Tuesday, September 11, 2012

jiran = sifat seseorang


Assalamualaikum..

Waktu saya tengah sibuk mengosok kain cadar sebagai persiapan untuk kak sarah dan keluarga mertua( anak jiran sebelah rumah) yang akan duduk di guesthouse milik Abah,mak tiba-tiba bertanya kepada saya, “anatara jiran dan saudara-mara mana yang patut kita utamakan?” erk..saya yang masih lagi dalam keadaan tak berapa nak fokus terkedu mendengar soalan yang di ajukan oleh mak sebab jarang mak menanyakan soalan kepada saya.

Sama-sama penting

Saya mengambil masa untuk menjawab soalan mak ini, bagi saya saudara mara penting sebab merekalah ahli keluarga kita insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Tetapi lain pula jawapan yang mak berikan “jiran lagi pernting zaki, jiranlah yang akan ambil tahu pasal kau,tolong kau bila susah, jagakan rumah bila kau tak ada cuba kau fakir tak kan mak ngah kat melaka nak datang ke sini untuk jagakan rumah bila kita tak ada.”




Bila saya amati memang penting juga jiran ini, kalau tidak tak adalah pepatah arab menyatakan “Al-Jarr Qobla Darr”- jiran sebelum rumah. Pepatah ini menyarankan kita tengok dulu dengan siapa kita akan berjiran sebelum kita hendak tinggal di rumah yang ingin kita diami. Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi ia memberi kesan yang mendalam dalam jangka masa yang panjang.

Peralihan sifat

Banyak orang tak sedar dengan memilih untuk berjiran dengan orang yang baik secara tidak langsung sifat-sifat baik jiran kita juga akan kita dapat secara tidak langsung begitu juga sebaliknya jika kita berjiran dengan orang yang selalu membuat perkara buruk setiap yang dia lakukan sedikit sebanyak tempiasnya akan terkena pada kita juga.

Saya sering melihat bila seorang ini berjiran dengan orang yang kuat bergaduh/cari pasal maka dia juga akan turut jadi orang yang suka bergaduh/cari pasal(tidak semua orang yang jadi begini) padahal jarang lihat dia ini bergaduh semuanya sebab terkesan dengan sifat dari jiran yang duduk berdekatan dengan beliau.

Saya sendiri juga mengalami perkara yang sama dimana apabila saya duduk sebilik dua orang di apartment yayasan melaka maka apabila sudah hampir satu semester kami duduk sebilik dia telah terikut apa yang saya selalu buat dan saya juga terikut apa yang dia selalu buat TANPA SEDAR!

Hal ini boleh juga kita kaitkan dengan satu hadith dari nabi Sollahu ‘Alaihi Wassalam yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.




Selepas itu saya terus cepat-cepat menyiapkan kerja yang diberi oleh mak dan balik ke rumah yang kami tinggal bersama jiran-jiran yang baik dan suka membantu.




Rasulullah Sollahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032)



 p/s : pepatah yang sama maksud "Ar-rafiq Qoblat Thoriq"- kawan sebelum jalan-

Sekian..= )


Tuesday, September 4, 2012

rahmat di sebalik tali gantung


Assalamualaikum..



Ada orang kata dengan saya “orang yang mati di tali gantung ni untungkan?”
Mendengar apa yang dikatakan oleh hamba Allah imi membuatkan saya berminat untuk dengar lebih lanjut apa yang cuba beliau mahu sampaikan. ”iyalah, mereka ni awal-awal lagi sudah tahu bila diorang nak mati” maka bolehlah mereka buat persediaan menghadapi detik kematian yang bakal di hadapi”. ”ooo,macam tu rupanya” saya membalas.

Dalam surah Luqman, ayat yang ke-31 Allah subhanahu wata’ala berfirman

”dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.”

usai perbualan antara kami ini, memberi saya ruang pandangan yang berbeza kepada mereka yang di jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Dalam sedar tak sedar Allah dengan kasih sayangNya telah memberikan satu nikmat yang tak terhingga buat mereka ini iaitu TAUBAT.

