Tuesday, October 9, 2012

bila nak qurban kita kena..



Assalamualaikum..

Bila sudah ada binatang yang  hendak diqurban ini cari-carilah juga kelebihan dan perkara-perkara sunat yang boleh kita dapat bila berqurban,barulah bertambah semangat nak bequrban bila sudah tahu pahala dan ganjaran yang kita dapat. Fitrah manusia, bila buat kerja mesti nak tahu apa yang kita akan dapat dengan kerja yang kita sudah buat, kan?. Jadi antara yang saya mahu kongsikan ialah.

Fadhilat..

Sebagai penebus dosa Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Raslullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


PERKARA-PERKARA YANG SUnat

Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan Qurban, antaranya:

Semua yang terlibat dengan ibadah Qurban, disunatkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berQurban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)

“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah:

“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)

Dalam sebuah riwayat yang terdapat dalam Shahih Muslim, ‘Amr bin Muslim pernah mendapati seseorang di kamar mandi sedang mencabuti bulu ketiaknya menggunakan kapur sebelum hari raya qurban. Sebagian mereka ada yang berkata: “Sesungguhnya Sa’id bin Musayyib tidak menyukai perkara ini.”



Disunatkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya, atau mewakilkan kepada orang lain (Lihat: أحكام العيدين hlm. 77. Sheikh Ali Hasan al-Halaby) jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.


p/s : mesti seronokkan kalau dapat sembelih sendiri binatang Qurban.


cuba teka keldai boleh Qurban atau tak?


rujukan :






Sekian.. = )

Monday, October 8, 2012

kelakar tapi menjadi



Assalamualaikum..

Pernah tak dulu-dulu kalau apa-apa sahaja mak atau ayah kita buat sesuatu perkara tu dan kita buat dan hasilnya sangat menakjubkan! Ini kira petua orang tua-tua lah. Perkara ini juga pernah saya lalui dan bila fikir-fikir balik memang rasa kelakar pula buat macam itu.

Antara situasi yang saya pernah buat ialah :

1-    Sakit Mata Jirus Ibu Jari Kaki Dengan Air.



Tengah seronok makan makanan yang berkuah macam mee bandung atau mee rebus tiba-tiba kuah yang kita makan itu tepercik rmasuk dalam mata kita sikit. Pedih..cakap dengan mak mata pedih kuah mee terpecik masuk dalam mata, mak terus jawab “ha, pergi basuh ibu jari kaki dengan air banyak-banyak” tanpa berlengah lagi saya terus masuk bilik air basuh ibu jari kaki dengan air banyak-banyak. Sejurus lepas itu rasa pedih terus hilang

2-    Masuk Kan Air Dalam Telinga

Pernah tak tengah mandi-mandi di pantai masa hendak naik kae darat telinga rasa berdengung,lompat dengung,lari dengung, cakap pun rasa berdengung. Ha, itu maksudnya air sudah termasuk dalam telinga. Apa yang mak dan abah saya suruh buat biasanya ialah masukkan air balik dalam telinga yang kita rasa berdengung lepas itu goncang-goncangkan kepala dan iringkan kepala kita untuk keluarkan air yang kita sudah masukkan dengan automatic telinga kita sudah tidak berdengung lagi.

banyak sangat, masukkan air sikit sahaja


3-    …………..





Ha,itulah petua yang saya ingat dan masih saya amalkan. Nombor tiga tibe-tibe  blur pula masa menulis.nanti kalau saya ingat saya edit dan kalau ada yang nak menambah pun di alu-alukan.

Sekian..= )



Sunday, October 7, 2012

sejarah talbiah



Assalamualaikum..

Jemaah Haji disunatkan sentiasa melafazkan ucapanTalbiah sepanjang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.
.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

 “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.”

(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

Tahukah anda dari mana datangnya perkataan talbiah ini?

Perkataan ini berasal dari seorang raja yamamah yang bernama Tsumamah bin Usal.

Sebelum keislamannya, beliau telah berhasrat untuk pergi ke mekkah untuk menunaikan umrah dalam perjalanan untuk pergi ke mekah , di pertengahan perjalanan rombongan Tsumamah telah terlibat dengan satu perperangan dengan Jemaah orang islam yang tengah menjaga sempadan madinah dari sebarang ancaman

Setelah dapat di kalahkan, Jemaah islam ini telah mengikat Tsumamah ini di tiang masjid nabi untuk menunggu hukuman dari pihak baginda nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam. Apabila Baginda Nampak tsumamah di ikat di tiang masjid baginda telah bertanya kepada para Sahabat R.hum. “tahukah kamu siapakah tawanan ini?” para sahabat menjawab “kami tidak tahu wahai Rasulullah” lalu baginda bersabda “dia adalah Tsumamah bin Usal,layanilah dia dengan baik”

Lalu, mereka memberi layanan yang baik dengan mengumpulkan makanan serta susu unta yang di perah dari keluarga Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Tsumamah Bin Usal. Setelah seharian di ikat Baginda datang kepada Tsumamah bin Usal untuk mengajaknya memeluk islam. Rasulullah bersabda “ bagaimanakah keadaanmu wahai tsumamah dan bagaimakah pendapatmu terhadap ku?”

Lalu Tsumamah menjawab “aku baik-baik sahaja,di antara banyak wajah,wajah kau lah yang paling aku benci. Di antara banyak banyak agama,agamamu lah yang aku benci dan di antara banyak Bandar/tempat,tempat/Bandar mu inilah yang paling aku benci”

Rasulullah mendengar jawapan ini terus beredar dan melanjutkan tawanan Tsumamah selama tiga hari tiga malam berturut-turut dengan di sediakan layanan seperti mana yang diperintahkan oleh baginda.

Sepanjang tiga hari,Rasulullah telah bertanya soalan yang sama “ bagaimanakah keadaanmu wahai tsumamah dan bagaimakah pendapatmu terhadap ku?” maka jawapan yang diberikan tsumamah juga tetap sama iaitu “aku baik-baik sahaja,di antara banyak wajah,wajah kau lah yang paling aku benci. Di antara banyak banyak agama,agamamu lah yang aku benci dan di antara banyak Bandar/tempat,tempat/Bandar mu inilah yang paling aku benci”

Selepas itu,Rasulullah telah menoleh kepada para Sahabat dan bersabda “bebaskan dia”. Para sahabat meleraikan ikatan di tangan Tsumamah dan melepaskan beliau. Tsumamah pun telah meninggalkan masjid nabawi hingga sampai di satu kawasan  yang banyak di tumbuhi  dengan pokok kurma dan sumber air dan beristirihat.

Kemudian,dia kembali semula masjid nabawi dan berdiri dihadapan para sahabat yang ada lalu mengucapkan “aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruh Allah. Dia kemudian menghadap baginda lalu berkata “Wahai Muhammad kalau dulu di antara banyak wajah,wajah kau lah yang paling aku benci.tetapi kali ini di antara banyak-banyak wajah wajah kau lah paling aku cintai. Demi Allah! dahulu Di antara banyak banyak agama,agamamu lah yang aku benci, kini agamamu lah yang paling kucintai. Dan di antara banyak Bandar/tempat,tempat/Bandar mu inilah yang paling aku benci” kali ini tempatmu lah yang paling aku cintai berbanding permukaan bumi yang lain.

Setelah Rasulullah memberi segala khabar gembira mengenai ketentuan Allah mengenai ke-islamannya yang mana agama islam telah menghapuskan segala dosa-dosanya lalu serta membebaskan tawanan perang yang lain yang juga merupakan ahli Jemaah Tsumamah. Beliau telah berkata kepada Rasulullah “wahai Rasulullah,sesungguhnya pasukan berkudamu telah menangkapku ketika aku dalam perjalan hendak mengerjakan umrah,maka apakah yang perlu aku buat sekarang?”

Lalu Rasulullah bersabda “ teruskanlah mengerjakan umrahmu itu tetapi hendaklah kamu mengerjakannya menurut syariat yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya”.

Kemudian Tsumamah bersama rombongannya pun bertolak menuju ke mekkah untuk mengerjakan umrah dan apabila tiba di satu kawasan yang berhampiran dengan kota mekkah beliau menyebut


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

 “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.”

