Showing posts with label Nyai. Show all posts
Showing posts with label Nyai. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

ramadhan yang berlalu

Assalamualaikum..



Hidup ini umpama kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika cantik coraknya sedaplah mata memandang.


Sebenarnya saya hampir terlupa, satu peristiwa penting yang sangat berbekas di hati saya. Ianya adalah pemergian nyai(nenek perempuan) kami mak kepada abah yang meninggalkan dunia menghadap ilahi. Perginya di bulan ramadhan yang mulia ini sangat-sangat di cemburui.

Cara Mati

Imam ghazali ada berkata “ cara mati kita di tentukan oleh cara hidup kita”. Berapa banyak kita habis sesuatu perkara dengan cara itulah kita mungkin dipanggil menghadap ilahi. Seperti imam abu hanifah yangh minat membaca dan sentiasa dikelilingi dengan buku dan ilmu dia meninggal juga dalam keadaan bersama buku.

Pernah tidak kita terfikir bagaimana cara kita mati nanti? Adakah kita akan mati secara khusnul khatimah(pengakhiran yang baik) atau su’ul khatimah (pengakhiran yang buruk)..na’uzubillah min zalik.

Saya sering diberi perumpamaan yang baik mengenai saat akhir kematian ini. Kisah mengenai sebuah lori mengangkut barang(katakanlah lori tersebut ialah lori bawa kicap)



Jikalau sebuah lori membawa kicap berlanggar dan kemalangan. Apa yang akan keluar /tumpah dari lori tersebut pasti dan mesti yang keluar adalah kicap!. Begitulah perumpamaan hati kita dan juga diri kita. Jika kata-kata yang baik,zikir,tasbih dan tahmid yang selalu dituturkan maka in shaa Allah perkara yang sama juga akan keluar keluar ketika kita di saat sakaratul maut begitulah juga sebaliknya.

Siapa yang akhir kalamnya dari kata-kata la ila ha illa Allah(kalimah toyyibah) masuk syurga dia(hadith)




Ramadhan sudah masuk fasa ke dua(2)-KEAMPUNAN.

Marilah kita sama-sama berdoa dan berharap kepada Allah supaya DIA mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada secara sengaja atau tidak,sedar atau pun tidak.

“Ya Allah kau berkatilah kami di bulan Ramadhan ini”

entri untuk nyai

p/s: cara mudah untuk kita tahu saat kita mati nanti ialah waktu kita terkejut/ jatuh tersadung. Apa yang keluar dari lidah kita???(muhasabah)




sekian..=)


Friday, July 27, 2012

7 Ramadhan


Assalamualaikum..

Ketika di masjid mata saya tertumpu kepada seorang insan yang sangat saya kenal sayu tengok melihatnya sudah susut badannya uzur agaknya itulah Tuk Mat yang ada menghantar cucunya mengngaji dengan mak di rumah. Dari tubuhnya yang berisi turun mendadak menjadi begitu kurus dan mukanya telah pun cengkung.

Teringat pada Nyai yang sudah meninggalkan kami setahun lepas. Hari inilah genap setahun Nyai meninggalkan kami pada 2.30pagi bersamaan 7 Ramadhan 1432. Alhamdulillah, Abah kata saya beruntung kerana dalam ramai-ramai cucu Nyai sayalah satu-satunya yang di berpeluang dan berkesempatan melihat sendiri detik sakaratul maut saat malaikat maut Izrail mencabut nyawa Nyai.

Sepanjang hayat Nyai dia tak pernah kedekut,pemurah orangnya bila raya dia akan bagi saya duit raya extra kerana tahu saya agak rajin berpuasa. Selain itu ingatan Nyai tersangatlah kuat mengalahkan kami yang lebih muda darinya sampaikan jalan di KL yang penuh sesak pun Nyai boleh ingat.

 Tetapi kuasa Allah, semakin uzur semakin kurang ingatan Nyai hinggakan anak-cucunya pun dia sudah tak mampu nak ingat. Pernah saya ziarah Nyai ketika dalam hayatnya Nyai Tanya pada “kau ni sapa namanya?” “ni zaki Nyai” dan  ada lagi rangkai soalan yang di Tanya yang nyata dia tidak tahu bahawa saya ini adalah cucunya.= (

Moga Allah mencucuri Roh Nyai dan menempatkan Nyai bersama-sama orang yang beriman insya allah. 

Di sini saya juga mohon maaf buat mereka-mereka yang terlibat dengan “tragedy” tahun lepas. Saya mohon maaf sangat-sangat dengan apa yang telah buat ketika itu. Nyata Qudrat dan Iradat Allah telah menentukan segalanya dan tiada siapa mampu menghalangnya walaupun perkara itu tidak kita jangka sekalipun.

Sejak “tragedy” itu,betapa banyaknya  Anugerah yang Allah telah bagi pada saya yang saya langsung tak pandang ianya sebagai satu nikmat yang sangat-sangat berharga dan hanya itulah satu-satunya yang saya ada. Maaf saya tidak sanggup lagi sia-siakan nikmat yang telah Allah telah bagi pada saya dan hanya doa sahaja dapat saya panjatkan supaya keputusan yang saya buat ini adalah keputusan yang tepat walaupun Nampak ia hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja.

Saya sedar  walaupun saya memohon maaf sekali pun ianya tidak akan dapat mengubah atau membetulkan keadaan tetapi saya harap sangat dengan ucapan maaf saya ini dapat meredakan hati-hati yang masih tidak menerima apa yang terjadi dengan “tragedy” itu.



ciuman terakhir dari seorang anak untuk mak yang tercinta.


p/s : semoga dapat berpegang janji ya masing-masing..
 
Sekian..= (