Assalamualaikum..
Suatu ketika Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam telah melukis satu rajah berempat segi
sebagai tamsil. Di tengah-tengah rajah tersebut baginda melukis satu lagi garis
yang panjang hingga terkeluar hujungnya dari dalam empat segi itu. Selepas itu
baginda melukis garis-garis kecil di dalam empat segi tersebut.(rajah di bawah
ini mungkin boleh di jadikan contoh/bayangan untuk rajah yang baginda lukis,wallahu
‘alam)
Kemudian baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda “ garis yang tengah-tengah ini
asdalah manusia dan garis-garis yang mengelilinginyadengan rupa bentuk empat
segi ialah kematiannya; manusia tidak mampu keluar daripadanya samasekali. Dan garis
yang Nampak terkeluar daripadanya ialah angan-angan dan cita-cita manusia yang
lebih panjang daripada hayatnya. Garis-garis yang kecil di sebalah kanan dan
kirinya pula merupakan penyakit dan lain-lain kemalangan yang sentiasa menuju
kearahnya. Tiap-tiap satu garis merupakan satu musibah/kemalangan. Jika dia
selamat dari satu maka yang kedua akan menguasainya pula.di samping itu
kematiannya tetap mengelilingi sehingga tiada jalan untuk lari daripadanya. Tetapi
garis yang mewakili angan-angan manusia sudah melebihi tempoh hayatnya”
Dalam hadith yang lain baginda bersabda
sambil meletakkan tangannya yang berkat di belakang kepalanya “ inilah kematian manusia yang sentiasa
berada di atas kepalanya ; kemudian baginda menghulurkan sebelah tangannya yang
lain kearah jauh dan bersabda “ ini adalah cita-cita dan hasratnya yang mara
jauh”
Faqih Abul Laits Samarkandi Rah.alaihi.
berkata bahawa sesiapa yang memendekkan angan-angannya akan dimuliakan oleh
Allah dengan empat (4) perkara :
- Memberi kekuatan untuk taat padaNya . oleh kerana dia yakin bahawa tidak lama lagi dia akan mati, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan amalan yang banyak dan tidak dapat dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak di ingini
- Kegelisahannya berkurangan
- Kemampuannya untuk redha dengan rezeki yang sedikit
- Menjadikan hatinya bercahaya
Ulama mengatakan bahawa cahaya hati lahir dari empat (4) perkara:
1-
Menahan
kelaparan
2-
Bergaul
dengan orang-orang yang soleh
3-
Mengingati
dosa-dosa yang pernah dilakukan(dengan penuh risau)
4-
Memendekkan
angan-angan
Dan, sesiapa yang menaruh angan-angan yang panjang Allah akan
datangkan empat (4) perkara kepadanya :
1-
Kemalasan
dalam ibadat
2-
Kebimbangan
untuk dunia menjadi bertambah-tambah
3-
Sentiasa
terperangkap dalam pemikiran untuk mengumpul dan menambah harta
4-
Hati
menjadi keras
Ulama menulis bahawa kekerasan hati si sebabkan oleh empat (4)
perkara :
1-
Makan
sehingga kenyang
2-
Pergaulan
buruk
3-
Tidak
mengingati dosa yang telah dilakukan
4-
Memanjangkan
angan-angan.
Wallahu A’lam.
Sekian..= )
salam ukhuwah dan selamat hari guru..
ReplyDelete