Perkara(tajuk) di atas adalah dirujuk. Ahaks!
Bila cakap pasal 'tutup', mesti semua pun dah faham. Yeah, it's about aurah, pride. Lagi tutup, laaagi cantik! Kenapa?
1. Sebab kalau tertutup maksudnya terjaga. (even bukan semua yang terjaga pun nowadays, blerghh)
2. Sebab kalau tertutup maksudnya orang tu jenis tak 'show off' dan orang yang tak 'show off' semestinya seorang yang cantik. Kalau tak cantik rupa pun, etlis cantik budi pekertinya. Ketahuilah, semua manusia pun Allah dah ciptakan cantik dan indah belaka. Cuma terpulang pada manusia itu untuk tampil yakin dengan penampilan masing-masing, Kalau yang dipakai terdedah dan tak tutup, maksudnya beliau tak yakin dengan kecantikan beliau. That's it!
3. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang berusaha buat yang terbaik dalam mentaati perintah Penciptanya. Menjadi solehah, cantik kotttt!
4. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang menjaga amanah dan menjadi yang terbaik untuk bakal suaminya di hari kelak. Cliche. Ahaks!
5. Sebab kalau tertutup maksudnya dia boleh jadi contoh Muslim untuk kawan-kawan yang lain. Boleh kata, beliau cuba menjadi ikon Islam di mata-mata orang lain yang belum mengenal Islam. Memperkenalkan Islam, tak semestinya dengan kata-kata, ceramah-ceramah, nasihat-nasihat berjela, akhlak yang baik pun dah cukup sebenarnya. Tunjuklah akhlak Islam sebab Islam itu semua yang indah-indah belaka.
6. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang menjaga maruah. Menjadi mahal, mestilah cantik.
Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa yang menutup aurat itu cantik. Dan selain sebagai tuntutan agama, sebenarnya kita sebagai seorang Muslim tahu dan sedar betapa cantiknya dan betapa banyak manfaat jika menutup apa yang patut ditutup tu. Cumanya, untuk laksanakan perlu hati dan keazaman yang kuat.
Usahalah untuk buat, selagi mampu berusaha. Dan jangan lupa doa. Pray about it as much as you think about it. Nak mula memang susah. But you can do it! You can always do it! Fighting!
Be a good person, but don't waste your time to prove it. Let's change for good!
Friday, February 13, 2015
Lagi Tutup Lagi Cantik
Solat Tanda Hamba
Pada tahun 2011, statistik menunjukkan sebanyak 80% orang Islam di Malaysia tidak solat. 80% orang Islam, bukan 80% rakyat Malaysia tau. Apa reaksi pertama? Ye, sedih. Terlampau sedih. Tak susah pun nak cari orang yang tinggalkan solat ni. Sila-silap orang terdekat kita sendiri pun ada yang tak solat, tinggalkan solat dengan sengaja.
Tak kesahlah apa saja alasan untuk tak solat. Sama ada sengaja atau tak sengaja, kalau tinggal solat fardhu yang lima waktu tu, hukumnya tetap berdosa besar. Sobsob. Dengan sebegitu banyak dosa dalam kehidupan seharian kita (dosa tak tutup aurat, dosa mengumpat, dosa buruk sangka, dosa kecilkan hati orang, dan lain-lain), kita masih tak rasa berdosa untuk buat dosa besar (dosa tak solat) tu pulak?
Orang yang solat tak semestinya baik, dan orang tak solat tak semestinya jahat. Betullah tu, tapi letak tepi la semua tu. Kita hidup bukan untuk 'judge' orang itu sekian, sekian dan sekian. Nahnu duat wa la qadha', kata-kata seorang alim ulama.
Tapi tapi tapi....
Solat itu tetap wajib, jika kamu seorang Islam. Tak kiralah baik ke jahat ke kaya ke miskin ke cantik ke hodoh ke. Wajibul wajib! Kalau tak buat, berdosa besar.
Kita tak suka manusia hipokrit, tapi kita sendiri hipokrit. Macam mana tu? Bila susah, kita cari Allah. Kerana diri adalah seorang Islam dan ada keyakinan yang Allah Maha Pemberi, maka kita minta sekian, sekian dan sekian pada Allah. Pada waktu itu, solat tak tinggal, doa panjang, mengaji sokmo. Kenapa? Sebab berhajatkan sesusatu pada Allah. Naaaah bila Allah dah bagi, sejadah pun kita tak usik, al-Quran pun kita tak jeling. Kenapa mesti macamtu? Allah itu perlunya hanya waktu susah dan bila kita berkehendak sesuatu je ke? T______T
Solatlah, sebelum kamu disolatkan. Orang-orang sekeliling yang sayangkan kamu, risau melihat kamu tak solat. Solatlah, jangan tinggalkan dengan sengaja.
Buat daie, apa tandanya semua tu?
Itu tandanya 'kerja' kita masih banyaaaaaaaak.
#Muhasabah
Tak kesahlah apa saja alasan untuk tak solat. Sama ada sengaja atau tak sengaja, kalau tinggal solat fardhu yang lima waktu tu, hukumnya tetap berdosa besar. Sobsob. Dengan sebegitu banyak dosa dalam kehidupan seharian kita (dosa tak tutup aurat, dosa mengumpat, dosa buruk sangka, dosa kecilkan hati orang, dan lain-lain), kita masih tak rasa berdosa untuk buat dosa besar (dosa tak solat) tu pulak?
Orang yang solat tak semestinya baik, dan orang tak solat tak semestinya jahat. Betullah tu, tapi letak tepi la semua tu. Kita hidup bukan untuk 'judge' orang itu sekian, sekian dan sekian. Nahnu duat wa la qadha', kata-kata seorang alim ulama.
Tapi tapi tapi....
Solat itu tetap wajib, jika kamu seorang Islam. Tak kiralah baik ke jahat ke kaya ke miskin ke cantik ke hodoh ke. Wajibul wajib! Kalau tak buat, berdosa besar.
Kita tak suka manusia hipokrit, tapi kita sendiri hipokrit. Macam mana tu? Bila susah, kita cari Allah. Kerana diri adalah seorang Islam dan ada keyakinan yang Allah Maha Pemberi, maka kita minta sekian, sekian dan sekian pada Allah. Pada waktu itu, solat tak tinggal, doa panjang, mengaji sokmo. Kenapa? Sebab berhajatkan sesusatu pada Allah. Naaaah bila Allah dah bagi, sejadah pun kita tak usik, al-Quran pun kita tak jeling. Kenapa mesti macamtu? Allah itu perlunya hanya waktu susah dan bila kita berkehendak sesuatu je ke? T______T
Solatlah, sebelum kamu disolatkan. Orang-orang sekeliling yang sayangkan kamu, risau melihat kamu tak solat. Solatlah, jangan tinggalkan dengan sengaja.
Buat daie, apa tandanya semua tu?
Itu tandanya 'kerja' kita masih banyaaaaaaaak.
#Muhasabah
Thursday, October 9, 2014
Jom Berniaga!
Assalamualaikum..
Hari
ini ramai duk kalut dengan kenaikkan harga barang, macam-macam formula dan strategi
yang di utarakan. Banyak juga seminar dan forum di anjurkan. Nampak hebat dan
kemas.dan…akhirnya MENIAGALAH jalan terbaik untuk mengurangkan “sakit” dan
meringakan “beban”.
Jadi ,
di sini saya ingin kongsi dengan kawan-kawan satu jenis perniagaan iaitu ajak
orang kepada kebaikan dan cegah orang dari kemungkaran(Amar Maaruf wa nahi ‘Anil
mungkar)
Ia satu
jual beli yang tak akan ada kerugiaan. Malah dalam Quran Allah sebut ia juga
satu perniagaan yang menjauhkan kita dari azab yang pedih.
Tak perlu
risau. Anda tak perlu jadi kaya untuk buat perniagaan ini juga tak perlu jadi
Alim(ulama) pun untuk buat perniagaan ini, malah orang buta pun layak dan mampu
untuk lakukan perniagaan ini.
Saya
pernah dengar satu cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama. Di satu kawasan
pendalaman ada satu puak yang ingin buat kebaikan tetapi kehidupan mereka jauh
dari agama. Nak mengucap pun tak pandai!
Lalu
mereka mengadu kepada satu orang Alim “wahai syeikh, apa yang kami boleh buat
dengan diri kami ini. Kami tak Nampak pun yang kami ini boleh ajak orang kepada
kebaikan dan cegah orang dari buat perkara buruk.
Syeikh
itu pun membalas “kamu pergi sahaja jumpa orang dan beritahu pada mereka
seperti ini “Tuan jangan jadi macam saya, saya dulu jauh dari agama akibatnya
sekarang saya nak mengucap pun tak betul.”
Ha,sebenarnya
tak ada yang mustahil pun jika kita ada keinginan dan semangat untuk buat.
Kawan-kawan..jom
berniaga..saya jual ye..
Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)
Sekian..=)
perkongsian dari
zakikhudzari
at
00:00
No comments:
Labels:
amar makruf,
jual-beli,
nahi mungkar,
perniagaan,
tamsil
Wednesday, October 8, 2014
kematian itu pasti...
