Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

kematian itu pasti...



Assalamualaikum..

Pagi tadi dapat panggilan dari seorang kenalan

“ki,kau kat mane?kau tau tak abang *** dah meninggal.lepas Zohor kebumi”

Panggilan tamat fikiran saya melayang seketika sepanjang perkenalan, beliau seorang yang ceria dan baik.
 
sampai satu saat dia menghidap kanser tahap 4 yang jarang-jarang orang kena dalam dunia 1 dari 100 orang.
 
walaupun ditimpa ujian seberat ini beliau tetap tabah dan redho.setiap kali menziarahi beliau pasti rase insaf,entah bila giliran diri ini.

moga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amiin.
inna lillah wa inna ilaihi roji'un..

gambar hiasan


lepas zohor tadi, arwah sudah selamat dikebumikan. Alhamdulillah saya berpeluang hadir solat jenazah sehinggalah selesai majlis pengkebumian. Apabila sebut pasal kematian macam-macam pekara akan menerjah masuk ke fikiran kita.

Sedia atau tidak,muda atau tua,lelaki atau wanita,kanak-kanak atau dewasa apabila sudah sampai ‘masa’nya pasti akan pergi. Ketika itu harta yang banyak,,anak yang ramai,kedudukan dan pangkat yang tinngi tak dapat membantu kita menghadapi sakaratul maut. Iman dan amal lah perisai dan benteng terakhir kita dalam menghadapi sakit yang paling sakit di dunia(ulama ada syarah bagai kulit dihiris 70kali)

Arwah sudah pun selamat dan tenang di’sana’, kami yang tinggal ni pula perlu teruskan kehidupan yang mendatang yang penuh dengan tipu daya.  Duniya mata’ul ghurur(dunia ini hanyalah tipu daya/jsenda gurau/main-main)

Ya Allah, kau tariklah nyawa ku dalam keadaan kau redha kepada ku.



p/s : kematian adalah pekara yang sangat dekat dengan kita sama seperti rezki. Habis rezki kita kematian pula datang menjemput.

Sekian..=)


Saturday, July 20, 2013

ramadhan yang berlalu

Assalamualaikum..



Hidup ini umpama kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika cantik coraknya sedaplah mata memandang.


Sebenarnya saya hampir terlupa, satu peristiwa penting yang sangat berbekas di hati saya. Ianya adalah pemergian nyai(nenek perempuan) kami mak kepada abah yang meninggalkan dunia menghadap ilahi. Perginya di bulan ramadhan yang mulia ini sangat-sangat di cemburui.

Cara Mati

Imam ghazali ada berkata “ cara mati kita di tentukan oleh cara hidup kita”. Berapa banyak kita habis sesuatu perkara dengan cara itulah kita mungkin dipanggil menghadap ilahi. Seperti imam abu hanifah yangh minat membaca dan sentiasa dikelilingi dengan buku dan ilmu dia meninggal juga dalam keadaan bersama buku.

Pernah tidak kita terfikir bagaimana cara kita mati nanti? Adakah kita akan mati secara khusnul khatimah(pengakhiran yang baik) atau su’ul khatimah (pengakhiran yang buruk)..na’uzubillah min zalik.

Saya sering diberi perumpamaan yang baik mengenai saat akhir kematian ini. Kisah mengenai sebuah lori mengangkut barang(katakanlah lori tersebut ialah lori bawa kicap)



Jikalau sebuah lori membawa kicap berlanggar dan kemalangan. Apa yang akan keluar /tumpah dari lori tersebut pasti dan mesti yang keluar adalah kicap!. Begitulah perumpamaan hati kita dan juga diri kita. Jika kata-kata yang baik,zikir,tasbih dan tahmid yang selalu dituturkan maka in shaa Allah perkara yang sama juga akan keluar keluar ketika kita di saat sakaratul maut begitulah juga sebaliknya.

Siapa yang akhir kalamnya dari kata-kata la ila ha illa Allah(kalimah toyyibah) masuk syurga dia(hadith)




Ramadhan sudah masuk fasa ke dua(2)-KEAMPUNAN.

