Showing posts with label derma darah. Show all posts
Showing posts with label derma darah. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

awak makan apa dik?



Assalamualaikum..




Pagi tadi saya berkesempatan untuk menderma darah di Hospital Sulatanah Aminah (curi-curi pergi,nasib baik tak kantoi). Setelah siap isi borang dan ujian darah saya menunggu panggilan dari doktor untuk saringan yang seterusnya. Dalam banyak soalan yang di Tanya ialah berat badan penderma jadi tanpa banyak soal saya teruslah timbang berat badan..tup..tup..berat badan saya sudah naik 4kg(aiyoo!). Dr. cakap biasalah Raya ramai orang buat rumah terbuka.

Lepas saringan dari Dr. saya tunggu giliran untuk menderma darah pula, masa akak nurse siapkan peralatan untuk saya derma darah dia tengoklah saya punya Hemoglobin(Hb) spontan akak itu cakap “awak makan apa dik,tinggi awak punya Hb ni?” “tinggi ke?em..makan nasi je la” tak tahu nak jawab apa saya terus tanya “bahaya ke kalau tinggi”(Hb saya 16gm) “eh,baguslah tinggi”jawab akak nurse.



Saya memang tak paham, penting sangat ke Hb ini masa nak derma darah?bila saya ‘search’ di internet baru tahu kalau Hb kita kurang memang tak boleh nak derma darah dan minimum Hb kita kalau nak derma darah ialah 12.5gm. jadi, siapa yang kurang Hb ini memang tak dapatlah nak menderma kena cuba lagi lain kali.

Selain itu, kurang Hb ini selalu jadi pada ibu yang mengandung(akak nurse tadi mengandung ye) mereka ini pula perlu Hb yang tinggi supaya anak dalam kandungan mereka tak terjejas serta dapat mengelakkan risiko tumpah darah ketika mengandung, minimum Hb untuk golongan ibu mengandung ini pula 11gm.

Jadi, bagi yang ada masalah Hb rendah bolehlah naikkan balik Hb dengan ambil makanan yang mengandungi Zat Besi yang tinggi macam Hati,Tiram,Kerang,Sayur bayam,Kacang,Jambu batu & macam-macam lagi.

tengok betul-betul kadang tersalah ambil = p


p/s : orang sebelah tadi sudah 16 kali derma darah..wow!

Sekian..= )




Wednesday, April 4, 2012

derma darah


Assalamualaikum..

Hari ini di kampus saya ada kempen menderma darah bersempana ulangtahun ke-lima UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Alhamdulillah saya di izinkan menderma masuk ini sudah 4 kali(ikut buku la sebernya da lebih). Sambutan oleh pelajar disini pun boleh tahan hebat juga,ramai yang secara sukarela datang mendermakan darah.

Jenis darah saya ialah ‘O’ yang setahu saya boleh menderma kepada semua jenis darah tetapi hanya boleh menerima darah jenis yang sama sahaja(cerewet juga ya). Jadi, tadi saya derma sebanyak 450 ml.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

-Berumur 18 hingga 65 tahun.
-Berat badan melebihi 45 kilogram.
-Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-Tidak menghidap penyakit kronik.
-Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:
-Demam.
-Berat badan kurang 45 kilogram.
-Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
-Tidur kurang lima jam.
-Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
-Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
-Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
-Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
-Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
-Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
-Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
-Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
-Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Mengambil dadah secara suntikan.

Ha,siapa yang belum menderma boleh lah datang ke perpustakaan aras 1 KBM. Kempen ini berlangsung sampai esok sahaja 5/4/2012. sekarang kita sudah boleh menderma darah selepas dua bulan kita menderma tak macam sebelum ini, kita hanya boleh menderma darah selepas 3 bulan dari tarikh akhir kita menderma. dari 4 kali setahun kita sudah berpeluang untuk menderma darah sebanyak 6 kali setahun.

Sekian..= )