Assalamualaikum..
Dalam subjek pengurusan saya ada belajar antara cara
sesebuah peniagaan itu hendak Berjaya, mereka perlulah berusaha untuk cari
sesuatu bahan yang hampir-hampir sama dengan bahan yang sedia ada supaya mereka
boleh gantikan bahan tersebut sekaligus dapat kurangkan kos pengeluaran. Bila
kos pengeluaran mereka dapat kurangkan maka mereka akan dapat menambah jualan
produk mereka dan dapat meningkatkan hasil dan akhirnya mereka dapat menikmati
untung dek penjualan produk mereka.
Sedikit ilmiah ye pembukaan kita pada kali ini.
Maklumlah peperiksaan akhir sudah semakin hampir jadi bila hendak pos entri pun
kenalah ada kaitan dengan apa saya belajar.apa kaitannya pembukaan entri dengan
kisah saya hendak cerita?
Semalam, secara tak sengaja saya terpijak mic surau
sekaligus membuatkan ‘mic clipper’ patah dan langsung tak boleh digunakan
melainkan hanya dengan membeli baru sahaja. Balik dari bilik saya terus saya
meminjam motor kawan untuk cari peganti ‘mic clipper’ yang patah sebab malam
nanti pasti payah untuk imam mengimamkan solat jika tak dapat nak pakai mic.
Kedai pertama saya pergi ialah kedai muzik sebab muzik
pasti akan guna mic tetapi mereka tak jual mic walaupun satu bila ditanya “mana
bole jumpa kedai yang jual benda ni?” tuan kedai beritahu benda itu(‘mic
clipper’) ada di jual di kedai-kedai
barangan elektrik.
.
Menyasar juga semalam saya mencari kedai elektrik bila
jumpa sudah kehabisan stok atau kita terpakasa beli satu set mic. Bila keadaan
begini tergerak hati nak singgah kedai buku dan alat tulis berdekatan walaupun
sedar yang kedai buku tersebut pasti tak menjual mic dan yang seangkatan dengan
nya, tetapi saya ikutkan juga gerak hati.
Sampai sahaja, saya terus masuk pusing-pusing mencari
apa yang patut kalau tak dapat beli peganti ‘mic clipper’ paling kurang dapat
juga tengok alatan menulis sebagai persiapan untuk periksa akhir pada minggu
depan. Sambil menyelam minum air.
= )
Alhamdulillah..saya dapat selesaikan masalah yang di
hadapi.
Walaupun tak dapat cari peganti ‘mic clipper’ yang
sebetulnya tetapi saya dapat cari peganti yang boleh juga di gunakan untuk
gantikan ‘mic clipper’ yang patah.
Lepas ni kalau patah saya ada lagi Sembilan(9)
‘clipper’ yang sedia berkhidmat.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment