Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, April 19, 2013

gigi bongsu



assalamualaikum..

dua tiga hari ini gigi belah kanan rasa tak sedap, kepala mula rasa pening-pening. kelmarin pergi ke klinik UiTM jumpa doctor untuk dapatkan pemeriksaan takut pula ada benda lain yang jadi. bila doctor periksa rupa-rupanya gigi bongsu saya baru nak tumbuh pada bahagian bawah.

 Allah..setahun lepas baru sahaja cabut gigi bongsu bahagian atas tahun ini pula tumbuh lagi satu. tapi kali ini doctor sarankan saya supaya simpan je gigi yang baru nak tumbuh ini sebab tak ada apa-apa kesan pun Cuma kena tahan sikitlah sakitnya

ha,tak tahu apa gigi bongsu? Gigi bongsu ini ialah gigi geraham kita yangterakhir akan tumbuh Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.
kalau gigi bongsu nak tumbuh selalunya kita akan sakit kepala yang sangat,gigi rasa sangat tak selesa dan sakit sampai tak boleh nak guna bahagian gigi yang sakit pun dan yang paling teruk boleh buat kita demam dan tak boleh nak bergerak dek kerana gigi kita sakit.

Masa gigi bongsu saya yang pertama tumbuh, saya demam dan tak boleh bergerak waktu itu nak kena menghadap ‘test’ UiTM memang tak bole nak baca buku langsung rasa berdenyut je gigi dan kepala. Akhirnya lepas cabut gigi bongsu yang nak tumbuh barulah kurang sakitnya dan balik dari klinik terus terlelap.

Bila fikirkan balik setiap semester saya akan kena sakit, Alhamdulillah kali ini saya kena waktu tidak kritikal jadi tak terganggulah aktiviti harian saya. Moga dengan kesakitan yang saya hadapi buat masa ini jadi tebusan untuk Allah kurangkan sikit kesakitan saya sewaktu menghadapi sakaratul maut,kehidupan selepas mati seperti kubur,mahsyar,titian sirot dan lain-lain.amiin..doakan saya ya kawan-kawan.



Ada orang kata sakit gigi ini antara sakit yang paling sakit untuk di tanggung jadi Antara cara nak kurangkan sakit gigi, ada orang bagitahu saya supaya bubuh garam dalam air dan kumurkan air garam itu dalam mulut terutamanya tempat yang sakit. In Shaa Allah kurang sikit sakit gigi tu.

Sekian..= )


Wednesday, June 27, 2012

usahakanlah..


Assalamualaikum..

Uhuk,uhuk..da tiga hari saya asyik terbatuk dan makin lama makin teruk pula. Minggu ini UiTM baru nak start ‘final exam’ seiring dengan itu tiga penyakit berangkai batuk, selsema dan demam mula berjangkit dalam kalangan kami pelajar UiTM. Bila di dewan peksa tadi ramailah yang terbatuk,kesat hingus dan macam berlawan pula siapa yang paling kuat.huhu..




Sebenarnya sudah lama nak menulis tapi bila nak menulis je ada sahaja halangan. Kali ini saya nak kongsi apa yang saya cuba usahakan perkara ini ada dalam diri saya sendiri. Saya sentiasa berharap satu hari nanti saya dapat terapkan sifat yang ada dalam makhluk Allah yang bernama MATAHARI & LAUT.





Tiga(3) sifat yang ada dalam matahari ialah ISTIQAMAH,TAAT & TIDAK PUTUS ASA. Bila kita lihat sifat matahari ini sangat tidak berputus asa dalam menyampaikan cahayanya kepada bumi, kita kalau tak suka dengan cahaya matahari kita akan tutup rumah kita dengan kain langsir tapi dalam kita tutup rumah kita dengan kain langsir sang matahari tetap bersungguh-sungguh menyampaikan walaupun di haling dengan kain langsir sang matahari akan cari pula jalan lain untuk ‘menyampaikan’ cahayanya.

Tambahan itu, sang matahari istiqamah dan taat dengan kerja yang telah diberikan kepadannya tanpa rasa malas dan keras kepala. Cuba kita bayangkan sang matahari tidak istiqamah dengan kerja yang diberikan kepadanya, dia nak keluar lambat sikit dari waktu yang telah di tetapkan maka pasti ianya paling tidak memberi kesan kepada hidupan-hidupan di bumi.





Manakala, sifat yang ada dalam laut ialah setiap perkara buruk yang dilemparkan kepadanya dia tetap akan membalas dengan perkara yang baik. Kita selalu di beritakan dalam akhbar dan television betapa sekarang ini teruknya keadaan laut kerana pembuangan sisa toksik,sampah-sarap,minyak dan sebagainya yang memberikan kesan kepada laut, tapi apa yang laut buat? Laut terus bagi kita makanan seperti ikan,sotong,udang dan macam-macam makanan yang kita boleh dapat dari laut tanpa berkurangpun. 

Inilah sedikit sebanyak sifat yang saya nak usahakan supaya ada dalam diri saya. Dan contoh yang terbaik kita dapat lihat ialah bagaimana Nabi Muhammad Solallahu ‘alaihi wassalam ketika menyampaikan dakwah di taif.






p/s : tibe2 je nak letak video ini..
 
