Sunday, May 19, 2013

belajar dan terus belajar

Assalamualaikum..

Semalam baru sahaja lepas hadir program ‘finishing school’. Program wajib hadir untuk semester ini sebelum majlis pra-graduan(saya rasa). Apa yang kami buat semasa sesi finishing school tadi sekadar pencerahan buat kami tentang macam mana hendak membuat resume dan perkara-perkara yang perlu di tekankan semasa hendak hadir ke temuduga kerja.

Finishing school.




Hari khamis lepas seorang ustaz dalam memberi tazkirah di surau  tempat saya ada menyebut bahwa hadith yang berbunyi “belajarlah ilmu walaupun/sehingga ke negeri china” adalah satu hadith yang di reka/palsu (hadith maudhuk). Jadi selepas ini jangan guna lagi hadith ini mungkin boleh guna hadith yang ini. apa yang penting kita kena sentiasa sematkan dalam diri bahawa kita nak belajar. kalau tak,tak kemana pun pun kita. ilmu Allah itu banyak kalau tak dapat secara formal mungkin boleh dapatkan secara 'informal' yang penting BELAJAR

Masa tinggal lagi dua bulan sahaja yang berbaki bagi saya yang akan menghabiskan dunia mahasiswa ijazah sarjana muda tidak lama lagi.

, bersediakah saya untuk menghadapi hari yang mendatang?




Kalau nak di ikutkan banyak lagi yang saya tak buat,banyak lagi perkara yang saya tak sentuh lagi,malah lebih banyak yang perlu di betulkan dari yang sudah sedia betul.

Em..orang kata kita usaha dahulu apa yang termampu dan Allah akan buat apa-apa yang kita tak mampu yang penting kita kenalah selalu tawajuh dan yakin dengan janji Allah. In Shaa Allah..ada rezki tak kemana.

Sekian..= )

Friday, April 26, 2013

pendekkan angan-angan panjangkan amal

Assalamualaikum..
Suatu ketika Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam telah melukis satu rajah berempat segi sebagai tamsil. Di tengah-tengah rajah tersebut baginda melukis satu lagi garis yang panjang hingga terkeluar hujungnya dari dalam empat segi itu. Selepas itu baginda melukis garis-garis kecil di dalam empat segi tersebut.(rajah di bawah ini mungkin boleh di jadikan contoh/bayangan untuk rajah yang baginda lukis,wallahu ‘alam)






Kemudian baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam  bersabda “ garis yang tengah-tengah ini asdalah manusia dan garis-garis yang mengelilinginyadengan rupa bentuk empat segi ialah kematiannya; manusia tidak mampu keluar daripadanya samasekali. Dan garis yang Nampak terkeluar daripadanya ialah angan-angan dan cita-cita manusia yang lebih panjang daripada hayatnya. Garis-garis yang kecil di sebalah kanan dan kirinya pula merupakan penyakit dan lain-lain kemalangan yang sentiasa menuju kearahnya. Tiap-tiap satu garis merupakan satu musibah/kemalangan. Jika dia selamat dari satu maka yang kedua akan menguasainya pula.di samping itu kematiannya tetap mengelilingi sehingga tiada jalan untuk lari daripadanya. Tetapi garis yang mewakili angan-angan manusia sudah melebihi tempoh hayatnya”

Dalam hadith yang lain baginda bersabda sambil meletakkan tangannya yang berkat di belakang kepalanya  “ inilah kematian manusia yang sentiasa berada di atas kepalanya ; kemudian baginda menghulurkan sebelah tangannya yang lain kearah jauh dan bersabda “ ini adalah cita-cita dan hasratnya yang mara jauh”

Faqih Abul Laits Samarkandi Rah.alaihi. berkata bahawa sesiapa yang memendekkan angan-angannya akan dimuliakan oleh Allah dengan empat (4) perkara :
 
  1.  Memberi kekuatan untuk taat padaNya . oleh kerana dia yakin bahawa tidak lama lagi dia akan mati, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan amalan yang banyak dan tidak dapat dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak di ingini
  2.     Kegelisahannya  berkurangan
  3.    Kemampuannya untuk redha dengan rezeki yang sedikit
  4.   Menjadikan hatinya bercahaya

