanita mekah yang lain yang nampak agak mewah dan berada. hasrat hati pasangan ini ingin mencari golongan berada yang mampu memberi mereka upah yang banyak untuk meyara kehidupan mereka yang serba kekurangan, setelah berbincang dengan suaminya sang isteri lantas pergi untuk menawarkan diri kepada wanita tersebut mengambil bayi yang dikendong wanita tersebut untuk di jadikan anak susuan dan asuhannya.

Alangkah terkejutnya wanita ini apabila sesuatu yang pelik telah dirasai terhadap dirinya sebaik sahaja bayi yang dikendong oleh wanita tersebut beralih ke tangannya bukan sahaja badannya terasa lebih segar malah bertambah sihat dan bertenaga. selain itu susu di dadanya juga terasa bertambah. itulah dia ibu susuan nabi kita junjungan besar muhammad sollahhu alaihiwassalam. halimatus sa'diah. Diktakan dalam satu riwayat ketika halimatus sa'diah balik daripada kota mekah menuju ke kampung halaman tunggangannya juga bertambah cergas sehinggakan wanita-wanita lain terkejut melihat tunggangan halimatus sa'diah dapat mengejar mereka setelah jauh meninggalkannya.


Sepanjang nabi muhammad sollahhu alaihiwassalam. berada dalam jagaan dan asuhan halimatus sa'diah, beliau mendapat begitu banyak nikmat dan rezki yang melimpah ruah bukan sahaja terhadap dirinya malah untuk seluruh keluarga malah ternakan dan tanamannya juga sangat-sangat menjadi jika hendak di bandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.

itulah dia,sebuah kisah bagaimana Allah nak tunjukkan pada kita bahawa betapa Allah sangat-sangat suka dan menjaga mereka-mereka yang menjaga dan memelihara kekasihnya nabi muhammad sollahhu alaihiwassalam. Halimatus sa'diah ketika itu hanya mengambil jasad nabi sahaja Allah telah beri banyak nikmat dan rezki kepada halimatus sa'diah banyak nikmat dan rezki, cuba pula kita banyang kalau kita ambil dan jadikan sunnah kehidupan nabi daripada nabi bangun tidur sampailah baginda tidur semula begitu banyak sunnah yang boleh kita contohi dan teladani sebgai cara hidup,betapa banyaknya limpah kurnia dan rahmat yang Allah akan beri pada kita. Adakah semua ini mustahil? Allah boleh beri lebih banyak dari apa yang kita sangka.

Jadi,marilah kita sama-sama kembali untuk amalkan sunnah-sunnah nabi muhammad sollahhu alaihiwassalam. yang telah lama kita abaikan,yang telah lama kita lupakan, yang telah lama kita ambil endah tak endah.

di bawah ini saya selitkan doa yang boleh kita amalkan bersama

'Ya Allah rezkikan kami untuk mengikut sunnah nabi muhammad sollahhu alaihiwassalam. daripada awal dan akhir, daripada zahir dan batin, daripada percakapan dan perbuatan, daripada ibadat dan amal-amal soleh"

amin,ya rabbal alamin...

p/s: doa versi arab akan diletak kemudian.terima kasih

nabi muhammad sollahhu alaihiwassalam.

Friday, February 3, 2012

kuku-kuku ku


Assalamualaikum..

Hari ini,hari jumaat ianya juga di panggil ‘saiyyidul ayyam’ iaitu ketua segala hari. Banyak kelebihan dan fadhilat yang telah di anjurkan dalam islam salah satu darinya ialah potong kuku. Lihat, betapa indahnya islam sangat-sangat mementingkan kebersihan hingga dalam bab kuku pun islam ada menitik berat.= )

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."

(Hadis riwayat Ahmad) Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."

