Sunday, November 18, 2012

fire in the hole!!!



Assalamualaikum..

Hari ini, demam saya baru nak kebah jadi cadang nak berjalanlah dengan adik di shopping complex yang berdekatan. Baru setengah jam kami masuk mencari sesuatu yang menarik untuk di beli tiba-tiba seorang petugas di kedai kami masuk itu membuat pengumuman “maaf ya tuan-puan kami di beritahu supaya menutup kedai kerana semua orang telah di arahkan keluar dari dewan”.

Em, tak mungkin gempa bumi sebab tak ada berita cakap akan ada gempa bumi di kawasan terdekat. Dalam keadaan kelam kami semua keluar dari kedai dan bergegas turun ke bawah. Sampai di bawah, jumpa pula seorang kakak minta tolong pada seorang polis buatkan pengumuman kanak-kanak hilang saya tengok polis macam ‘blur’ jadi terus Tanya adik kecik tu “nama adik siapa”,  “nama mak siapa”,”ingat tak nombor telefon mak/abah?” adik kecik itu jawab tapi di sebabkan dia jawab dalam keadaan menangis saya tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya biarkan pada polis untuk jaga sahaja.

Sebelum beredar cari tempat redup kala terik panas matahari saya sempat bertanya kepada polis yang berdekatan “encik kenapa suruh semua orang turun?” senyap sahaja polis itu balas “kami dapat panggilan ada bom dalam bangunan”. Ha..ada bom?



Saya Tanya pula pada adik saya “ macam mana, nak balik atau tunggu?” balas adik saya “ntah” saya terus buat keputusan “tak apalah kita tunggu kejap”(konon kalau ada betul ada letupan bom dapat tengok). Nak balik pun tak dapat sebab kereta kami letak di atas.

Keadaan luar bangunan boleh tahan panas juga kami cepat-cepat cari tempat duduk di kawasan gerai makanan perut pun sudah lapar terus cari makanan. Saya ambil nasi dan ikan keli adik saya ambil nasi dan sambal goreng air saya minum air suam sahaja nak hilangkan batuk. Lepas makan duduk kejap,”bila nak siap ni?lama dah tunggu”

Hilangkan kebosanan kami jalan lihat kawasan berdekatan ramai orang yang duduk di luar banguanan ada yang menjamu selera, ada yang duduk dalam kereta malah ada yang duduk bawah pokok. “Siapa yang bekerja dalam bangunan ni untungkan,dapat rehat  ‘free’ ” adik saya bersuara.

Hampir dua jam kami diarahkan keluar tepat 1.15 petang pintu bangunan di buka bom yang di khabarkan ada mungkin hanyalah palsu semata. Kami terus ke surau solat zohor,jalan-jalan lihat apa yang patut terus balik.(tak dapat tengok bangunan di bom secara langsung.huhu)

Sebelum ini saya pengalaman menghadapi kejadian-kejadian seperti berikut




sekian..= ) 


Friday, November 16, 2012

'jauh'



Assalamualaikum..

Ketika kita kecil atau di bangku sekolah setiap kesalahan yang kita laku kan pasti akan ada insan yang prihatin dan menegur kita supaya kita kembali semula ke landasan yang sepatutnya kita lalui tetapi bila sudah meningkat dewasa umur semakin bertambah semakin kurang insan-insan yang prihatin terhadap diri kita. 

Dengan dunia nafsi-nafsi (urusan kau aku tak masuk campur,urusan aku pun jangan sesekali kau nak masuk campur) ini, Maka Semakin kurang jualah nasihat dan peringatan yang kita dapat menjadikan Diri jadi semakin ‘jauh’ saat-saat inilah di mana kita melakukan kesilapan tanpa kita sedar  akan kesilapan yang kita lakukan dan bila tersedar kita sudah ‘jauh’.

Usah bimbang, selagi nyawa belum sampai ke kerongkong peluang untuk kita kembali kepadaNya masih terbentang luas. Untung..berapa banyak mana pun kesilapan yang kita lakukan dan kita minta ampun kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyanyang pasti akan ampunkan kita selagi mana kita sentiasa berharap dan tidak putus asa dalam nak berubah.

masih malu hendak berubah?

Wahai diri,
apa yang kau sudah laku kan,cukuplah..
jangan di buat lagi,

berazamlah supaya sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri dapat di ubah menjadi sifat-sifat mahmudah sebagaimana akhlak Rasulullah.





sekian..= )


Wednesday, November 14, 2012

gunakanlah saya



Assalamualaikum..


Hari ini nak cerita mengenai kisah pencerobohan makam Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam.

