Wednesday, December 12, 2012

akhi soghir



Assalamualaikum..

Kelmarin hari lahir adik bongsu saya. Sejak kelmarin genaplah umur dia yang ke..em..berapa ye..ha.19 tahun, ya beza umur dia dan saya 3 tahun. Setelah akak saya lahir, saya dan zuhdi menyusul melengkapkan lagi koleksi anak mak dan abah dan membuatkan kak ju satu-satunya ‘putri’ dalam keluarga kami.

Saya terlupa nak wish dia(kan betul,lupa lagi),dia pun ok kot lagi pun sekarang ini dia tengah belajar di sekolah pondok Baitul Qurra wal Fuqaha’(BQ) di Melaka mesti tengah focus punya tak layanlah telefon dan benda-benda lagha.

Jadi, bagi membalas terlupanyab saya nak ‘wish’ dia saya buat entri ini khas buat dia.

Pada entri INI, saya cerita macam mana kami sekeluarga diberi nama. Bagi lelaki memang akan dapat nama mula dengan huruf Z(abaikan huruf A sebentar), tetapi dari Long(anak sulong) sampailah ke Andak(anak ke lima(5) ) mesti akan ada huruf ‘AN’ dibelakang 

1-      Zahran
2-      Zakuan
3-      Zaidan
4-      Zalfan
5-      Zainan

Dan bila sahaja sampai giliran saya abah sudah tukar fikiran dan tak mahu lagi letak ‘AN’ di hujung nama maka sejak saya tiada lagi perkataan ‘AN’ mungkin susah kot nak cari nama ada ‘AN’ dihujung dapatlah kami dua beradik ini Zaki dan Zuhdi. Keduanya di akhiri dengan huruf ‘I’.

Masa saya dan Zuhdi di lahir dan di besarkan adik-beradik yang lain semua sudah besar dan merantau jauh dengan sekolah asramanya,belajar luar Negara lagi dan akhirnya tinggallah saya dan Zuhdi di rumah peneman buat mak dan abah.

Oleh kerana nama saya dan zuhdi hampir-hampir sama jadi setiap kali mak atau abah nak panggil kami mesti tersalah panggil nama. Asalnya nak panggil Zuhdi tapi terpanggill nama saya begitulah sebaliknya. Perkara macam ini selalu berlaku sampai bila nak panggil tu mak atau abah akan sebut dua-dua sekali macam ini”zaki..zuhdi..sini kejap tolong mak/abah..” dan bila jadi macam ini kami masing-masing buat tak tahulah sebab siapa yang menyahut dialah yang terkena.= p



Bila tinggal berdua kami masa kecik-kecik dulu sudah pastilah kami sentiasa bergaduh dan paling saya ingat sekali bila ingat sekali satu petang kami tengah nak basikal ntah apa yang dia buat sampai buat saya hilang sabar(kecik-kecik dulu tau ke sabar macamana?) saya terus tendang basikal dia.bayangkanlah tengah bawa laju tiba-tiba ada orang tendang terus terjatuh zuhdi.

 Kalau jatuh biasa tak apa lagi ini dia jatuh siap terseret habis calar muka tambah darah-darah takat itu je yang saya ingat lepas itu abah buat apa kat saya dan tak ingat tapi mestilah kene balas balik tak,tak pun kena marah kaw-kaw punya. Sampai sekarang bila teringat peristiwa tu rasa serba salah pula dengan dia, (sejak dari tu saya lagi kacak dari dia).sori ea zuhdi?(“.)

