Assalamualaikum..
Semalam baru sahaja lepas hadir program ‘finishing
school’. Program wajib hadir untuk semester ini sebelum majlis pra-graduan(saya
rasa). Apa yang kami buat semasa sesi finishing school tadi sekadar pencerahan
buat kami tentang macam mana hendak membuat resume dan perkara-perkara yang
perlu di tekankan semasa hendak hadir ke temuduga kerja.
Finishing school.
Hari khamis lepas seorang ustaz dalam
memberi tazkirah di surau tempat saya
ada menyebut bahwa hadith yang berbunyi “belajarlah ilmu walaupun/sehingga ke
negeri china” adalah satu hadith yang di reka/palsu (hadith maudhuk). Jadi selepas
ini jangan guna lagi hadith ini mungkin boleh guna hadith yang ini. apa yang penting kita kena sentiasa sematkan dalam diri bahawa kita nak belajar. kalau tak,tak kemana pun pun kita. ilmu Allah itu banyak kalau tak dapat secara formal mungkin boleh dapatkan secara 'informal' yang penting BELAJAR
Masa tinggal lagi dua bulan sahaja yang
berbaki bagi saya yang akan menghabiskan dunia mahasiswa ijazah sarjana muda tidak
lama lagi.
, bersediakah saya untuk menghadapi hari
yang mendatang?
Kalau nak di ikutkan banyak lagi yang saya
tak buat,banyak lagi perkara yang saya tak sentuh lagi,malah lebih banyak yang
perlu di betulkan dari yang sudah sedia betul.
Em..orang kata kita usaha dahulu apa yang
termampu dan Allah akan buat apa-apa yang kita tak mampu yang penting kita
kenalah selalu tawajuh dan yakin dengan janji Allah. In Shaa Allah..ada rezki
tak kemana.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment