Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Monday, July 22, 2013

kalaulah..



Assalamualaikum..

Ini sambungan dari entri yang lepas

Pada kuliah pagi sebelum saya balik ke skudai,imam di surau Ngah telah berkongsi dengan Jemaah yang hadir solat subuh secara berjamaah satu kisah yang terjadi pada seorang sahabat nabi di akhir hayat beliau.

Pada akhir hayatnya beliau telah menyebut tiga(3) perkara 

1              kalaulah panjang
2              kalaulah semua
3              kalaulah baru

buntu dengan apa yang dikatakan oleh suaminya, sang isteri ini lantas bertanya kepada Baginda Nabi Sollahu ‘Alaihi Wassalam.Lalu Baginda pun menerangkan.


1-    Kalaulah panjang
Ketika hayatnya sahabat ini telah menolong seorang tua dengan memimpin orang tua itu ke masjid. tetapi jarak perjalanannya adalah pendek. Ketika saat dia menghadapi sakaratul maut Allah telah memperlihatkan kepadanya ganjaran pahala sahabat tersebut memimpin orang tua itu ke masjid. oleh itu sahabat tersebut menyebut “kalaulah panjang” iaitu kalaulah panjang jarak perjalanan dia memimpin orang tua itu ke masjid.

2-    Kalaulah semua
Pada suatu hari telah datang kepada sahabat ini seorang yang sedang kelaparan meminta simpati di beri sedikit makanan, kebetulan ketika itu sahabat ini sedang memegang sepotong roti untuk di makan. Sahabat ini telah potong dua buku roti yang ada ditangannya dan berkongsi dengan orang yang kelaparan tadi. Jadi “kalaulah semua” bermaksud kalau lah dia bagi semua roti yang ada ketika itu kerana ganjaran yang di lihat olehnya dari permberian separuh dari buku roti tersebut. 

3-    Kalaulah baru
Bila datang musim sejuk,sahabat ini punyai dua baju satu baju yang baru dan satu lagi adalah baju yang di pakainya. Bila melihat orang lain kesejukan dia pun memberi orang itu baju yang dipakainya(lama). Jadi, “kalaulah baru” baju yang diberi pasti lebih banyak ganjaran yang akan di beri oleh Allah kepadanya.



LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Pada akhir hayat kita nanti Allah akan tunjukkan pada kita setiap amalan yang telah kita buat sama ada baik atau buruk pasti akan di perlihatkan. Ketika itu kita tiada jalan pulang apa yang kita sudah buat itulah yang akan kita dapat.

Bagilah yang terbaik semasa hayat kita ini, kerana dunia adalah tempat menanam dan akhirat pula tempat kita memungut hasil. Jadi, jangan rasa puas dengan apa yang telah kita lakukan. Dikatakan di syurga nanti beza antara syurga atas dan bawah hanya di bezakan dengan satu subhanallah sahaja.

Akhirat nanti semua akan menyesal bila Allah telah memperlihatkan apa yang telah di buat dunia.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"As-Sajdah 32:12




Sekian..= )

Wednesday, May 9, 2012

huish..lambatnya..

assalamualaikum..

hari ini saya masuk kelas lambat..suka-suka hati je nak masuk kelas lambat. bukan ape,saya kena tolong printkan slide untuk subjek kelas dan akhirnya saya masuk kelas setengah jam lambat tapi nasib baiklah pensyarah tak marah. pensyarah kami ni memang tak akan bagi masuk kalau lambat 10minit dia akan kunci pintu dan kami tidak dibenarkan masuk dan yang paling menarik sekali ibu bapa kami akan di hubungi untuk di maklumkan bahawa kami tidak datang kelas beliau.


jadi bila tengah menunggu slide siap di 'print' saya sambil-sambil lah tengok youtube dan menonton video pendek ini :




haha..tergelak bila tengok video ini.sebab kadang-kadang saya juga macam tu.huhu..kesian kat orang sekeliling. Banyak benda yang perlu saya belajar dari hari ke hari walaumacam mana sekalipun saya akan usaha untuk ubah perangai-perangai saya yang kurang elok. 

Manusia memang tak pernah lari dari masalah,semua orang ada masalah tetapi yang membezakan seorang itu bagus atau tidak adalah bagaimana cara dia selesaikan masalah. Ada orang bila dating satu masalah dia diam je,ada yang lain tu pula dia beritahu kawan-kawan yang lain untuk bantu dan macam-macam lagi.


