Monday, July 22, 2013

kalaulah..



Assalamualaikum..

Ini sambungan dari entri yang lepas

Pada kuliah pagi sebelum saya balik ke skudai,imam di surau Ngah telah berkongsi dengan Jemaah yang hadir solat subuh secara berjamaah satu kisah yang terjadi pada seorang sahabat nabi di akhir hayat beliau.

Pada akhir hayatnya beliau telah menyebut tiga(3) perkara 

1              kalaulah panjang
2              kalaulah semua
3              kalaulah baru

buntu dengan apa yang dikatakan oleh suaminya, sang isteri ini lantas bertanya kepada Baginda Nabi Sollahu ‘Alaihi Wassalam.Lalu Baginda pun menerangkan.


1-    Kalaulah panjang
Ketika hayatnya sahabat ini telah menolong seorang tua dengan memimpin orang tua itu ke masjid. tetapi jarak perjalanannya adalah pendek. Ketika saat dia menghadapi sakaratul maut Allah telah memperlihatkan kepadanya ganjaran pahala sahabat tersebut memimpin orang tua itu ke masjid. oleh itu sahabat tersebut menyebut “kalaulah panjang” iaitu kalaulah panjang jarak perjalanan dia memimpin orang tua itu ke masjid.

2-    Kalaulah semua
Pada suatu hari telah datang kepada sahabat ini seorang yang sedang kelaparan meminta simpati di beri sedikit makanan, kebetulan ketika itu sahabat ini sedang memegang sepotong roti untuk di makan. Sahabat ini telah potong dua buku roti yang ada ditangannya dan berkongsi dengan orang yang kelaparan tadi. Jadi “kalaulah semua” bermaksud kalau lah dia bagi semua roti yang ada ketika itu kerana ganjaran yang di lihat olehnya dari permberian separuh dari buku roti tersebut. 

3-    Kalaulah baru
Bila datang musim sejuk,sahabat ini punyai dua baju satu baju yang baru dan satu lagi adalah baju yang di pakainya. Bila melihat orang lain kesejukan dia pun memberi orang itu baju yang dipakainya(lama). Jadi, “kalaulah baru” baju yang diberi pasti lebih banyak ganjaran yang akan di beri oleh Allah kepadanya.



LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Pada akhir hayat kita nanti Allah akan tunjukkan pada kita setiap amalan yang telah kita buat sama ada baik atau buruk pasti akan di perlihatkan. Ketika itu kita tiada jalan pulang apa yang kita sudah buat itulah yang akan kita dapat.

Bagilah yang terbaik semasa hayat kita ini, kerana dunia adalah tempat menanam dan akhirat pula tempat kita memungut hasil. Jadi, jangan rasa puas dengan apa yang telah kita lakukan. Dikatakan di syurga nanti beza antara syurga atas dan bawah hanya di bezakan dengan satu subhanallah sahaja.

Akhirat nanti semua akan menyesal bila Allah telah memperlihatkan apa yang telah di buat dunia.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"As-Sajdah 32:12




Sekian..= )

No comments:

Post a Comment