Marilah kita sama-sama berdoa dan berharap kepada Allah supaya DIA mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada secara sengaja atau tidak,sedar atau pun tidak.

“Ya Allah kau berkatilah kami di bulan Ramadhan ini”

entri untuk nyai

p/s: cara mudah untuk kita tahu saat kita mati nanti ialah waktu kita terkejut/ jatuh tersadung. Apa yang keluar dari lidah kita???(muhasabah)




sekian..=)


Friday, January 11, 2013

Ya Allah..rahmatilah kami.



Assalamualaikum..


Hari ini balik rumah lambat , sengaja balik lambat sebab ada kerja yang perlu dibuat. Sampai di rumah  selesai mandi sambil-sambil rehat saya buka akaun facebook. Pelik..banyak pula notification yang muncul, isi dalam wall pun kali ini lain.

Allah..huu..sedih sangat..rasa sebak je hati ini..

Seorang sahabat saya ketika belajar di Maahad baru sahaja di jemput menghadap ilahi pada awal pagi jumaat jam 4 pagi tadi. Di khabarkan beliau tergelincir dalam bilik dan kepalanya terhantuk katil. Walaupun hanya dapat mengenali beliau beberapa bulan sahaja pemergian beliau turut terasa dan berbekas di hati.

Al-Fatihah buat arwah..semoga dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.




Mohamad Afham bin Jumat
(SMA Bandar Tenggara 03-07, Maahad Johor 08, UIAM 09-13)

Dalam sunan tirmidzi dan Ibnu Majah: Daripada Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu  Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda ;

Orang yang cerdik ialah dia yang menahan nafsunya dan beramal untuk kehidupan akhiratnya dan adapun orang yang lemah (bodoh) adalah dia yang mengikut hawa nafsu nya namun berharap dan banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh).





Setiap kita tahu tarikh lahir kita malah tidak sabar untuk menyambut kedatangan tarikh tersebut akan tetapi tarikh kematian tiada seorang pun tahu dan jarang orang bersedia dan membuat persiapan terhadap tarikh yang pasti akan datang itu.


p/s : buka profile beliau, ruangan wall penuh dengan doa dan pujian. Alhamdulillah.
 



Sekian..= )


Tuesday, September 4, 2012

rahmat di sebalik tali gantung


Assalamualaikum..



Ada orang kata dengan saya “orang yang mati di tali gantung ni untungkan?”
Mendengar apa yang dikatakan oleh hamba Allah imi membuatkan saya berminat untuk dengar lebih lanjut apa yang cuba beliau mahu sampaikan. ”iyalah, mereka ni awal-awal lagi sudah tahu bila diorang nak mati” maka bolehlah mereka buat persediaan menghadapi detik kematian yang bakal di hadapi”. ”ooo,macam tu rupanya” saya membalas.

Dalam surah Luqman, ayat yang ke-31 Allah subhanahu wata’ala berfirman

”dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.”

usai perbualan antara kami ini, memberi saya ruang pandangan yang berbeza kepada mereka yang di jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Dalam sedar tak sedar Allah dengan kasih sayangNya telah memberikan satu nikmat yang tak terhingga buat mereka ini iaitu TAUBAT.

Untungkan mereka? Walaupun mereka telah banyak melakukan kesalahan masih lagi diberi peluang untuk minta ampun kepada Rabb yang maha pengampun ini. Insya Allah..Perkara ini tidak mustahil malah tiada yang mustahil di sisi Allah banyak kisah dan cerita yang kita boleh cari dan dengar seperti kisah seorang pembunuh yang jahat yang telah membunuh 99 orang tetapi pada akhirnya Allah tetap masukkan dia kedalam Syurga kerana dia mahu bertaubat kepada Allah.

Detik kematian adalah pasti, malah ianya adalah satu perkara yang Allah telah tetapkan bersedia atau tidak iaanya akan datang menjemput kita tidak lambat walau sesaat malah tidak pula cepat walupun sesaat.

Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.



Sekian..= )