Showing posts with label teguran. Show all posts
Showing posts with label teguran. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

boleh ke ni ?


Assalamualaikum..

Tertulis dalam kitab mengenai hukum fekah mazhab hanbali yang amat dipercayai –MUGHNI.

 Ali Ibnu Musa Haddad Rah.alaihi berkata “aku telah mengambil bahagian dalam satu jenazah dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi,Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi pun turut serta. Selepas mayat dikebumikan salah seorang buta telah datang dekat kubur dan mulai membaca Al-Quran. Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi telah berkata, “ bacaan Al-Quran dekat kubur adalah bidaah”.

 Apabila kami mula kembali dari tempat perkuburan tersebut, dalam perjalanan tersebut Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi telah bertanya kepada Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi “apakah pendapat kamu mengenai peribadi Mubasyer Ibnu Ismail Habali Rah.Alaihi?”. Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi Menjawab “yang boleh di percayai” Ibnu Qudamah pun telah bertanya lagi “adakah kamu juga mempelajariilmu  daripada beliau?”. Imam Ahmad Rah.Alaihi Menj;Awab “ ya, saya telah belajar hadith daripada beliau”. Ibnu Qudamah Rah.Alaihi Berkata “Mubasyer Ibnu Ismail Habali Rah.Alaihi telah menceritakan kepada saya bahawa Abdur Rahman Ibnu Ala Ibnu Lajlaj Rah.Alaihi telah meriwayatkan dariapda bapanya bahaw apabila beliau hampir meninggal dunia, beliau telah berwasiat agar di bahagian kepala kuburnya di bacakan ayat-ayat permulaan dan terakhir surah Al-Baqarah dan beliau telah berkata juga bahawa belaiu telah Mendengar Abdullah Ibnu Umar R.Huma berwasiat begitu. 

Apabila mendengar peristiwa ini, Imam Ahmad Ibnu Hanbal Rah.Alaihi berkata kepada Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi “patah baliklah kamu ke tanah perkuburan itu dan suruhlah si buta tadi agar dia membaca al-quran dekat kubur”.

LEBIH BAIK DARI SEMALAM…

Beberapa iktibar yang boleh ambil dari kisah di atas.

Pertamanya, bagaimana Muhamad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi telah menegur Imam Ahmad Rah.Alaihi dengan begitu sopan dan berhikmah tanpa memalukan sesiapa pun. Bagi mereka yang punyai  rasa bertanggungjawab atas rakan-rakan, memang kita akan sudah terlepas akan tanggungjawb bila kita menegur kawan kita itu tapi hati dan perasaan kawan-kawan perlu juga kita jaga walaupun sudah cara kita memang kasar.

Hikmah dan beradab perlu di usahakan dan jangan lupa doa pada Allah supaya kita di beri hikmah sebagaimana ulama-ulama,para solehin,sahabat-sahabat dan nabi kita Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam.


Keduanya, tindak balas Imam Ahmad Rah.Alaihi yang terus meminta Muhammad Ibnu Qudamah Rah.Alaihi membetulkan apa yang telah di sebutkan kepada si buta di kubur tadi ““patah baliklah kamu ke tanah perkuburan itu dan suruhlah si buta tadi agar dia membaca al-quran dekat kubur”. 

Betapa beliau mempunyai rasa bertanggungjawab dengan apa yang telah di sampaikan kepada si buta tadi. Bayangkan kita zaman ini, apa yang kita cakap langsung kita tak kesah rasa nak cakap kita terus cakap. Tahukah kamu, di akhirat nanti Allah akan Tanya setiap perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita ini.


Terakhirnya, kita memang di bolehkan untuk membaca Al-Quran di kubur Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menyatakan:-
  • Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabatnya (yakni ulama-ulama mazhab Syafi`i) menyukai (dihukumkan mustahab) agar dibacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (di sisi perkuburan), bahkan mereka menyatakan jika sekiranya dikhatamkan sekalian al-Quran itu adalah baik.

Muhammad Ibnu Ahmad Maruji rah.alaihi berkata “aku telah mendengar Imam Ahmad rah.alaihi menasihati kepada manusia, “apabila kamu menziarahi kubur maka hendaklah kamu membaca 

      Surah Al-Fatihah
·         Surah Al-Ikhlas
·         Surah Al-Falaq
·         Surah An-Nas

Kemudian sampaikanlah pahalanya kepada kepada penghuni kubur, pahalanya akan sampai kepada mereka [IHYA]


alhamdulillah..saya berkesempatan untuk ziarah kubur nyai dan atok di parit raja setelah menghantar nenek balik ke rengit..al-fatihah..
 
kubur nyai (Hjh. Zainab Bte Hj Abd Saleh)

kubur atok (Hj. Abd. Jabar bin muhd. Ali)

kubur atuk (depan) dan nyai (belakang)


Sekian..= )

Sunday, July 1, 2012

semata-mata untuk saya


Assalamualaikum..



Alhamdulillah..segala puji hanya selayaknya untuk Allah. Kadang-kadang dalam sudut hati saya suka tengok adanya orang yang tebalkan muka,malukan diri semata-mata untuk ingatkan kawan-kawan dia supaya tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya dibuat. saya ucakpkan tahniah dan syabas! kerana ia bukanlah perkara yang mudah untuk di lakuikan.walaupun Itulah perkara yang perlu ada dalam diri setiap insan.


Jadi, dalam kita memberi nasihat dan ingatan kepada kawan-kawan kita juga perlu ada cara dan perkara yang perlu kita waspada dan berjaga-jaga kerana tak semua benda yang kita buat pasti akan orang terima dan suka. Saya nak kongsikan beberapa perkara yang pernah di nasihatkan kepada saya kalau kita nak memberi teguran atau nasihat.



UNTUK DIRI


Saya sering kali di ingatkan supaya apa sahaja yang kita nak cakap kat orang perkara yang pertama yang kita perlu sematkan dalam hati ialah “apa yang saya cakap ni adalah untuk diri saya, saya yang perlu berubah”. Betapa pentingnya perkara ini dia akan memberi kesan kepada diri kita pada akhirnya.

Sekiranya kita niatkan apa yang kita nak cakap adalah semata-mata nak ubah orang yang kita nak nasihatkan maka dua perkara akan terjadi. Pertama, jika orang itu terima apa yang kita cakap maka mungkin akan timbul sifat bangga diri dalam diri kita seperti “ tengok, sebab aku lah dia berubah kalau aku tak tegur dia ,ntah apa jadi kat dia” dan mungkin juga kita rasa kita lah yang beri dia hidayah padahal hidayah itu adalah hak kekal milik Allah.

Keduanya, jika orang yang kita nasihatkan tidak terima apa yang kita cakap maka mungkin juga kita akan marah sebab orang tersebut tidak mahu dengar apa yang kita sampaikan dan kita juga mungkin akan patah semangat dan putus asa dengan usaha yang kita buat sebagai contoh “ buat apa aku nak nasihat dia, bukan dia nak dengar aku cakap “

Oleh itu, penting sangat kita niatkan apa yang kita cakapkan itu adalah untuk diri kita sendri sebab bila orang itu dengar maka Alhamdulillah, itu semua atas taufik dan hidayah Allah dan sekiranya dia tidak terima tak mengapa sebab saya yang perlu betulkan diri saya sebab apa yang saya cakap ini saya juga perlu amalkan.= )


 
HIKMAH..



Kadang apa yang kita cakap biasa-biasa sahaja tapi dia bagi kesan yang sangat dalam bak kata orang makan dalam  Rasa sakit sahaja bila mendengar. Itulah lagi satu perkara yang kita perlu mohon dari Allah supaya diberi sesuatu yang sangat bernilai iaitu HIKMAH. Senang untuk di cakap tetapi payah untuk di capai. Tak semua orang dapat cakap dengan penuh hikmah. Ianya semata pemberian dari Allah. Oleh itu, usahakanlah untuk bangun malam solat sunat tahjud walaupun dua rakaat. Kerana kesan dari tahjud sangat besar, ianya adalah amalan para nabi,sahabat dan orang-orang soleh.



