Assalamualaikum..
Alhamdulillah..sudah seminggu saya melepasi
zaman mahasiswa in-Shaa Allah. Saya baru sahaja sampai skudai tengah hari tadi
dari putrajaya. Tak rancang pun nak ke putrajaya tiba-tiba sahaja nak ke sana
sebab mikirkan Ngah sekeluarga akan berangkat pergi ke mesir dalam tahun ini
maka selepas ini hilanglah ‘port’ lepak kami di putrajaya.
Selain itu, bulan ramadhan kali ini boleh
jadi ramadhan terkahir yang di sambut mereka di putrajaya. Peluang semacam
inilah jangan di lepaskan, sampai di sana ngah memeberitahu bahawa banyak
program yang di anjurkan di putrajaya lagi-lagi di Masjid Tungku Mizan(Masjid
Besi) ada festival ramadhan sepanjang sebulan.
Malam pertama saya hanya solat di surau
kawasan perumahan ngah di presint 9 tetapi malam esoknya saya berpeluang solat
di masjid besi.wahhh..imam yang membawa solat tarawih di sana adalah orang
arab! Terasa macam di masjidil haram pula bila imam melaungkan takbir dan bilal
pula menyahut takbir imam.(rindu nak ke mekah dan madinah)
pemandangan malam masjid besi |
Malam berikutnya pula, saya pergi ke masjid
putra pula kali ini saya pergi menaiki kereta ngah bersendirian. Tarawih di
masjid putra di pimpin oleh imam melayu. Masa awal-awal rasa biasa sahaja masuk
separuh tarawih tukar imam baru yang bersuara lunak malah membaca surah yusuf
pula(antara surah kegemaran) jadi asyik melayan bacaan yang di alunkan imam.
Kesimpulan yang boleh saya buat secara
peribadi buat kedua-dua masjid ialah bagi mereka yang sukakan kemeriahan dan
suasana orang ramai. Saya syorkan anda ke masjid besi di sana banyak program
yang di sediakan oleh pihak masjid lagi-lagi minggu nuzul quran ada opick,habib
syech, inteam, raihan dan juga tazkirah dari imam muda.(boleh rujuk laman web
INI)
Dan jika anda seorang yang inginkan keadaan
yang selesa,kondusif dan santai pergilah ke masjid putra di sana taklah sesibuk
masjid besi tetapi in shaa Allah dapat memberi kemanisan beribadah buat anda.
Alhasil, Setelah 10hari duduk dalam suasana 'cukup' dgn ibadah yang sudah di
buat..putrajaya berjaya membuatkan saya seronok beribadat.20rakaat tidak terasa
pun!
p/s : sebelum
balik saya dengar satu tazkirah subuh yang baik pengisiannya.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment