Thursday, December 27, 2012

tak salah pun bersangka baik



Assalamualaikum..

Cerita ini juga terdapat di dalam kitab Ar-Ridha ’Anillah yang diriwayatkan oleh Al-Hafiz ibnu Abi Dunya. Diceritakan oleh seorang ulama tabiin di Kufah bernama Masruq Bin Ajda.

Di sebuah desa pendalaman terdapat sebuah keluarga yang memiliki seekor ayam,keldai dan anjing.

Ketiga-tiga haiwan ini sangat disayangi kerana manfaat yang diberi kepada keluarga tersebut.

 Ayam membangunkan solat,



 keldai digunakan untuk mengambil air 




manakala anjing pula menjaga rumah.



Suatu hari, seekor musang telah memangsa ayam mereka. Seisi keluarga menjadi amat sedih. Namun si Ayah berkata, ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini) baik untuk kita.”

berapa hari kemudian, seekor serigala membunuh keldai mereka pula. Ahli keluarga itu kembali bersedih. Namun si Ayah tetap berkata, ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini) baik untuk kita.”

selepas itu,selang berapa waktu yang berlalu anjing mereka pula mati secara mendadak. Maka seluruh ahli keluarga kembali bersedih si Ayah kembali berkata ” Tidak apa-apa. In shaa Allah (takdir ini) baik untuk kita.”

Pada suatu pagi, ahli keluarha ini terbangun dari tidur lalu mendapati bahawa seluruh penduduk desa telah ditawan dan sibawa pergi oleh sekumpulan perompak pada malam tersebut.

Hanya mereka sahaja yang tinggal dan terselamat dari keganasan perompak kerana perompak hanya mendatangi rumah-rumah yang terdengar bunyi haiwan di dalamnya sahaja.

Lebih BAIK dari semalam

Kita sering kali mengeluh dengan apa yang berlaku pada diri kita dan kita rasa kenapalah kita diperbuat sebegitu rupa. Malah kejadian-kejadian yang berlaku telah membuatkan kita putus harap dan mengalah sebelum mencuba.

Tertarik nak ambil kata-kata seorang sahabat Pasti ada kebaikan dalam setiap ketentuan. Hikmah yang tersembunyi, kadang-kadang tak tercapai oleh fikiran cetek manusia”.

Saya yakin dan pasti bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Malah perancangan Allah adalah yang terbaik.

Bersangka baiklah mungkin kesusahan kita di masa ini adalah untuk keceriaan dan kegembiraan kita di masa yang akan datang. Siapa tahu?



Sekian..= )

Tuesday, December 25, 2012

apalah yang dia bagi ye?


Assalamualaikum..
 



Alhamdulillah,umur saya sudah menginjak dewasa. Seronokkan hari ini dapat cuti?hehe.
Siapa sangka anak ke tujuh Md. Khudzari & Azizah ini lahir pada hari Natal malah sehari selepas hari lahir maknya.

Ketika saya lahir ada satu kisah yang abah ceritakan dari kisah yang abah cerita kita boleh Nampak betapa orang-orang kristian yang menyambut hari natal ini sangat mengagungkan tarikh keramat 25 disember ini.
Selepasa selamat melahirkan saya, mak dan saya diletakkan dalam wad sebelum dibenarkan untuk balik ke rumah. Masa itu ada juga  bayi-bayi yang lahir pada hari tersebut dan mereka juga di tempatkan dalam wad yang sama.

Tiba- tiba datang beberapa orang asing yang membawa hadiah masuk ke dalam wad yang mak saya turut ada dalam wad tersebut. Setiap bayi yang ada dalam bilik tersebut dapat hadiah yang di bawa kecuali saya.
Sebab apa saya tak dapat sebab masa mereka masuk mak saya ada bersama saya dan mereka tahu bahawa kami ada muslim dan mereka terus beredar. Alhamdulillah,kami tak dapat hadiah yang mereka agihkan kepada setiap bayi dalam bilik tersebut.

Sambutan hari lahir saya?kami buat makan-makan sahaja dia kedai makan kesukaan abah di Taman Universiti pada malam hari kelahiran abah. malam itu saya,abah,mak dan zuhdi

tiga serangkai = )


hadiah untuk abah & mak

hadiah untuk diri sendiri n_n





p/s : Entah apalah ye isi dalam hadiah yang di agihkan tu?..hurm..

Sekian..= )



Monday, December 24, 2012

musim orang kahwin



Assalamualaikum..

Sekarang, bila buka facebook,blog dan seangkatan dengannya pasti akan ada cerita,update dan perbincangan mengenai kahwin,nikah, bersanding itu belum masuk bab siapa pasangan pengantin lagi lepas itu mulalah berangan sorang-sorang dan yang paling penting senyum kalau boleh nak sampai ke telinga. Sekali tengok macam …… huhu..

Tak kesahlah macam mana pun sebab sekarang inikan musim orang ramai berkahwin bina masjidlah katakan benda baik apa salahnya kita sebar-sebarkan,ye dak?

Saya pun tak nak ketinggalan jugalah nak bercerita tentang nikah kahwin sempena orang ramai masih dalam mood baik kita ambil peluang nanti bila sudah hilang mood orang sudah muak pula.

Semua orang sedia maklum hadith nabi berkenaan panduan memilih calon suami/isteri yang berbunyi 

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Makautamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Semua orang kalau boleh mahukan pasangan yang terbaik malah keluarga yang bahagia yang di harap dapat berkekalan sampailah kehujung hayat. Selain merujuk hadith di atas anda juga boleh ambil sedikit petua yang saya dapat dari kitab ihya

Yang ini untuk lelaki. Anda perlu lebih dari perempuan dalam 4 perkara

1-      Usia
2-      Tubuh
3-      Harta
4-      Kebangsawanan

*Jika tidak anda akan dipandang hina oleh perempuan

Untuk perempuan, anda perlu lebih dari lelaki dalam 4 perkara

1-      Paras rupa
2-      Adab.
3-      Taqwa.
4-      Tabiat.




Sekian..= )


Saturday, December 22, 2012

Review video


Assalamualaikum..

Hari ini ramai yang ambil cuti tahun hari ini dan kebanyakannya pula ambil sampailah hari selasa. Tadi dalam pejabat hanya ada lapan (8) orang sahaja dari hampir 20 pekerja. Tersangatlah bosan..nasib baik tinggal sebulan sahja lagi.hee.

Oleh itu,bagi mengisi masa lapang saya pun layan youtube.

Saya selalu juga melayan youtube ini di pejabat, lagi-lagi suasana pejabat yang macam perpustakaan,senyap je..huhu..jadi, kali ini saya nak kongsi apa yang selalu saya dengar dan layan di youtube.antaranya ialah
  

1-                    FATTABIOUNI

Video ini dalam bahasa arab tapi ada disediakan ’subtitle’. Apa yang dibancangkan dalam video ini tentang sunnah-sunnah yang boleh kita lakukan seharian. Banyak isu diketengahkan adab masjid,berada di pasar, menaiki kenderaan,pergaulan sampailah mandi wajib.

’trademark’ program ini ialah surah al-imran ayat 31

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Panjang video sekitar 6-7 minit sahaja.

  
2-                    Bicara Muamalat-Ust Zaharuddin Abdul Rahman

Banyak pencerahan yang saya dapat dari kuliah ust ini di IKIM.Fm. kuliah pasal muamalat kita seharian antaranya tentang riba,pengunaan emas dan duit kertas, hutang piutang dan hal ehwal tentang muamalah zaman sekarang ini. Penjelasan ustaz ini pun jelas dan mudah faham. Setiap kuliah ustaz ini sekitar 45minit sahaja tapi percayalah anda akan rasa macam tak cukup masa yang diberi oleh IKIM untuk slot itu.in shaa Allah.

Untuk pengetahuan semua, ustaz ini juga mahir dalam bab solat dan ada buat buku Formula Solat Sempurna.



 Membincangkan tentang cara solat bagi mazhab syafie. rata-rata orang muslim di malaysia mengaku bahawa dia berpegang pada mazhab syafie..

ok,mari kita 'test' sejauh mana pengetahuan anda tentang mazhab syafie ini..

kita ambil bab solat ye..mudah2 je..

ketika tahayat..kita akan ankat jari telunjuk kita..waktu bila anda angkat jari telunjuk tersebut?

a) ketika anda sebut asyhadu
b)ketika anda sebut La
c)ketika anda sebut Illah
d)ketika anda sebut allahu..

jawapannya dalam video ini minit ke 33..


 3-                    Motivasi pagi bersama Ustaz Ebit Lew.

Kalau pagi-pagi anda selalu dengar apa? Sebelum buat sebarang kerja di pejabat dengarlah sekejap motivasi pagi ini penyampaian dari ustaz ini santai,ringkas dan ringan. Bab-bab yang di bincangkan pun buat kita termotivasi. 10 minit sahaja kalau dengar lagu pun baru main 2-3 lagu,tak kemana pun lagu yang kita nak dengar. Sangat menarik kata-kata keluar dari ustaz ini lembut dan berhikmah. Saya yakin anda mungkin tak terasa pun masa berlalu dan terus nak dengar lagi dan lagi.

Sebenarnya banyak lagi slot,ceramah,kuliah dan tazkirah yang hebat dan menarik yang boleh kita dapat di youtube kita tinggal nak tulis dan cari sahaja pasti benyak carian yang akan tersenarai tinggal pilih sahaja.

Jom dengar! = D

Sekian.. = )