assalamualaikum..
dua tiga hari ini gigi belah kanan rasa tak sedap, kepala
mula rasa pening-pening. kelmarin pergi ke klinik UiTM jumpa doctor untuk
dapatkan pemeriksaan takut pula ada benda lain yang jadi. bila doctor periksa
rupa-rupanya gigi bongsu saya baru nak tumbuh pada bahagian bawah.
Allah..setahun lepas
baru sahaja cabut gigi bongsu bahagian atas tahun ini pula tumbuh lagi satu.
tapi kali ini doctor sarankan saya supaya simpan je gigi yang baru nak tumbuh
ini sebab tak ada apa-apa kesan pun Cuma kena tahan sikitlah sakitnya
ha,tak
tahu apa gigi bongsu? Gigi bongsu ini ialah gigi geraham kita yangterakhir akan
tumbuh Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya
keluar antara umur 18-25 tahun.
kalau gigi bongsu nak tumbuh selalunya kita akan sakit
kepala yang sangat,gigi rasa sangat tak selesa dan sakit sampai tak boleh nak
guna bahagian gigi yang sakit pun dan yang paling teruk boleh buat kita demam
dan tak boleh nak bergerak dek kerana gigi kita sakit.
Masa gigi bongsu saya yang pertama tumbuh, saya demam dan
tak boleh bergerak waktu itu nak kena menghadap ‘test’ UiTM memang tak bole nak
baca buku langsung rasa berdenyut je gigi dan kepala. Akhirnya lepas cabut gigi
bongsu yang nak tumbuh barulah kurang sakitnya dan balik dari klinik terus
terlelap.
Bila fikirkan balik setiap semester saya akan kena sakit, Alhamdulillah
kali ini saya kena waktu tidak kritikal jadi tak terganggulah aktiviti harian
saya. Moga dengan kesakitan yang saya hadapi buat masa ini jadi tebusan untuk
Allah kurangkan sikit kesakitan saya sewaktu menghadapi sakaratul
maut,kehidupan selepas mati seperti kubur,mahsyar,titian sirot dan lain-lain.amiin..doakan
saya ya kawan-kawan.
Ada orang kata sakit gigi ini antara sakit yang paling
sakit untuk di tanggung jadi Antara cara nak kurangkan sakit gigi, ada orang
bagitahu saya supaya bubuh garam dalam air dan kumurkan air garam itu dalam
mulut terutamanya tempat yang sakit. In Shaa Allah kurang sikit sakit gigi tu.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment