Monday, September 17, 2012

tetamu Allah..



Assalamualaikum..

Saya baru sahaja balik dari majlis meraikan bakal-bakal haji dan hajjah di masjid. Alhamdulillah, seramai 15 orang yang telah t]erpilih untuk menjadi tetamu Allah menunaikan haji di baitullah. Saya di fahamkan dalam Malaysia sahaja hampir satu(1)  juta(948ribu) manusia sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji tuntun rukun islam yang kelima ini. Tapi, dalam ramai-ramai ini hanya 28 ribu orang sahaja yang Berjaya mendapat kuota mengerjakan haji.

Seronok melihat pakcik-makcik yang dapat pergi menunaikan haji bila melihat mereka ini saya turut bersemangat untuk pergi menunaikan haji juga. Bagi yang belum mendaftar untuk menunaikan haji di Tabung Haji (TH) baik cepat-cepat mendaftar kerana pagi tadi abah saya telefon TH Kota Bahru(TH Johor masih cuti ganti Hari Malaysia) mengenai giliran pergi haji ini, formulanya ringkas jika kita mendaftar sekarang maka 30 tahun mendatang barulah kita dapat kuota(jika masih diberi peluang hidup). Tak banyak pun, jika sudah ada RM1,500 sudah boleh mendaftar.


makam nabi

masjid nabawi

masjidil haram

Buat pakcik-makcik yang pergi menunaikan haji nanti apa yang saya minta ialah doakan saya supaya saya juga dipilih untuk menjadi tetamu Allah serta sampaikan salam saya buat kekasih juga junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam.

Sekian.. = )


Wednesday, September 12, 2012

berhabuk dah kasut


Assalamualaikum..


2-3 hari ni saya sering ternampak orang pakai baju sukan yang baru lepas berjogging ataupun beriadah baik saya hendak pergi ke pejabat ataupun balik dari pejabat mesti akan ternampak walaupun seorang.


Sudah lama rasanya saya tak beriadah keluarkan peluh di badan tadi lepas balik dari solat cuba-cubalah cari kasut sukan saya, akhirnya jumpa juga kasut sukan saya nasib baik tak hilang Kesian kasut tu sudah terperosok di bawah rak kasut (Nampak sangat tak pernah sentuh).
 
Semasa saya di UiTM Segamat terdapat satu budaya yang saya suka iaitu beriadah kerana budaya ini buatkan orang malas pun turut akan keluar untuk sekurang-kurangnya makan angin keliling satu kampus. Kampus segamat tak adalah besar mana satu pusingan mungkin ambil masa 10-12 minit.


Budaya beriadah ini juga telah di titik berat oleh pengarah kampus ketika itu Prof. Hj. Muhd. Kamil(penulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman) sehinggakan beliau mengadakan sesi berjogging bersamanya selepas solat subuh  dan setiap kolej perlu menghantar wakil untuk berjogging bersama beliau.



Kalau nak tengok orang ramai beriadah dan berjogging di UiTM Segamat waktu yang terbaik ialah ketika musim peperiksaan akhir semester mesti penuh jalan. Iyalah, kadang-kadang tension dengan periksa pagi tadi atau dari pagi tak dapat jawapan latihan yang dibuat nak sambung belaja otak sudah tepu duduk pula terceruk di hutan jauh dari Bandar maka beriadah adalah pilihan yang terbaik untuk bagi otak kita release.




Jom bersenam!  Sebab akal yang sihat terletak pada badan yang sihat(Al-‘aqlu salim fil Jismi salim). Beriadah untuk badan sihat supaya dapat terus beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya.

p/s : jangan duk terperuk kat bilik je.

Sekian.. = )


Tuesday, September 11, 2012

jiran = sifat seseorang


Assalamualaikum..

Waktu saya tengah sibuk mengosok kain cadar sebagai persiapan untuk kak sarah dan keluarga mertua( anak jiran sebelah rumah) yang akan duduk di guesthouse milik Abah,mak tiba-tiba bertanya kepada saya, “anatara jiran dan saudara-mara mana yang patut kita utamakan?” erk..saya yang masih lagi dalam keadaan tak berapa nak fokus terkedu mendengar soalan yang di ajukan oleh mak sebab jarang mak menanyakan soalan kepada saya.

