Assalamualaikum..
(ini adalah entri berbentuk ala-ala cerpen)
Suasana siang di johor sangat terik,sesuai
dengan maksud ramadhan yang membakar. Ye, ia telah membakar kekuatanku pada
waktu petang dan hanya mampu berehat dan menyimpan tenaga untuk perkara-perkara
yang perlu sahaja.
Tiba-tiba,”zakiiiiiiii..kau gi dapur tolong
mak kejap”mak menjerit memanggil pinta ditolong. Almaklum, adik beradik
majoriti lelaki dan hampir semua sudah punyai keluarga dan duduk asing-asing
jadi nak tak nak terpaksalah juga guna kudrat anak lelaki dia yang tak berapa
nak rajin ini membantu.
Dalam keadaan separa sedar dan mamai yang
kuat di gagahkan juga pergi ke dapur. Arahan mak perlu di taati sampai di
dapaur saya terus bertanya “mak nak zaki tolong ape ni?” sambil mencari-cari
kelibat mak di dapur.
“ni ha kau sembelih siput-siput ni”
ha?siput pun kena sembelih juga ke?bisikku dalam hati.bukan biasa di sembelih
lembu,kambing dan ayam ke? Suatu perkara yang jarang-jarang kita dengar.
Sembelih SIPUT!
“camne mak?tak pandai la”balas ku jujur.” Kau
tengok tu kan da ada parang dengan kayu tu kau amik satu siput kau potong
belakang dia”mak menerangkan sambil menunjukkan demo. Aduh, potong ekornya
rupanya ku ingat apalah tadi.eh..apa benda yang kat bekas kecil ni?haaaa..siput
sedot yang masih hidup!
“nah, kau buat pulak,siput ni memang hidup
nanti nak masak dia mati la. Penat abang udin kau kat kampong kutip”terang mak
kepada ku sebelum sempat aku bertanya.mak sudah tahu baca isi hati ku kah?
Aku pun menyambung “menyembelih”
siput-siput sedut ini, aku sudah Nampak plastic berwarna berwarna putih yang
isinya berwarna hitam di dapur sejak semalam lagi.ku pikirkan itu adalah sampah
dan ingin membuangnya tapi bila teringat yang mak mempunyai pantang yang barang
miliknya jangan sembarangan buang aku terus padam niat suci ku itu.
Bendalah yang berwarna hitam itu rupanya
adalah hampas kelapa supaya bole di makan oleh siput-siput itu(barangkali
bertujuan bagi siput-siput ini gemuk sedikit kot).setelah selesai memotong ekor
siput ini aku pergi ke singki pula untuk meneruskan langkah kedua iaitu
membasuh. Oh ya, sebelum terlupa siput sedut ini bakal jadi juadah berbuka
puasa kami jadi sudah perlu di siapkan bahan-bahan supaya mudah nanti hendak
memasak. Selalunya siput sedut ini di masak lemak cili padi.(terbayangkan
sahaja sudah terliur)
HABIS..
Itu sahajalah, cerita yang hendak di
kongsi.tugas saya sampai itu basuh sahaja bab masak saya serahkan semula pada
mak dia lagi arif kalau nak suruh saya tak merasalah siput sedut masak lemak
cili padi.
Huhu..nampak sangat jakun dan Bandar kan? Tapi
itulah realitinya, saya memang pertama kali melihat dan memotong siput
sedut.selama ini tahu makan sahaja
tetapi kali ini kena buat sendiri dan maksak sendiri. Satu pengalaman
yang menarik.
jom kita layan gambar pula
Sesi ‘menyembelih’
yang bulat merah tu adalah siput yang masih hidup |
peralatan penting-parang,bekas, kayu. |
Sesi membasuh/membersih
Sesi makan..= D
Sekian..=)
sedapnya siput sedut!!
ReplyDeletehehe..=D
Delete