Sunday, September 30, 2012

nanti tanya ea..



Assalamualaikum..


Di rumah saya ada banyak buku,banyak sangat..akademik,sains,agama,motivasi dan macam-macam lagi pagi tadi tergerak la nak baca satu buku dalam rak. Tajuk dia Dato’ Haron Din menjawab persoalan fikah harian selak-selak terbacalah satu soalan. “eh, aku pernah belajar benda ni.”



Soalan : apakah hukum berkahwin menurut islam?(bab kahwin,laju je..hehe)

Jawapan : walaupun perkahwinan adalah sunnah yang disyariatkan dalam agama islam, namun hukumnya berubah-ubah berdasarkan kedudukan dan keadaan seseorang itu.

Sunat = bagi mereka yang ada keinginan hendak berkahwin serta mempunyai perbelanjaan yang cukup dan berkemampuan.

Makruh = bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan berkahwin serta dapat mengawal diri dari daripada kehidupannya ataupun begi mereka yang tidak sanggup mengeluarkan perbelanjaannya.

Wajib = bagi mereka yang kuat nafsu keinginan hendak berkahwin serta bimbang akan melakukan kejahatan ataupun maksiat, serta mampu mengeluarkan perbelanjaan

Haram = bagi mereka yang tidak mempunyai keinginan berkahwin dan tidak berkemampuan daripada segi perbelanjaan dan tanggungjawab sebagai suami ataupun mempunyai niat yang tidak baik hendak dilakukan ke atas bakal isterinya.

Ingat lagi dalam kelas,lepas sahaja ustaz mengajar bab ini dia terus cakap “ha,nanti yang perempuan bila kahwin tanya pada suami awak –apa hukum abang kahwin dengan saya ni?-“ mengarut je..




Sekian..= )

Friday, September 28, 2012

masuk syurga dengan rahmatNya


Assalamualaikum..

Sebelum ini, ‘housemate’ saya ada tanya pada saya kisah yang saya ada cerita padanya berkenaan seorang wali Allah yang beribadah selama 500 tahun dan akhirnya masuk syurga dengan rahmat Allah bukan kerana amal ibadah yang dia lakukan.

Setelah mencari, akhirnya jumpa juga kisah ini yang sebenarnya adalah dari hadith nabi Solallahu ‘Alaihi wasallam..buat housemate saya, “aku dah jumpa apa yang kau tanya = )”

Diriwayatkan dari sahabat Jabir radliyallahu’anhu, beliau berkata; Rasulullah Solallahu ‘Alaihi wasallam mendatangi kami kemudian beliau bersabda:

Jibril berkata; Wahai Muhammad, demi Dzat yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran, sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memiliki seorang hamba dari hamba-hambanya yang lain, hamba tersebut telah beribadah kepada Allah Azza wa Jalla selama lima ratus tahun di puncak sebuah gunung di sebuah pulau yang dikelilingi dengan lautan yang lebar dan tinggi gunung tersebut adalah tiga puluh dzira’.

Jarak dari setiap tepi lautan yang mengelilingi gunung tersebut adalah empat ribu farsakh. Di gunung tersebut terdapat sebuah mata air yang selebar beberapa jari, dari mata air tesebut mengalir air yang sangat segar dan berkumpul ke sebuah telaga dikaki gunung.



Disana juga terdapat pohon-pohon delima yang selalu berbuah setiap hari sebagai bekal hamba tersebut beribadah kepada Allah dihari-harinya. Setiap kali menjelang petang, hamba tersebut turun dari atas gunung menuju telaga untuk mengambil air wudhu, sekaligus untuk memetik buah delima lalu memakannya, baru kemudian mengerjakan solat.

Setelah usai solat, hamba tersebut selalu berdoa kepada Allah Ta’ala, supaya kelak ketika ajalnya datang menjemput, dia dicabut nyawanya dalam keadaan sujud kepada Allah dan dia juga berdoa supaya setelah kematiannya, jasadnya tidak dirusakkan oleh bumi dan oleh apapun juga sampai datangnya hari kebangkitan.

Jibril berkata; Allah Ta’ala mengabulkan semua doa-doa sang hamba. Kemudian kami melintasi hamba tersebut, ketika kami turun dan naik lagi, kami menemukan sebuah pengetahuan bahwa; Nanti pada hari dibangkitkan, hamba tersebut akan dihadapkan pada Allah Ta’ala, kemudian Allah Ta’ala akan berfirman;

“Masukkan hambaku ini ke syurga dengan sebab rahmat-Ku”.

