Wednesday, May 29, 2013

lain macam ni

Assalamualaikum..

Dalam dunia ini ada ke orang yang jalan hidupnya sama? Dari kecil sampai ke besar hampir semua rutin yang dibuat sama . kalau ada mungkin hanya sebilangan kecil sahaja kot..hurm..mungkin.

Setiap manusia masing-masing ada haluan dan halatuju mereka sendiri. Ali suka ambil jalan yang dekat jarak perjalanannya  Raja pula mungkin lebih selesa untuk ambil jalan yang tidak sibuk. Antara dua ini pasti ada liku,cabaran dan kesenangan yang tersendiri.



Saya sendiri juga punya tujuan dan halatuju yang tidak sama seperti orang lain. Sejak dari sekolah lagi bila kawan-kawan lain masuk sekolah harian biasa saya seorang sahaja dalam kalangan mereka yang masuk sekolah berasrama penuh bukan sekolah menengah biasa tetapi sekolah menengah agama. selepas PMR, ketika tingkat empat (4) saya dengan sendirinya membuat permohonan untuk tukar kelas dari aliran sains tulen ke sastera agama.

Bilamana keputusan SPM keluar saya membuat keputusan untuk menukar pengajian dalam bidang diploma yang bukannya aliran agama berbanding orang lain yang berebut untuk masuk ke matrix atau tetap teguh meneruskan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Bukan setakat itu sahaja ,setelah setahun setengah mengambil diploma saya berubah fikiran untuk terus diserap masuk ke peringkat ijazah tanpa perlu menghabiskan pengajian diploma dengan mengambil tawaran program penerapan ijazah sarjana muda dan saya adalah ‘batch’ pertama bagi program ini.

Pelik bukan? Ada orang bertanya pada saya “kau tak takut ke buat keputusan macam ni?beriko tu” jawb saya “setiap benda yang kita buat pastu ada risiko malah orang yang hisap rokok pun ada risiko” (kawan tengah hisap senyum sahaja mendengar jawapan saya)



Orang kata hidup ini kita kenalah belajar untuk berani untuk ambil risiko (risk taker) berbanding ikut jalan biasa sahaja (risk adverse)barulah hidup akan jadi lebih bermakna dan banyak mengajar kita.memang, benda tidak mudah tetapi dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan bukan? Cuma besar atau tidak, jelas atau kabur, cerah atau samar-samar jalannya .

Jadi, bila sem akhir ni masing-masing pasti sudah mula fikir perancangan selepas habis belajar sama ada mahu sambung belajar ,bekerja ataupun berkahwin(wahh). Mana satu jadi pilihan saya mahu ingatkan pada semua dan diri saya terutamannya bahawa alam yang bakal kita tempuhi nanti sangat berlainan dengan alam yang kita sedang hadapi sekarang ini. Ianya lebih mencabar dan lebih menguji.



Orang ibaratkan masa kita sekarang ini macam orang yang tengah main air laut di tepi pantai mudah dan selamat tak perlu risau akan bahaya yang mendatang. Tetapi selepas kita grad(in shaa Allah) kita bukan lagi di kaki pantai lagi tetapi di tengah-tengah lautan! Tak boleh leka dan lalai takut-takut hilang dek arus ombak laut yang tak menentu

“Ya Allah walaupun kami tidak ditakdirkan dapat yang sama tapi biarlah kami berada di jalan yang kau redhoi. Seperti mana para anbia, siddiqin dan syuhada’..amiin”


Sekian.. =) 

No comments:

Post a Comment