Assalamualaikum..
Saya jenis orang yang tidak kesah dan ambil mudah dalam sesuatu
perkara yang terjadi di sekeliling sehingga kawan-kawan memanggil saya
heartless. Tapi dalam heartless saya ini juga saya ada juga perkara yang orang
kata menjadi pantang nenek moyanglah. Biasa kalau orang-orang yang kita jumpa
mereka tak kesah pon apa yang kita buat tapi janganlah kita langgar pantang
nenek moyang macam dalam cerita kasim selamat mak mertua ada cakap “pantang
nenek aku anak aku kawin dengan ahli muzik”(kalau silap betulkan ya)
![]() |
| sekali terjumpa skrip mak dara dalam ibu mertuaku |
Pantang nenek moyang inilah perlu diambil perhatian,em bukan
maksudnya kita perlu agungkan pantang ini bagi yang tak masuk akal perlulah
kita tolak tepi atau tolak ansur akan tetapi bagi perkara yang membawa kebaikan
bersama saya rasa perlu kita hormati dan raikan.
Untuk saya pula, saya tak kesah orang nak buat apa kepada saya tapi
yang penting janganlah orang itu tipu saya ,bohong dan mana-mana perkataan yang
membawa makna seerti dengannya dan yang membuat saya lagi melenting apabila
perkara ini berlaku secara terang-terangan.
Kalau yang menipu saya itu adalah penjual tiket bas maka saya tidak
akan membeli lagi tiket dari syarikat tersebut. Mungkin cara saya ini sangat
ekstrem tapi memang salah satu cara yang menunjukkan saya tidak suka akan apa
yang dia lakukan kepada saya, itulah kali terakhir saya berurusan jual beli
dengan beliau.
![]() |
| sedih je muka |
Mungkin saya percaya dengan pepatah melayu yang berbunyi “siakap
senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama jadi pencuri” untuk
mengelakkan orang itu terbiasa berbuat bohong baik saya elakkan dari berurusan
orang tersebut supaya dia tidak bertukar menjadi pencuri pula.
Dalam satu riwayat hadith juga ada menyebut “tanda-tanda munafik
itu ada tiga(3) : bila bercakap dia berbohong, bila berjanji dia mungkiri dan
bila diberi amanah dia khianati”
Oleh itu, saya juga berharap sangat yang saya dapat hindari diri
saya dari perkara-perkara di atas supaya saya dapat menjaga hati saya dan juga
orang lain. Kerana saya tak nak orang lain rasa macam mana saya rasa. Saya
tidaklah sempurna malah saya juga banyak kekurang diri yang perlu diperbaiki
dari hari ke hari, malah saya tujukan entri ini khas untuk diri saya kerana
sayalah yang perlu buat apa yang saya tulis/cakap.insya-Allah..
Sekian..= )