Hamba tersebut berkata; “dengan sebab amalku Ya Rabb”.

Allah berfirman; “Masukkan hambaku kesyurga dengan sebab rahmat-Ku”.

Sekali lagi hamba tersebut berkata; “dengan sebab amalku Ya Rabb”.

Kemudian Allah Ta’ala berfirman; “Sekarang cuba timbang amal hambaku ini dengan nikmat yang telah aku berikan kepadanya”.

Dan ternyata setelah ditimbang, nikmat penglihatan yang telah diberikan Allah kepada hamba tersebut, menyamai dengan timbangan amal ibadah yang telah dilakukannya selama lima ratus tahun. Dan masih tersisa anggota tubuh lain yang belum ditimbang, sedangkan amal hamba tersebut ternyata sudah habis.

Kemudian Allah Ta’ala berfirman; “sekarang masukkan hambaku ini ke neraka”.

Dengan perintah Allah tersebut, kemudian para malaikat menggiring hamba ke neraka. Tiba-tiba ketika akan digiring ke neraka, hamba tersebut berteriak sambil menangis;

“Ya Rabb……Masukkan aku ke syurga dengan rahmat-Mu”.

Kemudian Allah Ta’ala berfirman kepada para Malaikat; “Tahan dulu wahai malaikat, dan bawa kesini”.

Hamba tersebut lalu dibawa oleh para malaikat kehadapan Allah Ta’ala. Kemudian Allah Ta’ala berfirman;


“Wahai hambaku, siapakah yang telah menciptakanmu yang sebelumnya kamu bukan apa-apa??”


Hamba tersebut menjawab; “Engkau Ya Rabb”.

Allah Ta’ala berfirman; “siapakah yang telah memberikan kekuatan kepadamu, sehingga kamu mampu beribadah kepadaku selama lima ratus tahun??”

Hamba menjawab; “Engkau Ya Rabb”.

Allah Ta’ala berfirman: “siapakah yang telah menempatkanmu disebuah gunung yang berada ditengah-tengah laut yang luas, mengalirkan dari gunung tersebut air yang segar sedangkan di sekelilingnya adalah air yang masin, yang menumbuhkan buah delima setiap malam yang seharusnya hanya setahun sekali berbuah, serta siapa yang telah memenuhi permintaanmu, ketika engkau berdoa supaya dimatikan dengan cara bersujud??”

Hamba tersebut menjawab dengan wajah menunduk malu dan bersuara pelan; “Engkau Ya Rabb”.

Allah Ta’ala berfirman: “itu semua tak lain adalah atas berkat rahmat-Ku, dan dengan rahmat-Ku juga engkau Aku masukkan surga”.

Kemudian Allah Ta’ala berfirman kepada para malaikat; “masukkan hambaku ini ke syurga, engkau adalah sebaik-baik hamba wahai hamba-Ku”.

Dan dimasukkanlah hamba tersebut kedalam syurga berkat rahmat Allah Ta’ala.
Kemudian Jibril berkata; “Sesungguhnya, segala sesuatu itu adalah berkat rahmat Allah wahai Muhammad”.

*Diterjemahkan secara bebas dari hadits yang diriwayatkan oleh sahabat Jabir dan terdapat dalam kitab Jami’ al-Kabir Imam As-Suyuthi juz 1 hlm 12093 hadits nombor 12200.

Lebih BAIK dari semalam

Kita semua memang masuk syurga dengan rahmat Allah semata-mata tetapi kita perlulah buat baik dengan melakukan semua suruhanNya dan tinggalkan laranganNya kerana itulah perintah dan tujuan kita dihidupkan di dunia ini.


Sebagai contoh yang mudah dalam kelas cikgu akan buat ujian maka semua anak murid perlu belajar dan ulang kaji pelajaran supaya mereka dapat lulus dengan cemerlang dan dapat pujian dari guru mereka.

Cikgu ini pula berkuasa penuh untuk beri markah kepada anak muridnya sekaligus meluluskan mereka dalam ujian itu. secara logik siapa yang berusaha lebih akan dapat markah yang tinggi seterusnya lulus tetapi cikgu itu boleh buatkan pelajar yang berusaha ini gagal dalam ujian itu sebab kuasa di tangannya semuanya bergantung kepada budi bicara cikgu tersebut. 

