Monday, August 13, 2012

resipi daripada mak


Assalamualaikum..

Entri ini KHAS untuk kakak saya yang diperantauan. Raya nanti buatlah resipi yang mak bagi ni.

SAMBAL GORENG IKAN BILIS DAN TEMPE



Bahan A
1 paket tempe
1 cawan ikan bilis (digoreng)
1 sudu makan jus limau@cuka
½ cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

Bahan B
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara Membuat
1.                  Tempe dipotong kecil dan digoreng garing
2.                  Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan masukkan
                   jus limau atupun cuka
3.                  Masukkan garam dan gula
4.                  Apabila pecah minyak, masukkan ikan bilis dan tempe
5.                  Gaul rata dan angkat dari kuali
6.                  sedia dihidangkan





Sambal Goreng Tempe.




Persediaan= 20minit               masak = 25minit

Penyediaan bahan
4 keping tempe
minya untuk mengoreng
4 keping tauhu keras
45g suun
450g udang, dibuang kulit dan uratnya
1/2 camcateh garam
4 camcabesar minyak
1biji bawang besar, dihiris

Bahan giling
15 biji cili kering(direndam)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 ½ cm kunyit hidup
2 ½ x 1 ¼ cm belacan

2biji cili merah
2biji cili hijau                 di buang biji dan dihiris serong



 
1 camcateh penuh asam jawa 
¼ cawan air                                                         di bancuh dan di tapis

1biji kela[a parut (ambil 3 cawan santan)
150g kacang panjang (dipotong)
1 ½ camcateh garam


Masak
1.                  potong tempe setebal 2 ½ cm dan goring hingga garing, angkat dan toskan. Tauhu putih keras dibelah 4 dan goreng, angkat dan toskan.
2.                  basuh suun, toskan dan goreng, angkat dan toskan. Perasakan udang dengan garam dan perapkan
3.                  pijarkan minyak sebanyak 4camcabesar dalam kuali dan tumiskan bawang hingga perang. Masukkan bahan giling,cili hiris dan goreng hingga wangi dan pecah minyak
4.                  masukkan udang dan kacau selama 2 minit kemudian bubuh air asam dan santan. Didihkan perlahan-perlahan kemudian masukkan kacang panjang,tauhu goreng dan suun. Rendihkan hingga kacang masak. Perasakan dengan garam.
5.                  hidangkan dengan nasi putih

*tempe yang baru boleh di simpan dalam peti ais 2-3 hari tetapi akan bercendawan bila tidak baik.

p/s : ini resepi orang jawa.

sekian..= )

 

Friday, August 10, 2012

tak tau..tak tau..


Assalamualaikum..

Hari pertama masuk praktikal adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat saya ini kerana apabila sebelum saya dikenalkan kepada staff di pejabat mula-mula sekali saya diperkenalkan kepada ‘senior manager’ di pejabat.

Sesuatu yang tak diduga oleh saya dan mungkin juga oleh staf-staf lain ialah saya awal-awal lagi telah diberi “tazkirah pagi” oleh beliau. Tak lama adalah lebih kurang hampir sejam saya menadah telinga mendengar dan mengangguk apa yang dikatakan oleh beliau.
Usahlah saya cerita apa yang di berikan cukuplah biar saya simpan dalam hati ini akan tetapi antara perkataan beliau yang memberi kesan kepada saya ialah

1)                  perkataan “kot”
      memang banyak kali di ingatkan jangan guna perkataan “kot” kerana ianya menunjukkan kita tak yakin dengan apa yang kita cakap

2)                  ambil tahu
      walaupun perkara itu bukan dalam bidang kita, paling kurang kita perlu ambil tahu supaya tidak lah kita hanya dalam dunia kita sahaja bak kata pepatah ‘bagai kata di bawah tempurung’

3)                  belajar mengatakan “saya tidak tahu”
      tak payah nak belagak macam kita tahu segalanya, sedarlah yang diri kita ini tidak tahu perkara itu.


Inilah tiga (3) perkara yang agak memberi kesan pada saya. Kiranya adalah juga input yang saya dapat dari ”tazkirah pagi” itu. saya ada kisah bagaimana dengan berkata tidak tahu pun sebenarnya dapat beri menafaat juga.



Seorang lelaki menempuh perjalanan yang sangat melelahkan dari maghrib ke madinah. Dia membawa beberapa soalan yang hendak ditanyakan kepada Imam Malik Rah.a. soalan ini diberikan oleh penduduk kampungnya untuk mendapat jawapan langsung daripada Imam Malik Rah.a yang mahsyur itu.

Dengan menaiki seekor keldai, perjalanan ini mengambil masa berminggu-minggu bahkan mungkin juga mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Setibanya di sana, dia segera mendatangi majlis Imam Malik Rah.a. di hadapan semua hadirin, lelaki ini segera menyampaikan soalannya. 

Jawapan Imam Malik Rah.a sungguh tidak di sangka. saya tidak tahu, masalah ini belum terjadi di negeri kami”, guru-guru kami tidak pernah berbicara tentang masalah ini. Kamu kembali pada esok hari.

