Wednesday, October 24, 2012

nyah kau dari sini


Assalamualaikum..

Kalau anda rasa takut dengan ‘sesuatu’ apa yang anda buat?

1.lari dari tempat itu

2. pengsan  

3.buat-buat tak tahu(wah! Hebat..)

4. menangis dan menjerit

Saya ini bukanlah seorang yang sangat berani malah bukan juga seorang yang pengecut,Cuma kadang-kadang perasaan macam ini muncul tanpa kita undang.

Saya ada satu tips/cara macam mana kita nak kurangkan perasaan kita ini, benda ini saya dapat dari ustaz saya, mungkin orang lain juga boleh gunakan bila perkara yang sama berlaku pada diri kita.

Okay, macam mana saya hilangkan perasaan takut saya dengan ‘sesuatu’



1.    Bila datang perasaan takut itu tukarkan perasaan takut itu kepada takut kepada Allah.

2.    Cakap pada diri kita bahawa yang patut kita takut hanyalah Allah.

3.    Makhluk ini tak dapat bagi apa-apa menafaat dan mudarat pun pada kita tanpa kehendak dan izin dari Allah.




Itu sahaja,ini bila perasaan takut akan ‘sesuatu’ datang tapi saya rasa boleh juga kita gunakan untuk perkara-perkara yang lain Cuma kita tukar sahaja sebab /subjek mengikut keadaan dan situasi kita.

Ingat! Diri kita biarlah diri kita yang kawal jangan biarkan sesiapa yang mengawalnya.gunakan minda kita untuk kawal anggota badan kita dan sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik untuk elakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.



Anda Boleh!

p/s : esok (25/10/2012) bersamaan dengan 9 dzulhijjah adalah hari Arafah. disunatkan berpuasa. jom!

Sekian..= )




Thursday, October 18, 2012

tips cari tempat praktikal


Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips-tips untuk mereka yang hendak mencari tempat praktikal semua ini adalah berdasarkan pendapat sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang lain.

1-      Betulkan Niat

Yang pertama sekali niat kita kenalah betul, nak praktikal ini kita nak tambahkan ilmu supaya dapat bantu orang satu hari nanti. Paling penting niat kita kerana Allah dapat pahala insya allah.

2-      Tanya Elaun

Jangan malu dan segan ini adalah hak anda, tak salah pun Tanya “berapa ye elaun yang saya dapat?” ringankan mulut untuk bertanya. Bagi saya, elaun ini juga antara factor yang memberi motivasi kepada kita. Cuba bayangkan orang lain praktikal dapat elaun praktikal ratus-ratus malah ada yang cecah ribu tapi anda praktikal dalam elaun ciput sahaja malah ada yang tak dapat langsung! Kerja lebih kurang sama sahaja.ha..pikir!

tanya jangan tak tanya


3-      Lihat Kawasan

Kalau ada kelapangan masa cuba pergi sendiri kawasan yang kita nak praktikal untuk lihat suasana dan kawasan di sana antara yang perlu dititik beratkan adalah tempat solat (ada company yang tak sediakan tempat solat),kedai makan, kawasan parking (bayar atau tidak), bank (untuk urusan bayar yuran,masukkan duit),rumah sewa(kalau yang tak nak duduk dengan family) dan sebagainya

4-      Nasihat Tambahan

Ada perlu tahu bahawa company pun sama macam manusia macam makin kaya makin kedekut.(tak semua)



Anda Cuma praktikal sahaja, kalau boleh carilah company yang sedang-sedang sahaja tak terlampau besar dan terlampau kecil. Maksudnya kalau besar sangat takut kita tak dapat belajar banyak benda sebab kita ditugaskan di satu department sahaja tak tukar mana-mana. Kalau kecik sangat takut nanti kita dapat kerja yang terlampau banyak dan semua benda/kerja anda kena buat.




bagi yang muslim carilah company yang muslim juga kalau boleh sebab kita semua paham yang masing-masing punyai tanggungjawab yang perlu di tunaikan iaitu solat.

Akhir sekali,jika anda tak dapat apa yang anda harap dan idamkan semasa praktikal ini, rujuklah pada tips nombor satu (1) mmungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda.

p/s: maaf tak ada ‘intro’ terus straight to the point je.

Sekian..= )




Tuesday, October 9, 2012

bila nak qurban kita kena..



Assalamualaikum..

Bila sudah ada binatang yang  hendak diqurban ini cari-carilah juga kelebihan dan perkara-perkara sunat yang boleh kita dapat bila berqurban,barulah bertambah semangat nak bequrban bila sudah tahu pahala dan ganjaran yang kita dapat. Fitrah manusia, bila buat kerja mesti nak tahu apa yang kita akan dapat dengan kerja yang kita sudah buat, kan?. Jadi antara yang saya mahu kongsikan ialah.

Fadhilat..

Sebagai penebus dosa Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Raslullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


PERKARA-PERKARA YANG SUnat

Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan Qurban, antaranya:

Semua yang terlibat dengan ibadah Qurban, disunatkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berQurban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)

“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah:

“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)

Dalam sebuah riwayat yang terdapat dalam Shahih Muslim, ‘Amr bin Muslim pernah mendapati seseorang di kamar mandi sedang mencabuti bulu ketiaknya menggunakan kapur sebelum hari raya qurban. Sebagian mereka ada yang berkata: “Sesungguhnya Sa’id bin Musayyib tidak menyukai perkara ini.”



Disunatkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya, atau mewakilkan kepada orang lain (Lihat: أحكام العيدين hlm. 77. Sheikh Ali Hasan al-Halaby) jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.


p/s : mesti seronokkan kalau dapat sembelih sendiri binatang Qurban.


cuba teka keldai boleh Qurban atau tak?


rujukan :






Sekian.. = )