Wednesday, July 24, 2013

nah, gi sembelih



Assalamualaikum..

(ini adalah entri berbentuk ala-ala cerpen)

Suasana siang di johor sangat terik,sesuai dengan maksud ramadhan yang membakar. Ye, ia telah membakar kekuatanku pada waktu petang dan hanya mampu berehat dan menyimpan tenaga untuk perkara-perkara yang perlu sahaja.

Tiba-tiba,”zakiiiiiiii..kau gi dapur tolong mak kejap”mak menjerit memanggil pinta ditolong. Almaklum, adik beradik majoriti lelaki dan hampir semua sudah punyai keluarga dan duduk asing-asing jadi nak tak nak terpaksalah juga guna kudrat anak lelaki dia yang tak berapa nak rajin ini membantu.

Dalam keadaan separa sedar dan mamai yang kuat di gagahkan juga pergi ke dapur. Arahan mak perlu di taati sampai di dapaur saya terus bertanya “mak nak zaki tolong ape ni?” sambil mencari-cari kelibat mak di dapur.

“ni ha kau sembelih siput-siput ni” ha?siput pun kena sembelih juga ke?bisikku dalam hati.bukan biasa di sembelih lembu,kambing dan ayam ke? Suatu perkara yang jarang-jarang kita dengar. Sembelih SIPUT!

“camne mak?tak pandai la”balas ku jujur.” Kau tengok tu kan da ada parang dengan kayu tu kau amik satu siput kau potong belakang dia”mak menerangkan sambil menunjukkan demo. Aduh, potong ekornya rupanya ku ingat apalah tadi.eh..apa benda yang kat bekas kecil ni?haaaa..siput sedot yang masih hidup! 

“nah, kau buat pulak,siput ni memang hidup nanti nak masak dia mati la. Penat abang udin kau kat kampong kutip”terang mak kepada ku sebelum sempat aku bertanya.mak sudah tahu baca isi hati ku kah?

Aku pun menyambung “menyembelih” siput-siput sedut ini, aku sudah Nampak plastic berwarna berwarna putih yang isinya berwarna hitam di dapur sejak semalam lagi.ku pikirkan itu adalah sampah dan ingin membuangnya tapi bila teringat yang mak mempunyai pantang yang barang miliknya jangan sembarangan buang aku terus padam niat suci ku itu.

Bendalah yang berwarna hitam itu rupanya adalah hampas kelapa supaya bole di makan oleh siput-siput itu(barangkali bertujuan bagi siput-siput ini gemuk sedikit kot).setelah selesai memotong ekor siput ini aku pergi ke singki pula untuk meneruskan langkah kedua iaitu membasuh. Oh ya, sebelum terlupa siput sedut ini bakal jadi juadah berbuka puasa kami jadi sudah perlu di siapkan bahan-bahan supaya mudah nanti hendak memasak. Selalunya siput sedut ini di masak lemak cili padi.(terbayangkan sahaja sudah terliur)

HABIS..

Itu sahajalah, cerita yang hendak di kongsi.tugas saya sampai itu basuh sahaja bab masak saya serahkan semula pada mak dia lagi arif kalau nak suruh saya tak merasalah siput sedut masak lemak cili padi.
Huhu..nampak sangat jakun dan Bandar kan? Tapi itulah realitinya, saya memang pertama kali melihat dan memotong siput sedut.selama ini tahu makan sahaja  tetapi kali ini kena buat sendiri dan maksak sendiri. Satu pengalaman yang menarik.

jom kita layan gambar pula




Sesi ‘menyembelih’







yang bulat merah tu adalah siput yang masih hidup
peralatan penting-parang,bekas, kayu.




Sesi membasuh/membersih

 





Sesi makan..= D





Sekian..=)

Monday, July 22, 2013

kalaulah..



Assalamualaikum..

Ini sambungan dari entri yang lepas

Pada kuliah pagi sebelum saya balik ke skudai,imam di surau Ngah telah berkongsi dengan Jemaah yang hadir solat subuh secara berjamaah satu kisah yang terjadi pada seorang sahabat nabi di akhir hayat beliau.

Pada akhir hayatnya beliau telah menyebut tiga(3) perkara 

1              kalaulah panjang
2              kalaulah semua
3              kalaulah baru

buntu dengan apa yang dikatakan oleh suaminya, sang isteri ini lantas bertanya kepada Baginda Nabi Sollahu ‘Alaihi Wassalam.Lalu Baginda pun menerangkan.


1-    Kalaulah panjang
Ketika hayatnya sahabat ini telah menolong seorang tua dengan memimpin orang tua itu ke masjid. tetapi jarak perjalanannya adalah pendek. Ketika saat dia menghadapi sakaratul maut Allah telah memperlihatkan kepadanya ganjaran pahala sahabat tersebut memimpin orang tua itu ke masjid. oleh itu sahabat tersebut menyebut “kalaulah panjang” iaitu kalaulah panjang jarak perjalanan dia memimpin orang tua itu ke masjid.

2-    Kalaulah semua
Pada suatu hari telah datang kepada sahabat ini seorang yang sedang kelaparan meminta simpati di beri sedikit makanan, kebetulan ketika itu sahabat ini sedang memegang sepotong roti untuk di makan. Sahabat ini telah potong dua buku roti yang ada ditangannya dan berkongsi dengan orang yang kelaparan tadi. Jadi “kalaulah semua” bermaksud kalau lah dia bagi semua roti yang ada ketika itu kerana ganjaran yang di lihat olehnya dari permberian separuh dari buku roti tersebut. 

3-    Kalaulah baru
Bila datang musim sejuk,sahabat ini punyai dua baju satu baju yang baru dan satu lagi adalah baju yang di pakainya. Bila melihat orang lain kesejukan dia pun memberi orang itu baju yang dipakainya(lama). Jadi, “kalaulah baru” baju yang diberi pasti lebih banyak ganjaran yang akan di beri oleh Allah kepadanya.



LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Pada akhir hayat kita nanti Allah akan tunjukkan pada kita setiap amalan yang telah kita buat sama ada baik atau buruk pasti akan di perlihatkan. Ketika itu kita tiada jalan pulang apa yang kita sudah buat itulah yang akan kita dapat.

Bagilah yang terbaik semasa hayat kita ini, kerana dunia adalah tempat menanam dan akhirat pula tempat kita memungut hasil. Jadi, jangan rasa puas dengan apa yang telah kita lakukan. Dikatakan di syurga nanti beza antara syurga atas dan bawah hanya di bezakan dengan satu subhanallah sahaja.

Akhirat nanti semua akan menyesal bila Allah telah memperlihatkan apa yang telah di buat dunia.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"As-Sajdah 32:12




Sekian..= )

putra ke besi



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sudah seminggu saya melepasi zaman mahasiswa in-Shaa Allah. Saya baru sahaja sampai skudai tengah hari tadi dari putrajaya. Tak rancang pun nak ke putrajaya tiba-tiba sahaja nak ke sana sebab mikirkan Ngah sekeluarga akan berangkat pergi ke mesir dalam tahun ini maka selepas ini hilanglah ‘port’ lepak kami di putrajaya.

Selain itu, bulan ramadhan kali ini boleh jadi ramadhan terkahir yang di sambut mereka di putrajaya. Peluang semacam inilah jangan di lepaskan, sampai di sana ngah memeberitahu bahawa banyak program yang di anjurkan di putrajaya lagi-lagi di Masjid Tungku Mizan(Masjid Besi) ada festival ramadhan sepanjang sebulan.