Di sini juga ada cara kita memotong kuku setahu dan yang pernah saya belajar

Mulakan memotong kuku jari tangan dengan memotong jari telunjuk tangan kanan,kemudian jari hantu,jari manis dan jari kelingking. Seterusnya potong jari kelingking tangan kiri, kemudian jari manis,jari hantu,jari telunjuk,ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Manakala bagi memotong kuku jari kaki pula,di mulakan dengan kuku kaki kanan jari kelingking berturutan sehingga la di akhiri dengan jari kelingking kaki kiri. Jika tidak faham dan tak dapat gambaran yang jelas boleh lihat gambar di bawah.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

sini saya letakkan juga info menarik tentang kuku kita dari American Academy of Dermatology , perhimpunan doktor spesialis kulit di Amerika memberi fakta-fakta berikut tentang kuku manusia:

1. Kuku tumbuh sekitar 0,1 mm per hari.

2. Kuku jari tangan cenderung tumbuh sedikit lebih cepat dibanding kuku jari kaki.

3. Kuku jari kaki kurang lebih dua kali lebih tebal daripada kuku jari tangan.

4. Secara umum, kuku cenderung tumbuh lebih cepat selama musim panas dibanding musim dingin.

5. Kuku kaum laki-laki tumbuh lebih cepat dari kuku perempuan.

6. Kuku di tangan yang dominan cenderung tumbuh lebih cepat.

Itulah beberapa fakta tentang kuku kita sendiri. Semoga bermanfaat dan selamat beramal..= )



Thursday, February 2, 2012

cacar air

Assalamualaikum..

Semalam selepas puas berjalan di putrajaya saya singgah pula di rumah abang saya di bandar teknologi kajang. Kasihan anak sedara saya radzwa terkena penyakit cacar air (chicken pox). Baru saya tahu yang sebenarnya ada perbezaan antara cacar air (chicken pox) dan demam campak.

Sebelum ini saya ingat kedua-dua ini adalah satu penyakit yang sama.huhuhu.Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Manakala virus cacar air,Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).



Sebaiknya cacar air ini kita dapat pada waktu kecil kerana parut dan kesan dari ruam yang timbul lebih mudah hilang. Saya juga pernah diserang cacar air pada usia saya 15 tahun,dan akibatnya untuk sembuh dari penyakit ini saja dua minggu saya terlantar di rumah dan kesan dari cacar air masih ada sampai sekarang. Sini saya ada bagi sedikit tips untuk mereka yang terkena cacar air.

Doktor biasanya akan bagi ubat paracetomol (untuk demam) dan calamine losyen (untuk gatal) sahaja. Di samping itu, boleh juga dapatkan ubat anti viral dari klinik berbayar tapi harganya agak mahal.

Selain kita mencuba kaedah perubatan dari klinik, apa salahnya kita turut praktiskan cara rawatan menggunakan petua orang tua-tua untuk penyakit demam campak. Terdapat banyak pantang larang dan ada pelbagai versi;

1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.

2. Untuk mengelakkan gatal pada badan pula, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).

4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.

5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.

6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.

7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.

8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.

9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.

ok la ye,petang tadi baru sampai skudai setelah berjalan-jalan di sekitar kuala lumpur dan penat pun masih tak hilang lagi. Buat Radzwa moga cepat sembuh ya..

inilah radzwa..= )


setalah di sapu krim

Wednesday, February 1, 2012

hang out day


assalamualaikum..

selepas kami (saya,mak & abah) ziarah adik saya di kisas, kami terus ke rumah abang saya yang kedua di putrajaya lawat akak ipar saya yang baru melahirkan anak yang ke lima. hari ini ialah hari wilayah perseketuan, jadi abang saya bawa kami berjalan di sekitar putrajaya bersama anak-anaknya. umminya tak dapat nak ikut di sebabkan masih dalam pantang.




ok itu saja buat hari ini... Tahniah buat kak sara yang selamat di ijab kabulkan pada hari ini (anak pak din & mak nah jiran sebelah rumah)