Sultan Nuruddin Rahmatullah “Alaih ialah seorang pemerintah yang adil dan sangat takwa orangnya yang menghabiskan kebanyakkan daripada malamnya dengan solat khas,tafakur dan zikrullah. Beliau adalah seorang wali yang malam-malamnya di habiskan dengan beribadat.
Selepas melakukan solat tahajjud suatu hari beliau pergi tidur dan di dalam mimpinya beliau melihat Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. yang menunjukkan ke arah dua orang yang bermata juling dan berkata “Lindungilah aku daripada kedua-kedua orang ini”

Sultan terbangun dengan keadaan sedih. Beliau mengambil wuduk dan melakukan solat nafil sebelum beliau kembali semula ke tempat tidur. Baru sahaja beliau tertidur beliau terlihat lagi mimpi yang sama , sekali lagi beliau bangun melakukan melakukan solat nafil dan kembali tidur semula akan tetapi ketika beliau ingin menutup mata sahaja beliau terlihat lagi mimpi yang sama buat kali yang ketiga. Pada kali ini beliau bangun dari tempat tidur dan sedar bahawa tiada masa untuk beliau untuk tidur.

Dengan tergopoh gapah beliau memanggil wazirnya, Jamaluddin yang juga seorang yang bertakwa. Setelah menceritakan mengenai kisah tersebut wazir sultan itu pun berkata ” sekarang tidak ada masa, mari kita segera ke Madinah dan jangan seorang pun di beritahu mengenai mimpi ini”

Persediaan pun di buat. Sultan Nuruddin dan wazirnya berangkat ke Madinah bersama-sama dengan dua puluh orang pilihan dan unta yang pantas berjalan yang dibebani dengan barang. Mereka mengembara dengan pantas siang dan malam. Pada hari yang ke 16 mereka sampai ke Madinah daripada Mesir. Di luar mereka membersihkan diri mereka dengan penghormatan dan rendah diri datang ke masjid untuk mendirikan solat di Raudah.

Di sana itu Sultan duduk berfikir dengan mendalam tidak tahu apa yang perlu dibuat. Manakala wazirnya telah membuat hebahan bahawa Sultan Nuruddin telah datang untuk ziarah dan ingin membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk Madinah. Beliau juga telah menguruskan persiapan untuk membuat kenduri besar yang mana seluruh penduduk Madianh di jemput .

Semua penduduk Madinah telah datang untuk mendapatkan hadiah. Sementara hadiah dibahagikan Sultan telah berdiri untuk memperhatikan muka-muka orang yang datang mengambil hadiah yang di agihkan. Telah ramai penduduk Madinah yang mengambil tetapi Sultan masih tidak dapat mencari muka yang muncul dalam mimpinya itu.

Akhirnya, Sultan bertanya sama ada kesemua penduduk Madinah telah datang , maka di ketahuilah terdapat dua orang yang masih tidak datang untuk mengambil hadiah yang di agihkan. Beliau telah di beritahu bahawa dua orang yang tidak datang mengambil hadiah itu ialah orang yang soleh datang dari barat, mereka selalu memberikan banyak sedekah. Mereka tidak mengambil hadiah dari sesiapa dan tidak juga bercampur gaul dengan orang ramai malah mereka nampak seperti dua orang yang zuhud.

Maka Sultan pun memanggil mereka berdua untuk datang menghadap dan tatakala melihatnya segera beliau mengenali mereka. Merekalah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam dalam mimpi. Sultan bertanya kepada mereka ”siapa kamu?” mereka menjawab ”kami daripada barat, kami datang untuk mengerjakan haji dan sekarang kami datang ke sini sebagai jiran-jiran Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam dan dengan itulah kami ke sini.

Sultan telah berkata ” aku mahukan kamu memberitahuku perkara sebenar” sekali lagi mereka menegaskan kedatangan mereka seperti yang telah mereka katakan. Sultan telah bertanya dimana mereka tinggal dan diberitahu bahawa mereka mendiami sebuah rumah diluar masjid bersentangan dengan makam Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam, dengan itu Sultan pun memerintahkan mereka supaya dijaga sementara beliau dendir pergi menyiasat.

Sultan telah pergi ke rumah itu untuk menyiasat dan di rumah tersebut beliau menjumpai pelbagagai barang, harta, kitab-kitab dan sebagainya akan tetapi penyiasatan itu tidak menghasilkan sesuatu yang memeranjatkan yang boleh dihubungkaitkan dengan mimpinya.

Ini menyebabkan sultan berasa amat dukacita dan bimbang. Daripada segala arah, orang-orang datang untuk menjadi perantaraan bagi pihak mereka meminta untuk mereka di lepaskan dengan berkata ” mereka ini adalah dua orang soleh dan zuhud. Mereka berpuasa di siang hari dan bersolat sepanjang malam, melakukan solat di Raudhah, mereka menziarahi Baqi’setiap hari dan pada hari sabtu pula mereka akan menziarahi Masjid Quba, Mereka tidak menolak mana-mana peminta sedekah pun dan semasa musim kemarau dan kelaparan di Madinah, mereka membuat pertolongan yang sungguh simpati terhadap orang-orang Madinah”

Apabila Sultan mendengar ini, beliau menjadi bertambah dukacita, bimbang dan takjub. Beliau tidak tahu apa yang hendak di lakukan kemudian satu fikiran datang kepadanya bahawa beliau hendaklah mengangkat tempat solat mereka yang telah di hamparkan di atas lantai. Di bawahnya beliau mendapati sebuah batu yang sangat besar. Apabila beliau mengangkat batu tersebut, beliau menjumpai di bawahnya sebuah lubang yang telah di gali ke dalam tanah yang memanjang hampir kepada makam Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. Apabila orang-orang melihat perkara ini mereka telah terpegun kaku. Dengan mengeletar kemarahan Sultan mulalah memukul mereka dengan bertalu-talu dan berkata ”beritahulah perkara yang sebenar”

Akhirnya, mereka menyatakan kisah mereka yang sebenarnya bahawa mereka adalah orang-orang kristian. Seorang raja kristian yang tertentu telah memberi mereka harta yang banyak dan telah menjanjikan mereka harta yang lebih banyak lagi. Oleh itu, mereka telah menyamar diri sebagai orang-orang haji dan meneruskan perjalanan ke Madinah untuk memindahkan jasad Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam. pada waktu malam mereka mengali lubang terowong, mengisikan tanah-tanah ke dalam beg dan menaburkannya di Baqi’.

Ketika mendengar kisah yang sebenarnya Sultan terus meraung dengan kuatnya mengucapkan syukur. Alllah dan RasulNya telah memilihnya untuk khidmat yang besar ini. Selepas itu beliau memerintahkan supaya dua orang kristian ini di bunuh. Kemudian beliau mengarahkan pembinaan parit-parit yang dalam sekeliling makam itu, parit-parit itu begitu dalam sekali sehingga pengali-pengali terpaksa menggali jauh mencapai paras air. Kemudian beliau mengisikan timah cair ke dalam parit-parit tersebut supaya seorang pun tidak dapat sampai kepada jasad Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam daripada bawah. (Wafaak)

LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Alangkah beruntungnya kita jika Allah pilih untuk jadi ’pembantuNya’  kerana Allah boleh pilih siapa sahaja untuk membantuNya dalam urusan agama sepertimana Allah memilih burung hud-hud dalam usaha dakwah Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis.



Esok sudah masuk bulan muharam,petang ini pasti tiap masjid akan buat bacaan doa akhir tahun sebelum masuk maghrib dan selepas solat maghrib imam akan baca doa awal tahun. Setahun sudah masa berlalu jadi dalam doa yang kita  baca nanti agar Allah letakkan dalam kalangan mereka yang berada dalam penglihatan dan pemeliharaan Allah dan selitkan lah dalam doa kita supaya Allah pilih dan guna kita sebagai asbab berkembangnya islam di bumi ini.

” Ya Allah, diriku ini banyak kelemahan dan kekurangan janganlah kekurangan dan kelamah ku ini jadi asbab timbulnya fitnah dalam agamaMu”
” Ya Allah, kau pilih dan gunakanlah diriku ini untuk agamaMu”
AMIIN..

Sekian..= )


Tuesday, November 13, 2012

air dan jenis-jenisnya

Assalamualaikum..



Bila kita berwudhu’ untuk mengangkat hadas kecil maka air adalah sumber utama untuk kita berwudhu’ sekaligus kita dapat melakukan ibadah seperti solah,tilawah Al-Quran dan lain-lain ibadah. Dalam islam air telah dikategorikan dengan beberapa bahagian antaranya ialah :  

 1)    Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

a)    AIR MUTLAK

Air mutlak ini sifatnya ialah suci dan menyucikan,boleh digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas. Antara jenis air mutlak

                       i.        Air hujan.
                      ii.        Air embun.
                    iii.        Air laut.
                    iv.        Air sungai.
                      v.        Air perigi.
                    vi.        Air mata air.
                   vii.        Air Salji.




b)  AIR MUSYAMMAS:

iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Dek kepanasan air ini akibat di jemur di tengah panas. Makruh digunakan pada badan sahaja kerana takut akan menjejaskan kulit tetepi boleh di gunakan untuk pakaian.

Sabda Rasullah sollahhu ‘Alaihi Wassalam yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

2)    . Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

a)      AIR MUSTA'AMAL:
(a)  Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil denngan kata lain air ini boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
(b)  #Jika dihimpunkan air yang mustakmal sehingga sampai dua kolah maka ia menjadi suci dan menyucikan.


b)   AIR MUQAYYAD:
(a)  Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.

3)     Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:

  a)    Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

b)   Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.
  • Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
    1. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
    2. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
    3. Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm. 

terjumpa ini,satu rumusan yang membantu insya allah..

 


 sumber : 

sekian.. = )