 Sekian.. = )

Saturday, June 2, 2012

ingatlah Dia selalu


Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Bagi yang sihat Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah bagi kita nikmat sihat. Bagi yang kurang sihat di harap dapat bersabar, mungkin keadaan anda yang kurang sihat itu menjadi Asbab Allah menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu atau Allah ingin tingkatkan darjat kita.





Pada zaman dahulu, sahabat-sahabat faham bahawa sakit ini juga adalah satu nikmat yang Allah bagi pada mereka supaya mereka terus menerus dapat mengingati Allah, tuhan semesta alam. Malah ada dalam kalangan sahabat yang kalau boleh hendak sentiasa sakit supaya dia sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah.


Oleh itu, kita kenalah sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Allah telah bagi kepada kita dengan sentiasa mengingatinya dalam setiap waktu dan keadaan. Tapi, macam mana ya? Kita kan manusia yang bermaksud ‘lupa’ kita sudah sedaya upaya hendak mengingati Allah dalam setiap masa dan keadaan tapi tetap juga kadang-kadang ‘terlalai’.

Jangan bimbang, dalam islam tiada satu perkara pun yang dibiarkan tanpa panduaan dan tunjuk ajar dari Allah melalui Al-Quran ataupun dari Nabi Muhammad Sollahhu ‘Alaihi Wasallam melalui hadith-hadithnya. Sebagai contoh yang amat mudah ialah dalam perihal  dalam tandas pun islam ada mengajar macam mana doa dan adab ketika berurusan dalam tandas.

Maka, dalam kes supaya kita sentiasa dapat mengingati Allah ini, Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wasallam yang mulia juga telah memberi kita doa yang dapat kita amalkan supaya kita sentiasa dapat mengingati Allah dalam setiap masa dan keadaan.






Dari Muaz bin Jabal r.hu berkata bahawa baginda Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam telah memegang tangannya dan bersabda: wahai Muaz! Demi Allah aku mencintaimu. Aku telah berwasiat kepadamu supaya setiap kali selesai solat janganlah kamu tinggal daripada membaca doa ini.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِ كْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah kami supaya sentiasa mengingati-Mu dan sentiasa bersyukur kepada-Mu serta sempurna dalam melakukan ibadat kepada-Mu. 
(hadith riwayat abu daud:1522)


Sekian.. = )



Monday, March 19, 2012

sakit

Assalamualaikum..

Sekarang ini agaknya memang musim orang sakit dan bermasalah agaknya kerana saya sendiri sedang menghidap penyakit batuk kering yang saya rasa sudah hampir seminggu lebih sakitnya.Saya pergi ke klinik untuk mengambil ubat dan doctor telah menasihatkan saya untuk berpantang antaranya ialah

1. 1-Kurangkan minuman berais

2. 2-Kurangkan minuman-minuman manis

3. 3-Kurangkan makanan berminyak

Mendengar nasihat doktor ini membuat agak keberatan kerana ketiga-tiga pantang ini adalah benda yang saya suka dan amat janggal kalau saya tak makan dan minum benda-benda manis,berminyak dan berais. Dalam banyak-banyak pantang ini saya,yang menimbulkan kemushkilan buat saya ialah saya perlu kurangkan makanan berminyak,dan doktor terangkan kepada saya bahawa makanan berminyak ini sebenarnya akan membuatkan cecair dalam tekak kita bertambah likat dan susah untuk kita bercakap sebab akan ada kahak nanti(ye kot,tak pasti).

Saya dapat tiga ubat,


Yang kotak oren saya kene minum tiga kali sehari untuk kurangkan batuk. Botol merah pula saya kena kumur-kumur untuk apa saya kurang pasti tapi kita kene kumur macam kita kumur lesterine. Ubat yang dalam plastic pula saya kena hisap untuk kurangkan sakit tekak dan inilah ubat yang saya tak suka sebab tak sedap.

Saya rasa saya masih belum terlambat untuk menguncapkan takziah kepada keluarga seorang majlis perwakilan pelajar kami yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Beliau ialah saudara nuramin bin mohamad nor meninggal dunia pada 15/3/2012 pada pukul 11 lebih di hospital besar Melaka akibat paru-paru berair dan di jangkiti kuman.

Pemergian beliau sangat-sangat mengejutkan orang dan saya juga tidak terkecuali bilamana sehari sebelum hari kematian beliau, saya telah membuat bacaan yaasin untuk beliau di surau bersama rakan-rakan pelajar yang lain.tetapi ALLAH Maha Kuasa yang boleh menghidupkan dan mematikan sesiapa telah mengambil beliau dan saya membuat bacaan yaasin dan tahlil untuk beliau pada keesokan hari.

Alhamdulillah saya sempat turut serta dalam menyolatkan jenazah di kolej kediaman tun mamat sebelum jenazah di bawa pulang ke kampong halaman di kedah dan ramai orang yang hadir sama untuk sama-sama menyolatkan jenazah di samping memberi penghormatan terakhir buat beliau yang telah banyak berjasa kepada kami.

p/s : Entah macam mana pulalah keadaan saya nanti apabila meninggal dunia ya.hurm..

Sekian..= )