Gaduh-gaduh juga tapi bila mak suruh saya hantar barang dekat rumah kawan mak depan rumah waktu malam-malam masa inilah si zuhdi ini saya paksa jadi teman saya. Masa dulu tak tau bawa motor kenalah jalan kaki lalu lorong gelap bila ada zuhdi teman beranilah sikit. Kalau ada berlaku kejadian yang tak di ingini saya taklah kena seorang-seorang.hehe

Kalau bab belajar zuhdi dia selalunya akan Tanya saya “Ancik dulu dapat berapa ek UPSR?” saya pun jawab la “………(jawapan dirahsiakan)” “oo”balas zuhdi tapi dalam hati saya sudah tahu mesti dia nak jadikan saya sebagai ‘benchmark’ konon-konon nak kalahkan abang dialah dan akhirnya dia dapat juga dapat lebih A dari saya.(T.T). bab akademik memang zuhdi lagi terer dari saya tapi bila datang bab arab dan agama...jangan harap saya tak bagi can lagi dah.

Sekarang semua sudah besar, saya pun tinggal lagi tidak sampai setahun nak menghabiskan ijazah dan zuhdi pun sekarang ini tengah tunggu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM).STAM ini macam STPM la Cuma meraka ini menjurus ke aliran arab sahaja.

Akhir kata, buat satu-satunya adik ku Zuhdi..

Selamat hari Lahir.
Moga panjang umur dan murah rezki serta Berjaya dunia akhirat.
Ancik taka da apa nak bagi hadiah tetapi apa yang ancik mampu dan boleh bagi ialah doa yang tak putus-putus buat zuhdi supaya satu hari nanti boleh gunakan pengalaman dan ilmu yang zuhdi dapat untuk kami sekeluarga.
Jangan dipikir lambat ke cepat tempoh kita belajar,semuanya sudah tertulis.
Mungkin ianya adalah satu permulaan untuk sebuah kebahagiaan..in shaa Allah..amin..

gambar bersama mak masjid berhampiran KISAS


p/s : tak sabar nak tunggu hujung minggu ini. Family Day!


Sekian..= ) 



Tuesday, December 11, 2012

Our Month



Assalamualaikum..




Sekarang sudah masuk bulan disember bagi kami sekeluarga banyak peristiwa penting yang berlaku di bulang penghujung tahun ini(perasan sorang-sorang). Saya agak lemah dalam mengingat tarikh dan peristiwa penting kalau nak ingat betul kenalah letak dalam reminder baru boleh ingat tapi itupun kadang-kadang terlupa juga.

Okay,antara peristiwa penting yang berlaku dalam keluarga kami

1-      Anas lahir(7/12/2000)
Ini cucu pertama buat mak dan abah.

2-      Zuhdi lahir(10/12/1993)
Zuhdi anak bongsu mak dan abah penutup bagi kami adik beradik.

3-      Mak dan abah bernikah(14/12/1974)
Bila tahu mak dan abah nikah macam tak sangka pula. Perkahwinan antara guru dan anak murid.korang ada?

4-      Abah lahir(22/12/1945)
   Dua tarikh yang kami adik beradik patut tahu.em.ada ke anak yang tak tahu tarikh lahir ibu dan ayah dia?
5-      Mak lahir(24/12/1950)


6-      Saya lahir. (25/12/1990)
Ha,selepas hari lahir mak hari lahir saya pula. Hadiah hari lahir mak tu.= D



Eh, jap..dalam tengah meng’google’ carilah juga rahsia di sebalik bulan kelahiran macam-macam keluar bukan takat bulan sahaja malah tarikh kita lahir pun ada rahsia juga. Yang paling tak tahan dia tulis macam ni

“Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja”

Sampai macam itu sekali ea.dashat-dashat.ingat saya tipu ke? Cek la sendiri link ini untuk TARIKH dan BULAN.

Sekian..= )


Monday, December 3, 2012

bawa bekal ke pejabat



Assalamualaikum..

Pagi tadi kelam kabut nak ke pejabat sampai terlupa bawak bekal. Ha? Mesti tak percayakan saya bawak bekal ke pejabat. Betul..saya sejak praktikal di JCIA bawa bekal sahaja bila ke pejabat dan masuk waktu rehat saya makanlah apa yang saya bawa dari rumah.

 Saya pun tak sangka tabiat bawa bekal ini tiba-tiba boleh ada dalam diri saya, sebelum ini tak ada pun nak bawak bekal masa sekolah rendah pun jarang,sekolah menengah lagilah duduk asrama nak bawak bekal apanya dewan makan dan kantin kan ada. Di menara gading membawa bekal?bangun-bangun sahaja sudah menjadi orang tak siuman bersiap-siap ke kelas,bila anda lambat sudah pasti tangga menjadi medan ‘gym’ yang membantu anda menguruskan badan.

Banyak sebab saya bawa bekal, antaranya :

1-     Elakkan membazir.
Mestilah saya tak mahu berada dalam golongan mereka yang selalu membazir makanan. Membazirkan amalan Syaitan. Di rumah ini pun bukannya ramai pun penghuninya Abah,Mak,Alang dan saya.

2-     Jimat duit.
Secara tak langsung saya juga dapat jimat duit makan saya. Bayangkan di Johor Bahru (JB) makan sahaja sudah cecah RM4@5++. Belum masuk minum air lagi, ha kiralah sendiri berapa kalau sekali kita makan. Pastu bolehlah saya guna duit yang terkumpul di bank untuk beli benda lain pula.= )

sikit-sikit lama-lama jadi bukit


3-     Yakin dengan mutu dan kualiti makanan.
Sudah semestinya makanan di rumah saya lebih saya tahu akan tahap kebersihannya dan dari mana sumber makanan itu diperoleh. Takkan mak nak beri yang buruk-buruk untuk kita makan.betol tak?

4-     Air tangan mak
Makanlah kedai sedap yang ada kat dunia, akhir sekali mesti anda semua akan mengidam masakan mak sendiri. Chef wan yang handal memasak pun bila di temuramah mengenai masakan kegemaran dia bagitau nasi goring mak dia yang paling dia suka makan.ha..chef wan tu..



Eh, da melalutlah pula. Okay sambung balik bila sudah perasan bekal tak ada dalam beg saya bagitahu kat abah bekal saya tertinggal

“abah,bekal zaki tertinggal.nanti bawakan ye”

“lor..okay nanti abah bawakkan”abah tak banyak bunyi,dia menurut je. Sebab abah memang nak ke Bandar pun jadi alang-alanglah kan. Dipendekkan cerita abah pun sampai di Tabung Haji tempat perjanjian kami untuk berjumpa sebab abah nak tukar I/C penjaga dalam akaun bank kepada I/C saya sahaja.

Bila belek-belek buku akaun yang sedia ada saya mula rasa pelik dalam hati tertanya-tanya juga tanpa banyak soal saya terus bertanya pada abah. “abah, dalam buku akaun ni da no i/c zaki da ni, nak kene tuka lagi ke?” abah buat muka pelik “bak sini buku tu” di baca dengan teliti isi kandungan rupa-rupanya memang sudah tukar pada awal tahun 2012.huhu.penat je abah datang, sudahlah datang naik bas je siap bawak bekal saya pula tu.kesian..

Lepas itu,kami pun berpisah membawa haluan masing-masing. Usai solat zohor di masjid kota raya yang bersebelahan dengan tempat saya praktikal saya terus naik ke pejabat. Wah..siap bungkus dengan beg kertas special lagi bila buka bungkusan rasa lain macam “kenapa macam lain je ni?” tangan terus laju membuka bungkusan dan ternyata terdapat satu bungkusan ‘extra’ dalam beg. Satu bekas bekal makanan dan satu lagi bekas tempe berempah mak. Baca doa terus makan dengan berselera. (^__^) terima kasih..

tempe tu lebey kurang macam ni la



korang boleh pilih mana yang korang suka

p/s : kredit to zikir terapi diri  hafiz hamidun-subhanallah yang menjadi teman ketika menulis..tenang je..

 Sekian..= )