Assalamualaikum..
Pagi
tadi ada kuliah pagi bagi mengisi masa cuti bagi warga johor. Dalam kuliah
tersebut ustaz tersebut berkongsi dengan kami tadabbur Al-Quran mengenai surah
Sajdah.
Beliau
kata dia mahu tadabbur sahaja kerana tadabbur ialah kita ambil ibrah atau
pengajaran.tetapi bila kita mahu menafsir ayat Al-Quran kita perlu ada beberapa
kemahiran dan yang paling asas sekali ialah menguasai bahasa arab di samping
beberapa ilmu lain.
Antara
perkongsian yang menarik dalam kuliah tersebut ialah mengenai ayat yang ke 12
“Wahai
Tuhan kami, kami telah MELIHAT dan MENDENGAR dengan sejelas-jelasnya (akan
segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"As-Sajdah 32:12
Beliau
kata dalam setiap ayat dalam Al-Quran ada pengajaran dan dalam ayat ini kita
lihat Allah telah dahulukan perkataan melihat baru di sudahi dengan mendengar
kerana inilah antara sifat orang-orang yang ingkar. Mereka tidak akan percaya
sesuatu perkara melainkan mereka lihat perkara itu.
Akan
tetapi kita orang yang beriman, tidak perlu semua itu(melihat) baru nak percaya
kerana orang yang beriman dia percaya kepada perkara-perkara yang ghaib.lalu
taat atas perintah dan larangan yang disampaikan Allah melalui Rasulullah
Sollahu ‘Alaihi Wassallam.
“Dan
kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah
perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami
dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan
segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” Al-Maaidah 5:7
Ha..inilah
sedikit sebanyak.ada masa jumpa lagi.
"lihatlah
orang yang lebih rendah daripada kamu(supaya amalan bersyukur menjadi
kebiasaanmu),dan janganlah melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada
kamu.jika tidak,mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah yang
telah di berikan kepada kamu..."
Sekian..=)