(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

Maka jadilah Tsumamah orang islam yang pertama datang ke mekkah dengan bertalbiah, orang-orang Quraiysh yang mendengar teriakan talbiah itu telah bangun dengan marah sambil menhunus pedang dan menyerbu kepada arah teriakan talbiah. Makin dekat orang-orang Quraiysh itu mendekati Tsumamah makin mengerakan lagi teriakan talbiah.

Seorang orang telah berkata “tidak tahukah kalian siapakah gerangan orang yang bertalbiah itu? Dia adalah Tsumamah bin Usal, raja yamamah. Demi tuhan jika kalian membunuhnya maka kaumnya akan memberhentikan bantuan makanan kepada kita dan kita akan mati kelaparan”

Kemudian orang-orang Quraiysh itu menghampiri Tsumamah dengan pedang masih terhunus dan berkata, “apakah yang telah terjadi padamu wahai Tsumamah.adakah engkau telah murtad dan meninggalkan agama nenek moyang mu?

Jawab Tsumamah, “tidak,aku tidak murtad tetapi aku telah mengikuti sebaik-baik agama dan aku telah mengikutu agama Muhammad”,sambungnya lagi “ aku bersumpah demi tuhan Ka’bah,selepas kepulanganku ke yamamah ,tidak akan sampai kepada kalian sebiji gandum pun sebagai bantuan makanan untuk kalian selagi mana kamu tidak mengikuti agama Muhammad”




Setelah itu Tsumamah terus melakukan umrah dengan terang-terangan di hadapan orang Quraisyh dan setelah beliau kembali ke yamamah bermulalah sekatan makanan sehingga mendatangkan penderitaan dan kesempitan hidup kepada orang ramai. Perkara ini telah membuatkan meraka menulis surat kepada Nabi Muhammad supaya meminta Tsumamah menghentikan sekatan makanan yang dilakukan kepada mereka.

Setelah mendapat surat itu Rasulullah pun menulis surat kepada Tsumamah meminta beliau untuk menghentikan sekatan makanan yang dilakukan kepada orang-orang Quraisyh.

(di ambil dari kitab Hayatus Sahabah bab kesabaran, oleh kerana takut orang yang baca tidak faham dan bosan cerita ini telah mengunakan sedikit bahasa sendiri tetapi masih tidak mengubah maksud dan jalan penceritaan..insya-allah)

Lebih BAIK dari semalam

Terdapat satu kisah saya dengar bahawa buku akaun amalan Abu Bakar R.hu masih terbuka kerana Beliau orang pertama telah mengajak orang kepada kabaikkan dan sesiapa yang mengajak orang kepada kabaikkan masuk akaun amalan Abu Bakar R.hu. jadi beruntunglah sesiapa sahaja yang jadi asbab orang lain buat kebaikkan kerana pahala orang itu juga dapat kepada dirinya semula.

alolo..untungnya kecik2 da pakai ihram


Sekian..= )


Thursday, October 4, 2012

isi borang..



Assalamualaikum..


 Akhirnya..dapat pun isi borang ini,





Laris sungguh borang ini, saya tunggu dua hari baru dapat borang Qurban ini. Alhamdulillah..Tahun ini insya Allah saya akan berQurban 1bahagian lembu. Susah lama nak berqurban ni,tapi baru tahun ini berkesempatan abah ada suruh saya daftar qurban di kemboja yang ++RM200 tapi saya rasa tengok sendiri lembu yang kita nak qurban tu lagi seronok kot.

Apapun,saya berharap agar Qurban saya tahun ini di terima dan maqbulkan Allah..amiin..

p/s : borang lagi satu belum sampai masa lagi la.

Sekian.. = )
 



Monday, October 1, 2012

perlu ke???



Assalamualaikum..


Petang tadi habis dari staff meeting kat pejabat terus rasa pening kepala mungkin sebab sudah lama tak gunakan otak ini untuk berfikir bila kena fikir terus rasa pening-pening. Rasa tak berapa ok pulak hari ini, kat pejabat tadi dok layan lagu ni 







Banyak-banyak lagu nasyid,lagu ini paling susah bagi saya,sebab lepas kena soal tak sempat nak jawab sudah kena soal balik, macam-macam..



P /s : marah mungkin tanda sayang kot..think positive..= D


Sekian.. = )