Assalamualaikum..
Tahukah anda
antara cara nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam menyamapaikan amanat
dakwah adalah dengan melalui surat.keterangan LANJUT
Kelmarin saya
belajar-belajarlah berkirim surat dengan mak dan abah di skudai sebab apa yang
saya faham sesuatu yang nabi buat,amal dan tunjuk adalah satu sunnah. Setiap sunnah
pasti ada kejayaan.
Bila benda
tak pernah buat jadi nak mengarang surat pun Nampak kekok sediit tapi apa yang
saya selitkan dalam surat bertanya khabar, terangkan keadaan saya di sini dan
mohon restu dan doa dari mereka serta saya selitkan sekali jadual peperiksaan
yang bakal saya hadapi.
Pagi tadi
telefon mak di rumah surat sudah sampai dan seperti biasa tazkirah pagi akan
diberi secara percuma dan tak perlu di minta. Bila musim peperiksaan ini mak
selalu baca doa dan suruh saya amalkan selesai sahaja mak baca doa tersebut saya
terus kata “mak nanti bacakan doa tu bagi pihak zaki ye dalam doa mak lepas
solat nanti” dan pagi ini,se mini baru saya salin dan amati doa mak yang mak
selalu baca
1
doa nak Berjaya dalam peperiksaan
allahumma najjihna fil imtihan bisirqaulikal Qadim
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh
Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun
menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku
melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia".
Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga
(apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah
berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan
didapati oleh orang-orang yang zalim.
Baca yang
arab sampai imama sahaja.maknanya sampai yang saya “highlight”
2
doa
ketika mahu belajar(nak pahamkan sesuatu)
jadual yang
saya bagi pun mak dan abah sudah letak di tempat-tempat yang mudah Nampak. Mudah-mudahan
dengan doa mak dan abah zaki dapat jawab periksa dengan jayanya di sini.
Ini jadual
periksa saya..doakan ye?
Doa sudah
ada, bila nak belaja ni?huhu..okay jom belaja.
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment