Wednesday, October 8, 2014

kematian itu pasti...



Assalamualaikum..

Pagi tadi dapat panggilan dari seorang kenalan

“ki,kau kat mane?kau tau tak abang *** dah meninggal.lepas Zohor kebumi”

Panggilan tamat fikiran saya melayang seketika sepanjang perkenalan, beliau seorang yang ceria dan baik.
 
sampai satu saat dia menghidap kanser tahap 4 yang jarang-jarang orang kena dalam dunia 1 dari 100 orang.
 
walaupun ditimpa ujian seberat ini beliau tetap tabah dan redho.setiap kali menziarahi beliau pasti rase insaf,entah bila giliran diri ini.

moga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amiin.
inna lillah wa inna ilaihi roji'un..

gambar hiasan


lepas zohor tadi, arwah sudah selamat dikebumikan. Alhamdulillah saya berpeluang hadir solat jenazah sehinggalah selesai majlis pengkebumian. Apabila sebut pasal kematian macam-macam pekara akan menerjah masuk ke fikiran kita.

Sedia atau tidak,muda atau tua,lelaki atau wanita,kanak-kanak atau dewasa apabila sudah sampai ‘masa’nya pasti akan pergi. Ketika itu harta yang banyak,,anak yang ramai,kedudukan dan pangkat yang tinngi tak dapat membantu kita menghadapi sakaratul maut. Iman dan amal lah perisai dan benteng terakhir kita dalam menghadapi sakit yang paling sakit di dunia(ulama ada syarah bagai kulit dihiris 70kali)

Arwah sudah pun selamat dan tenang di’sana’, kami yang tinggal ni pula perlu teruskan kehidupan yang mendatang yang penuh dengan tipu daya.  Duniya mata’ul ghurur(dunia ini hanyalah tipu daya/jsenda gurau/main-main)

Ya Allah, kau tariklah nyawa ku dalam keadaan kau redha kepada ku.



p/s : kematian adalah pekara yang sangat dekat dengan kita sama seperti rezki. Habis rezki kita kematian pula datang menjemput.

Sekian..=)


Tuesday, October 7, 2014

uji-ujian



Assalamualaikum…

Ape yang kita paham dengan ujian?
Selalu orang kata ujian adalah satu situasi  yang mana kita terima kesusahan,kepayahan derita dan masalah. Itu sudah betul tapi…..

Saya nak tambah sikit, ujian ini bukan sahaja datang dalam bentuk kesusahan malah boleh juga datang dalam bentuk kesenangan,kebahagiaan dan kemudahan. 

Setelah menempuh alam persekolahan,pengajian tinggi, menganggur, merantau dan juga bekerja. Ramai orang yang saya jumpa macam-macam juga kerenah,sifat dan tingkah laku manusia yang Allah ciptakan berbeza-beza. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.





Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

Walaupun kita lihat satu orang hidup dia kaya raya tapi belum pasti dia dapat tidur yang nyenyak dek memikirkan duit yang banyak perlu dijaga dari dicuri orang.Sama juga seperti seorang miskin yang kita lihat susah mungkin dia dapat ketenagan yang tak dapat dirasa oleh si kaya.

Semua orang antara kita pasti akan Allah datang kan ujian.dari sudut yang pelbagai. Apa yang pasti ujian yang Allah berikan sesuai dengan keadaan dan situasi kita ketika itu. Pelajar dengan masalah ketika belajar,ibubapa dengan masalah anak dan keluarga, pekerja dengan masalah kerja dan orang atasan.

Allah tak akan menzalimi hambanya dengan datangkan ujian yang tak mampu kita hadapi dan tanggung. Masalah datang bila kita lemah dan tak berdaya. Tetapi itulah punca dan sebab Allah datangkan supaya kita ingat dan kembali kepadaNYA. Dia yang datangkan masalah pasti dan pasti Dia jugalah yang mampu selesaikan segala masalah dan kesempitan kita.



Ya ALLAH, jangan kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku hadapi

Ya ALLAH, jangan kau bebankan daku dengan bebanan yang tak mampu aku tanggungi.

p/s : Allah akan jadi Tabib(doctor) bila kita jauh dariNya.

        Allah juga akan Jadi HABIB(kekasih) bila kita dekat denganNYA.

Sekian..=)






Monday, May 26, 2014

belajar dulu baru k....



Assalamualaikum…

Kenal tak ustaz Umar Muhammad Noor?

Hehe..berkerut lidah nak mikir siapakah gerangan ustaz ini. Saya mengenali ustaz ini melalui buku beliau yang di syor kan oleh Ustaz Zahazan(yang ini pasti ramai yang kenal) yang bertajuk Rasul Mulia, Umat mulia, Akhlak Mulia. Ustaz Zahazan kata buku itu bagus untuk di baca dalam kita nak membentuk akhlak.




Saya terus ingat Tajuk buku itu dan cari di kedai buku. Sekali baca terus hendak baca kerana kandungan dalam buku itu dalam bentuk penceritaan kerana saya lagi mudah ingat cerita berbanding fakta. Malah buku yang beliau tulis juga banyak memberi motivasi.Alhamdulillah.

Selain dari itu, baru-baru ini saya beli lagi buku karangan beliau yang bertajuk ‘IKON SYABAB’. Kalau ikut tajuk sahaja kita sudah tahu yang buku ini khas untuk pelajar dan juga remaja. Buku ini nipis sahaja tidak setebal Buku Hijau saya hanya ambil masa yang singkat sahaja untuk habiskan membacanya.

ade iras-iras tak muka ustaz ni dengan saya?


Antara Ibrah(wah..sudah lama tak pakai ayat ini) yang saya dapat ialah.
1-    Betapa berharganya usia muda yang kita ada.waktu muda adalah waktu kita boleh buat banyak perkara.
2-    Motivasi untuk menjadi pelajar yang baik dan cemerlang dari segi akhlak dan pencapaian ilmu.
3-    Tips untuk menambah baik(added value) sebagai pelajar.

Dan banyak lagi..konsep buku ini sama seperti buku hijau di atas iaitu konsep cerita atau mengambil kisah ulama-ulama silam sebagai contoh.sangat menarik dan santai. Untung siapa yang belajar baca buku ini. Zaman belajar saya sudah habis.= )

Oh, sebelum terlupa dalam buku ini ustaz ada pesan. Bagi yang masih belajar pasti banyak dugaan yang datang ,macam-macam dugaan dan ujian dan antara yang biasa kita dengar bagi pelajar IPT ialah KAHWIN waktu belajar. Beliau kata habiskanlah dulu belajar kerana jika seseorang itu sudah berkahwin dia akan sukar untuk focus. Beliau ada kaitkan dengan beberapa orang ulama seperti imam Ahmad bin hanbal yang berkahwin ketika berusia 4o tahun! Dek kerana cinta dan mahu focus dengan Ilmu.

Hurm..baru terasa kenapa Mak dan Abah beriya suruh saya habiskan belajar dahulu sebelum fikir soal jodoh dan perkahwinan. Ape pun, zaman belajar adalah zaman yang seronok. Walaupun sentiasa stress dengan belajar tetapi semua itulah nikmat dalam alam belajar.



p/s : maaf kalau macam memaksa sebelum ini. Mood : redha..

sekian..= )


Friday, May 16, 2014

markah periksa.

Assalamualaikum.

Selamat hari guru buat cikgu,ustaz,ustazah,sir,miss,madam,puan dan kawan yang berkongsi ilmu dan kebolehan anda..di sebabkan hari ini adalah hari guru.saya nak berkongsi kisah mengenai guru.



Di suatu tempat dalam sebuah sekolah,seorang guru sedang memulangkan kertas soalan peperiksaan. Satu-persatu nama di panggil,dengan lantang si guru itu juga menyebut markah yang di peroleh si empunya nama.ada yang malu,ada yang bangga berbagai-bagai perasaan wujud dalam suatu masa.

Selesai proses pemulangan kertas soalan,guru tadi pun duduk di meja guru setelah meminta murid-muridnya menyemak semula kertas mereka masing-masing. “murid-murid sila semak kertas soalan masing-masing ye,kalau ada yang salah nak betulkan sila ke depan,rujuk pada saya”pinta guru itu.

Setelah beberapa lama tampil seorang murid bertanya”cikgu,saya wakil kelas nak tanya beberapa soalan”,”silakan”balas guru pendek.
“saya boleh terima cikgu bagi markah yang tinggi kepada kamal sebab dia seorang yang rajin,tetapi yang peliknya kanapa cikgu bagi atan lulus padahal kertas dia kosong!isi pun sikit-sikit sahaja.yang tersangat pelik aswad tu cikgu gagalkan.padahal antara kami dialah yang paling genius.”

Tersenyum guru tersebut selepas di ajukan dari muridnya itu,”baiklah,biar cikgu terangkan satu-persatu”
1.    Atan cikgu bagi dia lulus sebab dia rajin dalam kelas,selalu siapkan kerja yang cikgu beri.ada semangat nak belajar.
2.    Aswad memang cikgu akui dia hebat tetapi dia berlagak,selalu sakitkan kawan yang nak belajar.
3.    Kamu yang lain pula macam biasalah.siapa yang rajin berusaha akan dapat dan siapa yang malas pula tak dapat lah jawab.



LEBIH BAIK DARI SEMALAM.

Ceita di atas Cuma gambaran di mashar nanti sahaja(malah suasana sebenar lebih dashat!)
Di sana nanti kita semua di hurunggi bermacam-macam perasaan sehingga tak sempat nak fikir perihal orang lain. Dalam satu hadith (mafhumnya)Saidatina Aishah diberitahu bahawa ketika kiamat nanti manusia kesemuanya dalam keadaan tidak berpakaian,Saidatina Aishah pun bertanya kepada Baginda Sollahhu ‘Alaihi Wassalam “Ya Rasulullah,tidak kah mereka malu dengan keadaan mereka(tak berpakaian) itu? Jawab Baginda”keadaan ketika telah membuatkan mereka lupa akan keadaan mereka”.



Di “sana” nanti kita akan dipanggil seorang demi seorang selepas itu semua amalan kita akan dipertontonkan kepada khalayak.tiada lagi rahsia.semuanya akan dipertonton tanpa ada yang tertinggal.kala itu mulut kita telah di “kunci” hanya anggota-anggota lain sahaja yang dibenarkan menjawab.

Maha Adil Allah,Dia akan ,membalas setiap perbuatan hambaNya mengikut apa yang telah mereka lakukan.jika amalan baik yang banyak maka Jannahlah tempat abadi untuk mereka.jika kurang amalannya bersiaplah untuk singgah ke neraka(nauzubillah)

Begitu juga Allah boleh membuat apa sahaja mengikut kehendakNYA.dia boleh memasukkan pendosa ke syurga juga yang baik dan alim ke neraka.tiada siapa boleh menghalang.di ujinya kita supaya kita sentiasa beringat dan kembali padanya.


p/s: orang selalu kata dunia sudah hampir kiamat.dunia memang akan kiamat itu adalah pasti tetapi keadaan kita di sana bagaimana?sudah pasti?






Muhasabah…


Sekian..= )



Thursday, May 15, 2014

cincin apa tu?

Assalamualaikum.



“Zaki,bak mai sat kau punya cincin tu.”
“ni cincin ape kau pakai ni,cincin tunang ke?”

Setiap soalan yang di aju mengenai cincin yang tersarung di jari ini jawapan nya tetap sama

“ini cincin biasa sahaja,cincin mak aku bagi”

Saya Cuma pakai atas niat untuk amalkan sunnah sahaja.kerana Baginda Nabi Sollaahhu ‘Alaihi Wassalam juga memakai cincin maka saya cuba untuk meniru setiap apa yang Baginda Sollaahhu ‘Alaihi Wassalam buat.

Sebelum ini ada juga beberapa cincin yang saya pakai tetapi semua ‘cabut’ tak ada yang kekal lama.kadang tu batu tercabut,cincinnya hilang dan macam-macam lagi kes tanda tidak sesuai.

Suatu hari saya tanya pada mak,kalau-kalau dia ada cincin untuk lelaki dan alhamdulillah rezki saya pasa masa itu mak ada cincin berbatu putih.di ambil dan terus diberi pada saya,sampai sekarang cincin ini masih lagi tersarung di jari.

Mungkin kuasa kasih sayang dan ikatan antara mak dan anak kot yang membuatkan cincin ini masih lagi tersisip di jari.pernah juga saya terlupa dan tertinggal di sekian-sekian tempat.tapi,cincin ini setia menunggu tuan badan menuntut.=D

p/s :mood nak sarung cincin perak.


Sekian..=)