Jadi, apa sahaja masalah yang datang kita tak perlu cepat melatah.duduk sejenak dan berfikir adakah masalah itu Allah datangkan saje-saje?oh…percayalah,Allah tidak ZALIM..DIA tidak akan timpakan Sesuatu itu melainkan kita mampu untuk selesaikan.Dia sebenarnya sayangkan kita dan mahu kita sentiasa ingat dan kembali dekat padaNya..

Peringatan untuk diri ini,Allah yang ‘datangkan’ masalah maka Allah jualah yang mampu bantu kita untuk hilangkan masalah yang kita hadapi itu. Ingat! kita perlu bersangka baik atas tiap sesuatu yang datang menimpa kita walau macam mana sekali pun cuba terima segala ketentuan dengan reda. Insya Allah, pasti akan ada hikmah yang akan muncul selepas itu.



 
p/s : ketenangan kemenangan pertama

 
sekian..= )



Monday, April 16, 2012

kemarahan

Assalamualaikum..



ARRRRRRGGGGGGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!….erk..jangan terkejut?hehe..ini adalah salah satu contoh yang biasanya orang marah akan lakukan, dia akan rasa nak menjerit malah banyak lagi cara-cara yang orang akan buat supaya kemarahan yang ada dalam diri ini dalam di kurangkan dan terus hilang. Dalam islam juga ada menyebutkan tentang amarah dan telah di sertakan sekali cara untuk kita kurangkan rasa marah kita.

Jadi, jom kita periksa balik apa yang kita buat selama ini betul tak,sekiranya betul Alhamdulillah..sekiranya tidak mungkin kita boleh sama-sama untuk perbaiki diri dan terapkan ianya dalam kehidupan harian kita insya allah..

Dalam mengawal kemarahan ini kita mempunyai ‘STEP’ supaya kemarahan kita itu dapat di kurangkan dalam keadaan yang sesuai dengan fitrahnya.

Pertamanya kita di galakkan untuk DIAM bila perasaan marah datang .




Dari Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda Ajarkanlah Agama kepada orang lain, berikanlah khabar gembira dan jangan susahkan mereka. Dan apabila marah salah seorang dari kamu hendaklah kamu diam. (HR Musnad Ahmad)

Seterusnya, jika ada kemudahan kita AMBILLAH WUDHU’ sebab air dipercayai dapat mengurangkan rasa marah kita tu sebab sifat marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu asalnya adalah dari api. Maka Cara yang mudah dan terbaik untuk kalahkan api tidak lain hanya lah AIR..


Dari Atiah R.hu meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : sesungguhnya marah itu daripada syaitan,dan syaitan di ciptakan dari api, dan api di padamkan dengan air, oleh itu apabila marah salah seorang daripada kamu, maka hendaklah dia berwudhu’. (HR Ahmad)

Akhir sekali, Jika kita marah dalam keadaan berdiri maka kita digalakkan untuk duduk, sekiranya dengan duduk pun dia masih rasa marah lagi kita digalakkan untuk berbaring. Jadi, kita kenalah MENUKAR KEADAAN DIRI KETIKA MARAH dan pilih lah satu kedudukan yang agak selesa supaya kesan marah menjadi reda.

Dari Abu Zar r.hu meriwayatkan bahawa Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam pernah bersabda kepada kami : apabila marah salah seorang dari kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk. Jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring. (HR Abu Daud no 4782)

Sekiranya amarah kita ini kita dapat redakan malah kita mampu mengawalnya Allah telah menjanjikan pahala untuk orang tersebut.

Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang di sukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. (HR Ahmad)

Cuba kita bayangkan bila Allah sudah suka dengan apa yang kita buat,apa lagi yang kita nak dalam hidup ini melainkan hanya keredaan Allah. Maka marilah kita sama-sama untuk belajar mengawal kemarahan kita untuk suka kan kawan,keluarga dan terUTAMA sekali kesukaan Allah..insya Allah..

Akhir kata..

Dari Abu Hurairah R.hu meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : seorang yang kuat itu bukanlah orang dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah. (HR Bukhari no. 6114)


Sekian..= )