Perlu ke kita berusaha untuk buat baik?jawapannya perlu sebagai asbab untuk kita sukakan Allah tetapi kita kena yakin bahawa Amalan kita ini belum tentu untuk kita masuk ke syurga malah kalau Allah nak masukkan kita ke dalam Neraka pun adalah tidak mustahil.

Akhir kata, sentiasalah kita mempunyai perasaan harap dan takut dalam setiap apa yang kita lakukan kerana itulah sifat yang perlu ada dalam diri setiap mukmin. 

Harap =  moga-moga Allah terima amalan yang aku buat

Takut =  takut Allah tak terima amalan aku yang penuh dengan kelalaian.

Sekian.. = )




Wednesday, September 26, 2012

awak makan apa dik?



Assalamualaikum..




Pagi tadi saya berkesempatan untuk menderma darah di Hospital Sulatanah Aminah (curi-curi pergi,nasib baik tak kantoi). Setelah siap isi borang dan ujian darah saya menunggu panggilan dari doktor untuk saringan yang seterusnya. Dalam banyak soalan yang di Tanya ialah berat badan penderma jadi tanpa banyak soal saya teruslah timbang berat badan..tup..tup..berat badan saya sudah naik 4kg(aiyoo!). Dr. cakap biasalah Raya ramai orang buat rumah terbuka.

Lepas saringan dari Dr. saya tunggu giliran untuk menderma darah pula, masa akak nurse siapkan peralatan untuk saya derma darah dia tengoklah saya punya Hemoglobin(Hb) spontan akak itu cakap “awak makan apa dik,tinggi awak punya Hb ni?” “tinggi ke?em..makan nasi je la” tak tahu nak jawab apa saya terus tanya “bahaya ke kalau tinggi”(Hb saya 16gm) “eh,baguslah tinggi”jawab akak nurse.



Saya memang tak paham, penting sangat ke Hb ini masa nak derma darah?bila saya ‘search’ di internet baru tahu kalau Hb kita kurang memang tak boleh nak derma darah dan minimum Hb kita kalau nak derma darah ialah 12.5gm. jadi, siapa yang kurang Hb ini memang tak dapatlah nak menderma kena cuba lagi lain kali.

Selain itu, kurang Hb ini selalu jadi pada ibu yang mengandung(akak nurse tadi mengandung ye) mereka ini pula perlu Hb yang tinggi supaya anak dalam kandungan mereka tak terjejas serta dapat mengelakkan risiko tumpah darah ketika mengandung, minimum Hb untuk golongan ibu mengandung ini pula 11gm.

Jadi, bagi yang ada masalah Hb rendah bolehlah naikkan balik Hb dengan ambil makanan yang mengandungi Zat Besi yang tinggi macam Hati,Tiram,Kerang,Sayur bayam,Kacang,Jambu batu & macam-macam lagi.

tengok betul-betul kadang tersalah ambil = p


p/s : orang sebelah tadi sudah 16 kali derma darah..wow!

Sekian..= )




Double Wish



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pagi tadi kak fini (isteri andak) selamat lahir anak kedua mereka pukul 7.47 pagi, patutlah tadi sebelum nak keluar rumah mak macam suka sahaja dapat cucu baru rupanya, cucu perempuan pula kali ini.

Rezeki andak selang setahun sahaja sudah dapat anak lagi,mesti radzwa cemburu dengan adik baru ni. Hehe..

ha, sebelum terlupa saya nak ucapkan selamat hari lahir buat akak saya tengah di perantauan. Selamat hari lahir, moga panjang umur dan murah rezki. Tarikh lahir dia esok (27/9) tak apa lah ‘wish’ awal ye.

Dialah satu-satunya kakak kandung saya dan anak perempuan mak dan abah. Kami ada 8 orang adik-beradik semuanya lelaki Cuma satu sahaja perempuan dalam keluarga kami iaitu akak saya ini.

Oleh sebab, hanya dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga kami abah telah namakan dia Jauharah yang bermaksud permata.

Di kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah buat andak dan kak fini, juga buat orang yang jauh tu moga sihat selalu..

 
 comel je kucing ni


Sekian..= )


Monday, September 24, 2012

kisah pokok epal

Assalamualaikum..



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
 

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.



Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.


Lebih baik dari semalam

macam itulah mak dan bapak kita susah mana pun tetap akan pastikan anak-anak dapat apa yang mereka hajatkan. hurm.. bersyukurlah ye..



sekian..= )