Monday, January 14, 2013

yang hilang pasti akan berganti



Assalamualaikum..
Abul Hasan Madaini R.Alaihi berkata bahawa Saidina Hasan R.hu, Hussin R.hu dan Abdullah ibnu Jaafar R.hu sedang dalam perjalanan untuk menunaikan Haji. Dalam perjalanan untuk menunaikan ibdah Haji unta yang membawa bekalan telah terpisah dari kafilah mereka. Akibatnya, mereka terpaksa berjalan dalam keadaan lapar dan dahaga.

Apabila melalui sebuah khemah yang didiami oleh seorang perempuan tua mereka bertanya kepadanya. “adakah ibu ada apa-apa yang boleh diminum (samada susu atau air) ?” perempuan itu menjawab “Ada” kemudian, mereka telah turun dari unta mereka. Perempuan tua itu mempunyai seekor kambing betina yang lemah dan kurus.



Dia telah memberi isyarat kepada mereka sambil berkata “keluarkanlah susunya dan minumlah sedikit-sedikit” mereka telah memerah dari kambing tersebut dan meminumnya. 

Mereka bertanya “ adakah apa-apa untuk dimakan?” perempuan tua itu menjawab “kamu sembelihlah kambing itu dan aku akan memasak dagingnya” mereka pun menyembelihnya dan dia telah memasak dagingnya. Mereka semua makan dan minum sehingga dan kenyang.

Pada sebelah petang apabila mereka hendak berangkat, mereka berkata kepada perempuan itu “kami berbangsa hasyimi, kini dalam perjalanan untuk menunaikan haji. Jika kami masih hidup dan selamat pulang ke madinah, ibu hendaklah datang ke madinah, maka kami akan membalas ihsan ibu”. Setelah berkata demikian mereka pun berangkat.

Sementara itu suaminya telah pulang dari perjalanan. Dia pun menceritakan mengenai tetamunya yang berbangsa hasyimi. Suaminya sangat marah dan berkata. “untuk orang-orang yang tidak kamu kenali kamu telah sanggup sembelih kambing?

Setelah berlalu masa yang agak panjang, mereka berdua terdesak oleh kemiskinan dan pergi ke Madinah untuk mencari pekerjaan. Sampai di Madinah, mereka sepanjang hari mengutip tahi unta (yang digunakan sebagai bahan bakar untuk dapur) dan pada waktu petang mereka menjualnya dan medapat sedikit rezki.

Satu ketika, sembil mengutip tahi unta perempuan tua itu kebetulan telah melalui jalan hadapan rumah saidina Hasan R.hu ketika itu sedang berdiri di hadapan rumahnya. Beliau telah melihat perempuan tua ini dan mengenalinya lalu memangilnya. Saidina Hasan R.hu bertanya “Wahai Hamba Allah! Apakah kamu masih mengenali saya?” perempuan tua itu menjawab “tidak, saya tidak kenal tuan”

Beliau berkata “akulah tetamu kamu yang telah minum susu kambing dan makan daging kambing kamu” namun perempuan tua itu masih tidak mengecam muka Saidina Hasan R.hu “demi Allah! Apakah benar tuan adalah orang itu?”  beliau menjawab, “Ya saya, tiada syak lagi” kemudian beliau mengarahkan hambanya untuk membeli seribu ekor kambing untuk perempuan tua itu beserta seribu dinar asyrafi kepadanya.

Seterusnya, beliau telah menghantar perempuan itu kepada adiknya Husin R.hu bersama seorang hambanya. Husin R.hu terlebih dahulu bertanya kepada perempuan itu apakah yang telah di beri oleh abangnya. Beliau juga memberi  seribu ekor kambing untuk perempuan tua itu besarta seribu dinar asyrafi kepadanya.

Selepas itu, beliau telah menghantar kepada perempuan itu kepada Abdullah ibnu Jaafar R.hu . beliau telah menyiasat apakah yang diberi oleh kedua beradik tadi, lalu beliau telah memberi dua ribu ekor dan dua ribu dinar sambil berkata “  jika kamu datang lebih awal maka sudah pasti kamu akan dapat lebih banyak lagi”.



Perempuan tua itu menemui suaminya dengan membawa empat ribu ekor kambing dan empat ribu dinar asyrafi. Perempuan itu berkata “ inilah balasan untuk seekor kambing yang dhaif dan kurus” (IHYA)

Sekian.. = )

Friday, January 11, 2013

Ya Allah..rahmatilah kami.



Assalamualaikum..


Hari ini balik rumah lambat , sengaja balik lambat sebab ada kerja yang perlu dibuat. Sampai di rumah  selesai mandi sambil-sambil rehat saya buka akaun facebook. Pelik..banyak pula notification yang muncul, isi dalam wall pun kali ini lain.

Allah..huu..sedih sangat..rasa sebak je hati ini..

Seorang sahabat saya ketika belajar di Maahad baru sahaja di jemput menghadap ilahi pada awal pagi jumaat jam 4 pagi tadi. Di khabarkan beliau tergelincir dalam bilik dan kepalanya terhantuk katil. Walaupun hanya dapat mengenali beliau beberapa bulan sahaja pemergian beliau turut terasa dan berbekas di hati.

Al-Fatihah buat arwah..semoga dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.




Mohamad Afham bin Jumat
(SMA Bandar Tenggara 03-07, Maahad Johor 08, UIAM 09-13)

Dalam sunan tirmidzi dan Ibnu Majah: Daripada Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu  Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda ;

Orang yang cerdik ialah dia yang menahan nafsunya dan beramal untuk kehidupan akhiratnya dan adapun orang yang lemah (bodoh) adalah dia yang mengikut hawa nafsu nya namun berharap dan banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh).





Setiap kita tahu tarikh lahir kita malah tidak sabar untuk menyambut kedatangan tarikh tersebut akan tetapi tarikh kematian tiada seorang pun tahu dan jarang orang bersedia dan membuat persiapan terhadap tarikh yang pasti akan datang itu.


p/s : buka profile beliau, ruangan wall penuh dengan doa dan pujian. Alhamdulillah.
 



Sekian..= )


Thursday, January 10, 2013

masih ada waktu



Assalamualaikum..

Hari ini saya keluar awal ke tempat kerja sebab nak singgah bank keluar kan duit sedikit, kebetulan bank saya itu satu jalan dengan sekolah bila keluar awal pagi tadi terjebaklah juga dengan kesesakan di depan sekolah. Ramai sungguh pelajar yang masing-masing berbaju putih melangkah masuk ke pintu sekolah.




Dalam tak sedar sudah hampir lima tahun saya meninggalkan alam persekolahan,lima tahun jugalah saya sudah tidak kena bangun awal,masuk kelas dari pagi sampai ke tengah hari,petang kena pergi sekolah agama/kelas persedian dan tiada lagi hari sukan.hee..

Eh, bukan nak cerita pasal sekolah pun kali ini. Sebenarnya saya pernah di ingatkan dengan satu ungkapan “ kita kena sentiasa taubat dan istighfar” sebab apa? Sebab kita mungkin dalam sedar dan sengaja telah membiarkan diri kita tidak berada tempat yang sepatutnya kita berada.

Sebagai contoh, masa kita masuk ke dalam masjid. Hak yang sepatutnya kita tunaikan ketika itu ialah tunaikan solat tahyatul masjid dua (2) rakaat jika ada majlis kita boleh gantikan solat kita itu dengan tasbihat sebanyak empat (4) kali tetapi di sebabkan kemalasan dan kelemahan iman kita. Kita tak buat pun sedap sahaja terus duduk dalam masjid.

Bukan salah atau berdosa pun jika kita tak buat Cuma kita sekarang ini nak bercakap tentang hak, maka inilah hak yang sebenarnya yang perlu kita lakukan. Antara lain ialah hak kita dengan al-quran. Menurut Imam Abu Hanifah setiap orang perlu tunaikan hak terhadap al-quran iaitu mengkhatamkan Al-Quran setahun dua (2) kali.

Sebab itulah kita kena belajar dan biasakan diri kita dengan untuk istighfar seratus kali pagi dan seratus kali petang  dan solat taubat sekali sebagai tanda kita mengaku yang kita ini lemah dan tak mampu nak tunaikan hak yang sepatutnya kita tunaikan.lebih banyak lebih bagus.




Rasulullah bersabda : 

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Sekian..= )


Thursday, January 3, 2013

sama rata & adil


Assalamualaikum..

Siapa tahu maksud adil? Apa sebenarnya adil ni?penting ke adil?
 Yang penting bukan nama orang yang bernama adil yang saya nak cakap (ada ke orang nama adil?)

Adil ialah lawan bagi zalim. Adil bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Jadi sesuatu yang tidak diletak sesuai dengan tempatnya adalah dikira tidak adil dan zalim.

Saya sering kali dengar perbualan atau kenyataan yang menunujukkan bahawa mereka ini telah salah faham dalam pengertian maksud adil. Kita perlu ingat bahawa adil bukanlah kita mendapat sesuatu itu sama banyak, bukan juga bermaksud kita dapat apa yang orang lain dapat.
 mari kita lihat contoh berikut :




jika anda nak dapat hak yang sama, itu kita namakan sama rata
jika anda nak adil,kita perlu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Petikan Hadis dari Abu Hurairah

Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: (Yang bermaksud) Disini kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya. Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh sekiranya aku menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara semua hambaNya.


Di akhirat nanti, tiada lagi kezaliman, tiada lagi penganayaan, malah tiada lagi penipuan kerana di’sana’ nanti kita di adili oleh yang MAHA ADIL!


Sekian..= )