JARAK JAUH

Kita sering kali ingat usaha kita disiang hari atau jumpa kawan-kawan kita akan memberi kesan yang besar kepada dia tetapi saya diberitahu ianya hanyalah usaha yang memberi impak yang kecil sahaja kerena usaha yang sebenar yang perlu kita buat selepas kita menegur/ memberi nasihat ialah dengan kita sentiasa doakan dia. Minta sesuatu yang baik dari Allah untuk dirinya.





Sekian..= )


Saturday, May 19, 2012

siakap senohong gelama ikan duri



Assalamualaikum..



Saya jenis orang yang tidak kesah dan ambil mudah dalam sesuatu perkara yang terjadi di sekeliling sehingga kawan-kawan memanggil saya heartless. Tapi dalam heartless saya ini juga saya ada juga perkara yang orang kata menjadi pantang nenek moyanglah. Biasa kalau orang-orang yang kita jumpa mereka tak kesah pon apa yang kita buat tapi janganlah kita langgar pantang nenek moyang macam dalam cerita kasim selamat mak mertua ada cakap “pantang nenek aku anak aku kawin dengan ahli muzik”(kalau silap betulkan ya)

sekali terjumpa skrip mak dara dalam ibu mertuaku

Pantang nenek moyang inilah perlu diambil perhatian,em bukan maksudnya kita perlu agungkan pantang ini bagi yang tak masuk akal perlulah kita tolak tepi atau tolak ansur akan tetapi bagi perkara yang membawa kebaikan bersama saya rasa perlu kita hormati dan raikan.


Untuk saya pula, saya tak kesah orang nak buat apa kepada saya tapi yang penting janganlah orang itu tipu saya ,bohong dan mana-mana perkataan yang membawa makna seerti dengannya dan yang membuat saya lagi melenting apabila perkara ini berlaku secara terang-terangan.

Kalau yang menipu saya itu adalah penjual tiket bas maka saya tidak akan membeli lagi tiket dari syarikat tersebut. Mungkin cara saya ini sangat ekstrem tapi memang salah satu cara yang menunjukkan saya tidak suka akan apa yang dia lakukan kepada saya, itulah kali terakhir saya berurusan jual beli dengan beliau.

sedih je muka

Mungkin saya percaya dengan pepatah melayu yang berbunyi “siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama jadi pencuri” untuk mengelakkan orang itu terbiasa berbuat bohong baik saya elakkan dari berurusan orang tersebut supaya dia tidak bertukar menjadi pencuri pula.

Dalam satu riwayat hadith juga ada menyebut “tanda-tanda munafik itu ada tiga(3) : bila bercakap dia berbohong, bila berjanji dia mungkiri dan bila diberi amanah dia khianati” 



Oleh itu, saya juga berharap sangat yang saya dapat hindari diri saya dari perkara-perkara di atas supaya saya dapat menjaga hati saya dan juga orang lain. Kerana saya tak nak orang lain rasa macam mana saya rasa. Saya tidaklah sempurna malah saya juga banyak kekurang diri yang perlu diperbaiki dari hari ke hari, malah saya tujukan entri ini khas untuk diri saya kerana sayalah yang perlu buat apa yang saya tulis/cakap.insya-Allah..

Sekian..= )


Wednesday, April 25, 2012

JCORP VS JCIA



Assalamualaikum..
Cuti midterm selama seminggu kali ini adalah cuti yang agak sibuk dan ‘pack’ sebab saya perlu menyiapkan beberapa  ‘assigment’ yang pensyarah kami bagi dan naik cuti ini saya perlu menghadapi beberapa siri kuiz dan ‘test’ yang tak sabar menunggu kami balik dari bercuti.



Tak cukup dengan itu,  pening kepala saya ini bertambah lagi dengan hadirnya surat yang tak di sangka-sangka. Surat dari syarikat JOHOR CORPORATION(JCORP) berkenaan penerimaan syarikat tersebut akan latihan praktikal saya di syarikat tersebut pada 1 ogos 2012. Kalau nak di ikutkan memang suka la sebab saya memang berharap sangat dapat praktikal di syarikat ini tapi oleh sebab salah seorang kerani(kalu tak silap) yang menjawab panggilan saya mengatakan saya berkemungkinan tidak dapat tempat untuk latihan praktikal telah membuatkan saya terus memohon syarikat lain. 
ni la surat tu..huhuhu.


Saya kemudiannya memohon syarikat JCIA Services Sdn. Bhd. Sebuah syarikat audit(mengikut kata uda) juga  anak syarikat bagi syarikat JCORP, permohonan di syarikat ini Allah telah mudahkan tak sampai seminggu permohonan saya telah di terima.


Allah…pening saya di buatnya.. mak, abah dan beberapa orang kawan yang lain mencadangkan saya untuk mengambil JCORP dan batalkan latihan praktikal di JCIA memandangkan JCORP adalah sebuah syarikat besar dan terkenal(ada KFC,KPJ HEALTHCARE dan macam-macam lagi).

 

 Hurm..bila mak lihat saya pening mak terus cakap “kau buatlah ISTIKHAROH” tup..tersentap seketika..betul juga cakap mak saya, saya perlu buat istikharoh. Semua orang mengatakan yang JCORP adalah terbaik dan ianya peluang yang baik untuk saya jika dapat buat latihan praktikal di sana tetapi itu Cuma pandagan dan andaian manusia mengikut akal fikiran mereka sahaja. Bukanlah niat saya hendak menyangkal atau menolak pandangan dan mereka tetapi biarlah saya meminta pandangan ALLAH yang MAHA MENGETAHUI kerana ALLAH lagi mengetahui apa yang terBAIK untuk hamba-hambanya.
Jadi,kawan-kawan..doakan saya dapat buat keputusan yang terbaik ya..tak kesah pon dapat yang mana sebab dua-dua bangunan ini dekat-dekat je tak sampai 500 meter pon..hehehe.. = )


SEKIAN..= )

Thursday, March 22, 2012

teguran

Assalamualaikum..

Setiap manusia di dunia ini ada kelebihan dan tak kurang jugabahawa di sebalik kelebihan itu terdapat juga kelemahan-kelamahan yang sudah semestinya kita kadang-kadang segan dan malu untuk orang tahu. Saya sendiri juga sama seperti itu,saya juga ada beberapa kelemahan yang ada pada diri saya yang kadang-kadang saya tak mahu orang tahu dan kalau boleh biarlah diri saya sahaja yang tahu.

Tapi, pernahkah kita terfikir, sampai bila kita nak biarkan semua ini terus macam ini? Sebagai contoh kita tahu kita ada kelemahan tapi kita biarkan sahaja kelemahan itu terus berada dalam diri kita bak kata orang “biarlah takdir yang tentukan segalanya”. Adakah anda suka diri anda seperti itu? Dan Sampai bila kita sanggup menunggu takdir itu datang dan mengubah kehidupan kita. Hurm..

Bagi saya, saya sangat-sangat perlukan orang lain untuk bantu saya perbaiki diri saya kerana saya sedar kalau saya terus biarkan diri saya dengan cara saya sudah tentu saya akan terus berada di takuk yang sama malah terus hanyut dengan dunia saya sendiri Jadi, saya hanya mengharapkan orang-orang sekeliling saya yang kenal dan rapat dengan saya untuk perbaiki dan menegur dir saya apa-apa yang kurang dan tak sesuai dengan diri saya.

Memang tidak di nafikan sebagai seorang lelaki ke egoan akan terasa tercabar bila diri di tegur. Tapi, cuba kita bayangkan sebab apa kita ditegur? Bukan kah orang yang menegur kita itu sayangkan kita dan tak terfikir ke yang buat apalah orang-orang tersebut terhegeh-hegeh nak bahagikan masa dia untuk kita semata-mata untuk menegur diri kita. Adakah sebab dia cemburu atau iri hati dengan kita? Kalau anda berasa jawapannya adalah ‘ya’, saya boleh katakan orang seperti ini tidak pandai menghargai dan terlalu pentingkan diri tanpa memikirkan sedikit kehadapan.

Oleh itu, teguran dan ingatan untuk diri sendiri biarlahlah telinga itu mendidih,biarlah hati itu terguris, dan biarlah perasaan itu terganggu yang penting ambillah apa yang di nasihati,terimahlah kekhilafan diri dan berlapang dadalah.semua ini adalah salah satu proses untuk kita matang dan sumber kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang yang tiada siapa yang tahu melainkan Allah Rabbul Jalil.



Sekian..= )