Malam pertama saya hanya solat di surau kawasan perumahan ngah di presint 9 tetapi malam esoknya saya berpeluang solat di masjid besi.wahhh..imam yang membawa solat tarawih di sana adalah orang arab! Terasa macam di masjidil haram pula bila imam melaungkan takbir dan bilal pula menyahut takbir imam.(rindu nak ke mekah dan madinah)

pemandangan malam masjid besi


Malam berikutnya pula, saya pergi ke masjid putra pula kali ini saya pergi menaiki kereta ngah bersendirian. Tarawih di masjid putra di pimpin oleh imam melayu. Masa awal-awal rasa biasa sahaja masuk separuh tarawih tukar imam baru yang bersuara lunak malah membaca surah yusuf pula(antara surah kegemaran) jadi asyik melayan bacaan yang di alunkan imam.



Kesimpulan yang boleh saya buat secara peribadi buat kedua-dua masjid ialah bagi mereka yang sukakan kemeriahan dan suasana orang ramai. Saya syorkan anda ke masjid besi di sana banyak program yang di sediakan oleh pihak masjid lagi-lagi minggu nuzul quran ada opick,habib syech, inteam, raihan dan juga tazkirah dari imam muda.(boleh rujuk laman web INI)

Dan jika anda seorang yang inginkan keadaan yang selesa,kondusif dan santai pergilah ke masjid putra di sana taklah sesibuk masjid besi tetapi in shaa Allah dapat memberi kemanisan beribadah buat anda.

Alhasil, Setelah 10hari duduk dalam suasana 'cukup' dgn ibadah yang sudah di buat..putrajaya berjaya membuatkan saya seronok beribadat.20rakaat tidak terasa pun!

p/s : sebelum balik saya dengar satu tazkirah subuh yang baik pengisiannya.

Sekian..= )



Saturday, July 20, 2013

ramadhan yang berlalu

Assalamualaikum..



Hidup ini umpama kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika cantik coraknya sedaplah mata memandang.


Sebenarnya saya hampir terlupa, satu peristiwa penting yang sangat berbekas di hati saya. Ianya adalah pemergian nyai(nenek perempuan) kami mak kepada abah yang meninggalkan dunia menghadap ilahi. Perginya di bulan ramadhan yang mulia ini sangat-sangat di cemburui.

Cara Mati

Imam ghazali ada berkata “ cara mati kita di tentukan oleh cara hidup kita”. Berapa banyak kita habis sesuatu perkara dengan cara itulah kita mungkin dipanggil menghadap ilahi. Seperti imam abu hanifah yangh minat membaca dan sentiasa dikelilingi dengan buku dan ilmu dia meninggal juga dalam keadaan bersama buku.

Pernah tidak kita terfikir bagaimana cara kita mati nanti? Adakah kita akan mati secara khusnul khatimah(pengakhiran yang baik) atau su’ul khatimah (pengakhiran yang buruk)..na’uzubillah min zalik.

Saya sering diberi perumpamaan yang baik mengenai saat akhir kematian ini. Kisah mengenai sebuah lori mengangkut barang(katakanlah lori tersebut ialah lori bawa kicap)



Jikalau sebuah lori membawa kicap berlanggar dan kemalangan. Apa yang akan keluar /tumpah dari lori tersebut pasti dan mesti yang keluar adalah kicap!. Begitulah perumpamaan hati kita dan juga diri kita. Jika kata-kata yang baik,zikir,tasbih dan tahmid yang selalu dituturkan maka in shaa Allah perkara yang sama juga akan keluar keluar ketika kita di saat sakaratul maut begitulah juga sebaliknya.

Siapa yang akhir kalamnya dari kata-kata la ila ha illa Allah(kalimah toyyibah) masuk syurga dia(hadith)




Ramadhan sudah masuk fasa ke dua(2)-KEAMPUNAN.

Marilah kita sama-sama berdoa dan berharap kepada Allah supaya DIA mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada secara sengaja atau tidak,sedar atau pun tidak.

“Ya Allah kau berkatilah kami di bulan Ramadhan ini”

entri untuk nyai

p/s: cara mudah untuk kita tahu saat kita mati nanti ialah waktu kita terkejut/ jatuh tersadung. Apa yang keluar dari lidah kita???(muhasabah)




sekian..=)