Assalamualaikum..
Pagi
tadi dapat panggilan dari seorang kenalan
“ki,kau
kat mane?kau tau tak abang *** dah meninggal.lepas Zohor kebumi”
Panggilan
tamat fikiran saya melayang seketika sepanjang perkenalan, beliau seorang yang
ceria dan baik.
sampai satu saat dia menghidap kanser tahap 4 yang jarang-jarang orang kena
dalam dunia 1 dari 100 orang.
walaupun ditimpa ujian seberat ini beliau tetap tabah dan redho.setiap kali
menziarahi beliau pasti rase insaf,entah bila giliran diri ini.
moga
arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amiin.
inna lillah wa inna ilaihi roji'un..
inna lillah wa inna ilaihi roji'un..
![]() |
| gambar hiasan |
lepas
zohor tadi, arwah sudah selamat dikebumikan. Alhamdulillah saya berpeluang
hadir solat jenazah sehinggalah selesai majlis pengkebumian. Apabila sebut
pasal kematian macam-macam pekara akan menerjah masuk ke fikiran kita.
Sedia
atau tidak,muda atau tua,lelaki atau wanita,kanak-kanak atau dewasa apabila
sudah sampai ‘masa’nya pasti akan pergi. Ketika itu harta yang banyak,,anak yang
ramai,kedudukan dan pangkat yang tinngi tak dapat membantu kita menghadapi
sakaratul maut. Iman dan amal lah perisai dan benteng terakhir kita dalam
menghadapi sakit yang paling sakit di dunia(ulama ada syarah bagai kulit
dihiris 70kali)
Arwah
sudah pun selamat dan tenang di’sana’, kami yang tinggal ni pula perlu teruskan
kehidupan yang mendatang yang penuh dengan tipu daya. Duniya mata’ul ghurur(dunia ini hanyalah tipu
daya/jsenda gurau/main-main)
Ya
Allah, kau tariklah nyawa ku dalam keadaan kau redha kepada ku.
p/s
: kematian adalah pekara yang sangat dekat dengan kita sama seperti rezki. Habis
rezki kita kematian pula datang menjemput.
Sekian..=)
Tuesday, October 7, 2014
uji-ujian
Assalamualaikum…
Ape yang
kita paham dengan ujian?
Selalu
orang kata ujian adalah satu situasi yang
mana kita terima kesusahan,kepayahan derita dan masalah. Itu sudah betul tapi…..
Saya
nak tambah sikit, ujian ini bukan sahaja datang dalam bentuk kesusahan malah boleh
juga datang dalam bentuk kesenangan,kebahagiaan dan kemudahan.
Setelah
menempuh alam persekolahan,pengajian tinggi, menganggur, merantau dan juga
bekerja. Ramai orang yang saya jumpa macam-macam juga kerenah,sifat dan tingkah
laku manusia yang Allah ciptakan berbeza-beza. Masing-masing ada kelebihan dan
kekurangan.
Dia lah
yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)
Walaupun
kita lihat satu orang hidup dia kaya raya tapi belum pasti dia dapat tidur yang
nyenyak dek memikirkan duit yang banyak perlu dijaga dari dicuri orang.Sama juga
seperti seorang miskin yang kita lihat susah mungkin dia dapat ketenagan yang
tak dapat dirasa oleh si kaya.
Semua
orang antara kita pasti akan Allah datang kan ujian.dari sudut yang pelbagai. Apa
yang pasti ujian yang Allah berikan sesuai dengan keadaan dan situasi kita
ketika itu. Pelajar dengan masalah ketika belajar,ibubapa dengan masalah anak
dan keluarga, pekerja dengan masalah kerja dan orang atasan.
Allah
tak akan menzalimi hambanya dengan datangkan ujian yang tak mampu kita hadapi
dan tanggung. Masalah datang bila kita lemah dan tak berdaya. Tetapi itulah
punca dan sebab Allah datangkan supaya kita ingat dan kembali kepadaNYA. Dia
yang datangkan masalah pasti dan pasti Dia jugalah yang mampu selesaikan segala
masalah dan kesempitan kita.
Ya ALLAH, jangan kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku hadapi
Ya ALLAH, jangan kau bebankan daku dengan bebanan yang tak mampu aku tanggungi.
p/s
: Allah akan jadi Tabib(doctor) bila kita jauh dariNya.
Allah juga akan Jadi HABIB(kekasih) bila kita dekat denganNYA.
Sekian..=)
Subscribe to:
Posts (Atom)








