Wednesday, April 11, 2012

senjata mukmin


Assalamualaikum..

Kita sering kali akan terdengar berita-berita yang tak sedap untuk di dengar dan sangat meruntun jiwa malah boleh juga menganggu emosi kita. Bila terjadi perkara yang sebegini macam-macam benda yang kita terfikir termasuk lah yang tak masuk dek akal.

Kita rasa kita mampu untuk selesaikan masalah yang timbul tanpa kita sedari yang bila kita ada mungkin masalah bukan sahaja masalah selesai malah merumitkan lagi keadaan. Oleh sebab itu kita perlu di berfikir dengan lebih rasional apakah tindakan yang kita buat memberi faedah kepada semua orang. Apakah yang boleh kita buat supaya kita dapat sama-sama membantu rakan,sahabat,saudara,keluarga dan orang-orang yang kita sayang?

Di sini saya lebih menganjurkan supaya kita perbetulkan diri kita dan rapatkan hubungan kita dengan tuhan yang MAHA Esa. Pada saya kita sebaiknya mengunakan senjata telah Allah sediakan kepada kita iaitu DOA.

Banyak orang yang mengambil mudah tentang keAJAIBAan dan KUASA yang ada pada doa. Jika kita singkap balik sejarah yang berlaku pada zaman nabi solallahu ‘alaihi wassalam lagi dimana antara asbab doa lah umar r.hu telah di beri hidayah untuk memeluk agama islam. Dari seorang yang kuat menentang terus berubah menjadi pembela yang sangat membantu dalam mengembang kan agama islam.

Malah dalam Al-Quran sendiri Allah meminta kita untuk kita berdoa

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)

Dan seperkara lagi kita perlu yakin yang Allah mendengar segala rintihan dan rayuan kepadaNya kerana sejauh mana kita yakin sejauh itulah kekuatan yang kita hajatkan kepada Allah seperti mana dalam hadith Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman, “Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/210)

Tambahan lagi jangan pula kita mendoakan keburukan kepada orang mintalah yang baik untuk orang tersebut

Dari Abu Sa’id, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidaklah seorang mu’min berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan tali silaturrahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya satu di antara tiga perkara:

1 - Allah akan segera memperkenankan doanya di dunia, atau

2 – Allah Subhanahu wa Ta’ala menyimpannya sebagai pahala di akhirat, atau

3 – Allah memeliharanya dari keburukan diri semisal apa yang dia minta.”

Mereka berkata: “Sekiranya begitu, kami akan memperbanyakkan doa (terus kerap berdoa)”. Nabi bersabda: “Allah lebih banyak lagi pemberian-Nya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/18. Menurut Syaikh al-Albani, hadis ini sahih, Shahihul Jami’, no. 5714)

Saya juga sedang cuba untuk terapkan dalam diri supaya belajar untuk mendoakan orang lain terutamanya kedua ibu bapa,guru-guru,adik beradik,sahabat dan seluruh umat islam. Jadi, marilah kita sama-sama gunakan senjata/alat yang Allah telah beri pada kita umat islam dengan perbanyakkan berDOA kepada Allah walau dalam keadaan macam mana sekali pun ketika itu kerana Allah mempunyai satu sifat iaitu ‘PEMALU’ Allah sangat-sangat malu untuk tidak menerima doa hamba-hambaNya..

Dari Salman radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta'ala Maha Malu dan Maha Mulia, dia malu terhadap hamba-Nya apabila mengangkat tangan (berdoa) kepada-Nya lalu Dia kembalikan dalam keadaan kosong (tidak diterima doanya)." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1488)





Sekian.. = )

Wednesday, April 4, 2012

derma darah


Assalamualaikum..

Hari ini di kampus saya ada kempen menderma darah bersempana ulangtahun ke-lima UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Alhamdulillah saya di izinkan menderma masuk ini sudah 4 kali(ikut buku la sebernya da lebih). Sambutan oleh pelajar disini pun boleh tahan hebat juga,ramai yang secara sukarela datang mendermakan darah.

Jenis darah saya ialah ‘O’ yang setahu saya boleh menderma kepada semua jenis darah tetapi hanya boleh menerima darah jenis yang sama sahaja(cerewet juga ya). Jadi, tadi saya derma sebanyak 450 ml.