Ulama mengatakan bahawa cahaya hati lahir dari empat (4) perkara:
1-      Menahan kelaparan
2-      Bergaul dengan orang-orang yang soleh
3-      Mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan(dengan penuh risau)
4-      Memendekkan angan-angan

Dan, sesiapa yang menaruh angan-angan yang panjang Allah akan datangkan empat (4) perkara kepadanya :
1-      Kemalasan dalam ibadat
2-      Kebimbangan untuk dunia menjadi bertambah-tambah
3-      Sentiasa terperangkap dalam pemikiran untuk mengumpul dan menambah harta
4-      Hati menjadi keras

Ulama menulis bahawa kekerasan hati si sebabkan oleh empat (4) perkara :
1-      Makan sehingga kenyang
2-      Pergaulan buruk
3-      Tidak mengingati dosa yang telah dilakukan
4-      Memanjangkan angan-angan.

Wallahu A’lam.



Sekian..= )



Friday, April 19, 2013

gigi bongsu



assalamualaikum..

dua tiga hari ini gigi belah kanan rasa tak sedap, kepala mula rasa pening-pening. kelmarin pergi ke klinik UiTM jumpa doctor untuk dapatkan pemeriksaan takut pula ada benda lain yang jadi. bila doctor periksa rupa-rupanya gigi bongsu saya baru nak tumbuh pada bahagian bawah.

 Allah..setahun lepas baru sahaja cabut gigi bongsu bahagian atas tahun ini pula tumbuh lagi satu. tapi kali ini doctor sarankan saya supaya simpan je gigi yang baru nak tumbuh ini sebab tak ada apa-apa kesan pun Cuma kena tahan sikitlah sakitnya

ha,tak tahu apa gigi bongsu? Gigi bongsu ini ialah gigi geraham kita yangterakhir akan tumbuh Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.
kalau gigi bongsu nak tumbuh selalunya kita akan sakit kepala yang sangat,gigi rasa sangat tak selesa dan sakit sampai tak boleh nak guna bahagian gigi yang sakit pun dan yang paling teruk boleh buat kita demam dan tak boleh nak bergerak dek kerana gigi kita sakit.

Masa gigi bongsu saya yang pertama tumbuh, saya demam dan tak boleh bergerak waktu itu nak kena menghadap ‘test’ UiTM memang tak bole nak baca buku langsung rasa berdenyut je gigi dan kepala. Akhirnya lepas cabut gigi bongsu yang nak tumbuh barulah kurang sakitnya dan balik dari klinik terus terlelap.

Bila fikirkan balik setiap semester saya akan kena sakit, Alhamdulillah kali ini saya kena waktu tidak kritikal jadi tak terganggulah aktiviti harian saya. Moga dengan kesakitan yang saya hadapi buat masa ini jadi tebusan untuk Allah kurangkan sikit kesakitan saya sewaktu menghadapi sakaratul maut,kehidupan selepas mati seperti kubur,mahsyar,titian sirot dan lain-lain.amiin..doakan saya ya kawan-kawan.



Ada orang kata sakit gigi ini antara sakit yang paling sakit untuk di tanggung jadi Antara cara nak kurangkan sakit gigi, ada orang bagitahu saya supaya bubuh garam dalam air dan kumurkan air garam itu dalam mulut terutamanya tempat yang sakit. In Shaa Allah kurang sikit sakit gigi tu.

Sekian..= )


Saturday, April 13, 2013

sebab-sebab orang menangis



Assalamualaikum..



Yazid bin Maisarah rah. Berkata tangisan berlaku kerana Tujuh (7) sebab:


1-      Gembira

2-      Gila

3-      Sakit

4-      Gementar

5-      Menunjuk-nunjuk

6-      Mabuk

7-      Takutkan Allah


Hadith dari Nabi Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :
Dua titisan yang paling di sukai oleh Allah pertama ialah titisan air mata yang di alirkan kerana takutkan Allah. Kedua ialah titisan darah yang tertumpah di Jalan Allah.

Abu Bakar Siddiq R.hu berkata “ sesiapa yang boleh menangis maka hendaklah dia menangis dan sesiapa yang tidak boleh menangis maka hendaklah dia buat-buat menangis”



Tangisan anda yang mana?saya tetap cemburu

Sekian..= )