Untungkan mereka? Walaupun mereka telah banyak melakukan kesalahan masih lagi diberi peluang untuk minta ampun kepada Rabb yang maha pengampun ini. Insya Allah..Perkara ini tidak mustahil malah tiada yang mustahil di sisi Allah banyak kisah dan cerita yang kita boleh cari dan dengar seperti kisah seorang pembunuh yang jahat yang telah membunuh 99 orang tetapi pada akhirnya Allah tetap masukkan dia kedalam Syurga kerana dia mahu bertaubat kepada Allah.

Detik kematian adalah pasti, malah ianya adalah satu perkara yang Allah telah tetapkan bersedia atau tidak iaanya akan datang menjemput kita tidak lambat walau sesaat malah tidak pula cepat walupun sesaat.

Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.



Sekian..= )


Tuesday, August 28, 2012

sukan sunnah


Assalamualaikum..

HADITHRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)




dalam semua di senaraikan dalam hadith di atas, satu pun saya belum pandai/mahir. Berenang pun tahu sikit-sikit je.

Sebelum ini pernah lihat orang menunggang kuda, wah.. sungguh bergaya dan hebat!
Dengan kita menunggang kuda ni banyak menafaat yang kita dapat, setelah saya buat carian di internet akhirnya jumpa la sedikit faedah kita berkuda antaranya :


            Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.”

Patutlah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam menyarankan kita mempelajari berkuda,berenang, dan memanah sebab iannya memberi faedah bukan sahaja pada diri malah juga kepada Negara (akhir zaman nantikan tak ada teknologi)

Mulai hari ini saya nak pasang niat dan azam supaya suatu hari nanti saya dapat belajar dan mahir dalam ketiga-tiga ini atau sekurang-kurangnya satu daripada tiga (3) perkara yang tersebut dalam hadith di atas. Insya allah..
tak dapat naik kuda betul,dapat naik monumen kuda pun jadi la.


p/s : ada tak yang nak ajar/ belanja untuk belajar ni?

Sekian.. = )



Friday, August 24, 2012

nilai sepiring pinggan


Assalamualaikum..




Di suatu kampong pendalaman terdapat seorang kaya yang sangat baik dan sentiasa membantu penduduk kampongnya. Sesiapa sahaja yang datang ke rumah orang kaya ini pasti akan dapat apa yang mereka hajati. Pada suatu hari, datang tiga orang kampong untuk meminjam pinggan daripada orang kaya. Orang kaya ini dengan senang hati telah memberi pinjam kepada 3 orang kampong ini.

Setelah beberapa tempoh maka 3 orang kampong ini telah memulang kembali apa yang telah mereka pinjam daripada orang kaya tersebut. Orang kampong pertama telah memulangkan pinggan dalam keadaan yang bersih sepertimana keadaan pinggan orang kaya memberi pinjam.

Manakala orang kampong yang kedua pula telah memulangkan semula pinggan kepada orang kaya dalam keadaan pinggannya itu kotor dan tidak bersih. akan tetapi,Orang yang ketiga pula memulangkan pinggan yang di pinjam dalam keadaan pinggan itu terdapat supik malah ada juga yang pecah.

Maka, apa yang di buat oleh orang kaya tersebut bila mendapat pinggan yang diterima dari 3 orang kampong?

 Pinggan yang pertama, orang kaya akan ambil dan simpan dengan baik pinggan yang dipulangkan. Pinggan yang kedua pula, orang kaya tersebut membersihkan dahulu pinggan tersebut baru boleh di simpan dalam rak. Akan tetapi, bagi pinggan yang ketiga pula orang kaya telah membuang pinggan itu ke tong sampah kerana tidak boleh di gunakan lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Inilah salah satu misalan yang saya dapat bagi mengambarkan manusia pada hari akhirat kelak. Pinggan yang di maksudkan di sini ialah nilai dan kualiti iman yang ada dalam diri kita.Manusia secara kasarnya akan terbahagi kepada 3 golongan.

Golongan pertama ialah mereka yang sentiasa menjaga iman mereka dengan baik. Maka Allah telah ambil imannya itu dan memasukkan orang ini kedalam syurga tanpa ada sebarang masalah.

Seterusnya ialah golongan yang kedua yang jumpa Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan imannya itu kotor di sebabkan amal-amal buruk yang pernah di lakukannya di dunia ini. Allah akan ambil imannya itu dan memasukkannya kedalam neraka untuk ‘di CUCI’ sebelum mereka dapat di masukkan kedalam syurgan seperti golongan yang pertama.

Akhir sekali ialah golongan yang membawa iman mereka tidak sempurna. Terdapatnya kecacatan dalam kepercayaannya maka Allah sangat-sangat tidak suka bila perkara ini berlaku. Maka apa yang jadi dia di buang kerana tidak dapat memberi menafaat dan membahayakan orang bila digunakan.

ha,bagaimana keadaan dan nilai pinggan anda? tepuk dada tanya iman..mari kita sama-sama jaga agar ianya molek sentiasa..insya Allah..

p/s : salam lebaran..tahun ini beraya di mana?

Sekian…= )


Wednesday, August 15, 2012

paling maaahaaalllllllllllll!!!


Assalamualaikum..


 
Suatu petang ketika saya sedang rehat-rehat terdengar perbualan rancak antara Azam,Hazimi dan aizat ketika itu saya masih lagi belajar di UiTM Segamat. Jadi, ini antara yang diperbualkan oleh mereka bertiga.

Azam : aizat kaukan kalau doa selalu minta apa?
Aizat : aku biasa  doa supaya dapat keputusan yang cemerlang dalam periksa.kenapa?
Azam : murah tu aizat, takkan kau minta tu je?
Hazimi : haahlah, takkan kau mintak tu je aizat?
Aizat : adalah juga aku minta benda lain.em..aku doakan untuk mak bapak aku.
Hazimi : ok lah tu, lain..kau doa minta ape lagi?
Aizat :  em..aku minta dapat kerja yang bagus bila aku Grad nanti
Azam  : murah tu aizat.lagi..
Aizat : aku minta dapat gaji yang banyak
Hazimi : murahlah aizat apa yang kau minta ni.lagi?



 (Aizat pening memikirkan apa yang diminta tetapi masih lagi menjawab soalan yang di soal oleh azam dan hazimi)

Aizat : kejap ea, aku fikir...ha, aku nak minta dapat rumah yang besar dengan kereta yang mewah
Azam & Hazimi : MURAH!!!!lagi?
Aizat :ape lagi? aku nak isteri yang solehah biar nanti dapat didik anak jadi anak yang taat ibu bapa

Azam : ok la tu, tapi masih murah lagi la..lagi?
Aizat : adoi..pening aku melayan korang ni, ape yang korang nak cakap?

Hazimi : sebenarnya apa yang kau minta tu semua boleh, dan Allah mampu bagi lebih BAIK dari tu. tapi..
Azam  : benda ni semua Allah dah tertulis cuma mungkin dengan doa dan amal baik kau dapatlah yang BAIK.

Aizat : ok..jadinya?
Hazimi : satu benda ni sangat mahal dan ianya takkan datang bergolek malah kau sendiri kena carik memang susah nak dapat.
Aizat : apa dia? (tak sabar menunggu )

Azam  : HIDAYAH lah..benda ni paling mahal dan kau kena usaha untuk dapatkan dan selalu minta pada Allah..
 Aizat : oooooooo..





tersenyum keseorangan saya bila terkenang perbualan antara mereka. Ada benarnya apa yang mereka bualkan.Hidayah adalah hak mutlak milik Allah Ta'ala





A056

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).   (qasas : 56)




Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah kekalkan hidayah yang telah Allah kurniakan kepada kita dan jangan lupa doakan untuk orang lain pula. Moga dengan berkat Bulan Ramadhan ini Allah lembutkan hati hamba-hambaNYA dan mereka di beri Hidayah untuk berubah.insya Allah..


Ya Allah,
Berilah hidayah kepada kami,
Berilah hidayah kepada hamba-hambaMU yang lain.

Ya Allah,
Jadikanlah kami ni asbab (punca) orang lain mendapat hidayah
Dan janganlah kau jadikan kami ini asbab orang lain jauh kepadaMU

Amiinn..

Sekian..= )