Bagaimanapun, bukan semua orang layak menderma darah kerana anda perlu memiliki ciri seperti senarai di bawah iaitu:

-Berumur 18 hingga 65 tahun.
-Berat badan melebihi 45 kilogram.
-Tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
-Tidak menghidap penyakit kronik.
-Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
-Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
-Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Anda dilarang menderma darah buat sementara waktu jika:
-Demam.
-Berat badan kurang 45 kilogram.
-Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah.
-Tidur kurang lima jam.
-Minum minuman beralkohol kurang daripada 24 jam.
-Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
-Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
-Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
-Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Paling penting, jangan menderma darah jika anda:
-Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
-Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
-Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
-Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual).
-Mengambil dadah secara suntikan.

Ha,siapa yang belum menderma boleh lah datang ke perpustakaan aras 1 KBM. Kempen ini berlangsung sampai esok sahaja 5/4/2012. sekarang kita sudah boleh menderma darah selepas dua bulan kita menderma tak macam sebelum ini, kita hanya boleh menderma darah selepas 3 bulan dari tarikh akhir kita menderma. dari 4 kali setahun kita sudah berpeluang untuk menderma darah sebanyak 6 kali setahun.

Sekian..= )

Monday, April 2, 2012

musafir



Assalamualaikum..

Pernahkah anda bermusafir/travel? Barang apa yang anda bawa untuk bersama-sama dengan anda? Adakah barang yang anda bawa itu semua akan anda gunakan atau anda bawa barang itu untuk saja-saja bawak nak buat beg sentiasa berisi.

Saya kali ini ingin berkongsi mengenai apa perkara/barang asas yang mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wassalam akan bawa bila bermusafir.

1. Siwak (untuk bersihkan gigi)



2. Celak (untuk mencerahkan penglihatan mata klik sini)


3. Cermin



4. Sikat (untuk menyikat rambut baginda)

5. Wangian(Rasulullah suka akan wangian-wangian)


Inilah barang-barang asas yang Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wassalam akan bawa bila bermusafir. Bila kita lihat semua barang-barang di atas semuanya barang-barang yang berkaitan dengan barang-barang yang penting untuk penjagaan diri terutama dari segi kebersihan dan keterampilan.

Jadi, Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wassalam sangat-sangat titik beratkan mengenai tentang kebersihan sehingga ada hadith yang mengatakan “kebersihan itu separuh/sebahagian dari iman” begitu juga hadith mengenai kecantikan rupa diri

“Tidak akan masuk syurga golongan yang di hatinya ada sebesar zarah kesombongan. Lalu seorang lelaki berkata kepada Baginda: Sesungguhnya orang lelaki suka berhias pada pakaian dan seliparnya. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan amat suka kepada kecantikan. Sesungguhnya sifat angkuh punca seseorang itu tidak boleh menerima kebenaran dan memandang rendah pada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Okay,itu dari segi sunnah yang mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wassalam buat dan patut kita ikuti dan amalkan dalam kehidupan seharian. Saya nak tambah sedikit barang-barang yang perlu kita bawa bila kita nak bermusafir pada zaman sekarang ini(ini Cuma pandangan diri sahaja)

1. Telefon bimbit (telefon orang)

2. Lampu suluh (bila berlaku masalah waktu malam/gelap)


3. Radio (dengar berita-berita terkini)



4. Dokumen-dokumen penting (kad pengenalan,kad bank dan kad kredit)

5. Wisel (tarik perhatian orang)



6. Duit

7. Air minum yang secukupnya.


Barang-barang ini bukan sahaja patut ada waktu nak musafir sahaja tapi sangat-sangat bermakna bila kita di timpa musibah seperti banjir atau bencana alam yang lain sebagai alat yang membantu kita waktu kecemasan.

Sekian..= )


Tuesday, March 27, 2012

4 tempat pelik dalam Al-Quran

Assalamualaikum..

Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.

Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!

Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?

Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.

Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.

Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).

Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)

**********

1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

****

2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

***

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

*****

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=-o2RiplJlvc&feature=related
(minit ke 0:47)

*****

Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat. Wallahua'lam.

sekian..=)

Nak tahu Quran resam Uthmani kita ni tulisan tangan atau komputer? Klik SINI

di 'copy' dari effy