Sama-sama penting

Saya mengambil masa untuk menjawab soalan mak ini, bagi saya saudara mara penting sebab merekalah ahli keluarga kita insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Tetapi lain pula jawapan yang mak berikan “jiran lagi pernting zaki, jiranlah yang akan ambil tahu pasal kau,tolong kau bila susah, jagakan rumah bila kau tak ada cuba kau fakir tak kan mak ngah kat melaka nak datang ke sini untuk jagakan rumah bila kita tak ada.”




Bila saya amati memang penting juga jiran ini, kalau tidak tak adalah pepatah arab menyatakan “Al-Jarr Qobla Darr”- jiran sebelum rumah. Pepatah ini menyarankan kita tengok dulu dengan siapa kita akan berjiran sebelum kita hendak tinggal di rumah yang ingin kita diami. Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi ia memberi kesan yang mendalam dalam jangka masa yang panjang.

Peralihan sifat

Banyak orang tak sedar dengan memilih untuk berjiran dengan orang yang baik secara tidak langsung sifat-sifat baik jiran kita juga akan kita dapat secara tidak langsung begitu juga sebaliknya jika kita berjiran dengan orang yang selalu membuat perkara buruk setiap yang dia lakukan sedikit sebanyak tempiasnya akan terkena pada kita juga.

Saya sering melihat bila seorang ini berjiran dengan orang yang kuat bergaduh/cari pasal maka dia juga akan turut jadi orang yang suka bergaduh/cari pasal(tidak semua orang yang jadi begini) padahal jarang lihat dia ini bergaduh semuanya sebab terkesan dengan sifat dari jiran yang duduk berdekatan dengan beliau.

Saya sendiri juga mengalami perkara yang sama dimana apabila saya duduk sebilik dua orang di apartment yayasan melaka maka apabila sudah hampir satu semester kami duduk sebilik dia telah terikut apa yang saya selalu buat dan saya juga terikut apa yang dia selalu buat TANPA SEDAR!

Hal ini boleh juga kita kaitkan dengan satu hadith dari nabi Sollahu ‘Alaihi Wassalam yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.




Selepas itu saya terus cepat-cepat menyiapkan kerja yang diberi oleh mak dan balik ke rumah yang kami tinggal bersama jiran-jiran yang baik dan suka membantu.




Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032)



 p/s : pepatah yang sama maksud "Ar-rafiq Qoblat Thoriq"- kawan sebelum jalan-

Sekian..= )


Tuesday, September 4, 2012

rahmat di sebalik tali gantung


Assalamualaikum..



Ada orang kata dengan saya “orang yang mati di tali gantung ni untungkan?”
Mendengar apa yang dikatakan oleh hamba Allah imi membuatkan saya berminat untuk dengar lebih lanjut apa yang cuba beliau mahu sampaikan. ”iyalah, mereka ni awal-awal lagi sudah tahu bila diorang nak mati” maka bolehlah mereka buat persediaan menghadapi detik kematian yang bakal di hadapi”. ”ooo,macam tu rupanya” saya membalas.

Dalam surah Luqman, ayat yang ke-31 Allah subhanahu wata’ala berfirman

”dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.”

usai perbualan antara kami ini, memberi saya ruang pandangan yang berbeza kepada mereka yang di jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Dalam sedar tak sedar Allah dengan kasih sayangNya telah memberikan satu nikmat yang tak terhingga buat mereka ini iaitu TAUBAT.

Untungkan mereka? Walaupun mereka telah banyak melakukan kesalahan masih lagi diberi peluang untuk minta ampun kepada Rabb yang maha pengampun ini. Insya Allah..Perkara ini tidak mustahil malah tiada yang mustahil di sisi Allah banyak kisah dan cerita yang kita boleh cari dan dengar seperti kisah seorang pembunuh yang jahat yang telah membunuh 99 orang tetapi pada akhirnya Allah tetap masukkan dia kedalam Syurga kerana dia mahu bertaubat kepada Allah.

Detik kematian adalah pasti, malah ianya adalah satu perkara yang Allah telah tetapkan bersedia atau tidak iaanya akan datang menjemput kita tidak lambat walau sesaat malah tidak pula cepat walupun sesaat.

Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.



Sekian..= )