Pada keesokan harinya, lelaki itu kembali sambil memimpin keldai yang menjadi kenderaannya. Dia telah bersiap-siap untuk kembali ke negerinya. Dia berkata ” wahai Imam Malik Rah.a! bagaimana dengan soalan saya semalam?” Imam Malik Rah.a menjawab ” saya masih belum tahu jawapannya”

Orang itu berkata ” wahai Imam Malik Rah.a soalan ini telah diberikan oleh penduduk kotaku di Maghrib. Mereka berkata bahwa tiada orang yang lebih alim daripada tuan di muka bumi ini. Apakah yang harus saya katakan kepada meraka nanti?

Selagi Imam Malik Rah.a menjawab dengan bersahaja ” apabila kamu telah kembali kepada mereka, beritahu kepada mereka bahawa Imam Malik Rah.a tidak tahu”

(dipetik dari kitab karangan Al-Qadhi ’Iyadh [w.544h] yang bertajuk Tartibul-Madarik wa Taqribul-Masalik li Ma’rifat A’lami Ashabi Malik)
 

lebih BAIK dari semalam




kita dapat lihat dari kisah Imam Malik Rah.a sangat berhati-hati dalam dalam menjawab persoalan tentang agama yang telah di ajukan kepada beliau. Jika tidak tahu jawapan bagi sesuatu persoalan, beliau tidak memaksa untuk menjawabnya dan tanpa malu-malu beliau mengucapkan SAYA TIDAK TAHU.

 Berbeza dengan zaman sekarang ini ( moga kita di jauhkan darinya) walaupun kita tak tahu tentang perkara tersebut malah tidak pakar pun dalam bidang tersebut seboleh mungkin ingin menjawab seolah-olah macam dia tahu benda itu.

Imam Malik Rah.a pernah berkata ”jika seseorang mengabaikan (kalimat) SAYA TIDAK TAHU, maka ia telah jatuh ke dalam kebinasaan”.

Ucapan ”SAYA TIDAK TAHU” teryata bukanlah satu kehinaan di mata ulama-ulama islam malah ianya adalah satu kebangaan. 



Sekian..= )


Wednesday, August 8, 2012

nafsu dalam diri


Assalamualaikum..

“Jangan ikutkan hati, ikutkan hati nanti mati
jangan ikutkan nafsu, ikutkan nafsu nanti lesu”

inilah antara kata-kata nasihat orang tua-tua kita?(yeje)

em,tak tahu nak cerita apa sebenarnya tapi dari tadi rasa nak menaip sahaja walaupun tak ada idea.  Dalam Al-Quran terdapat banyak kisah yang telah Allah rakamkan untuk pedoman kita manusia yang sentiasa alpa.

Antara cerita yang paling saya minat ialah mengenai surah yusuf. Ia adalah satu-satunya surah yang khas menceritakan mengenai kisah hidup Nabi Yusuf ’Alaihis Salam dari baginda kecil sehingga meningkat dewasa serta bagaimana cara Allah mentarbiah Nabi Yusuf.

 Pada permulaan surah lagi Allah telah menyatakan bahawa ianya adalah sebaik-baik cerita.


”Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.”

selain itu, Allah juga ada menceritakan bahawa nafsu ini sifatnya yang sentiasa mengajak kepada keburukan,kejahatan dan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Hanya mereka yang berada di bawah pemeliharaan Allah sahaja yang mampu mendidik dan mengawal pemeliharaan Allah.



”Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Allah..saya sendiri jujurnya masih sentiasa kalah dan tewas dengan godaan hawa nafsu. Jadi, saya harap sangat dengan berkat bulan Ramdhan ini saya diberi kekuatan untuk melawan dan menundukkan nafsu ini.



”Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.” (Riwayat Bukhari)

Ya Allah diriku ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan, janganlah disebakan kekurangan dan kelemahanku ini menjadi Asbab(punca) timbulnya fitnah dalam AgamaMu.

Ya Allah, pandanglah aku dengan pandagan RahmatMu kau letakkanlah aku ini dalam pemeliharaanMu kerana aku yakin dan pasti tiada sesiapa yang dapat memeliharaku melainkan Dikau ya Allah.

kisah mengenai suruh yusuf.KLIK 

 
Sekian..= )


Tuesday, August 7, 2012

jika dan jika


Assalamualaikum..

Benda ini saya ambil dari entri lama kawan saya harap-harap dia tak perasan dan kalau dia perasaan pun jangan marahlah ya nanti cepat tua.



Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintakku padaMu.
Ya MUHAIMIN,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya RABBANA,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tak berpaling hatiku daripadaMu.
Ya RABBUL IZZATI,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Align Center

Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU
janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia 
kepadaMU

Ya ALLAH,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.




hurm..jiwangkan?sikit-sikit boleh kan?hehehe..

sekian..= )

Wednesday, August 1, 2012

setelah sekian lama


Assalamualaikum..

Hari ini bermula sesi praktikal saya selama enam (6) bulan di JCIA Services Sdn Bhd. Pejabat saya dalam menara Ansar tingkat 12 tinggi jugalah bangunan itu sama sahaja macam Kampus Bandaraya Melaka (KBM).

Sebahagian kami pelajar perakaunan yang menjalani sessi praktikal ogos 2012 -januari 2013 memilih untuk mencari tempat praktikal di negeri kelahiran masing-masing kerana ingin duduk bersama keluarga,kalau yang dapat biasiswa JPA sebab hendak ‘claim’ kos perjalanan(untungkan?) dan macam-macam lagi.

Bagi saya praktikal di johor ini adalah kerana satu sebab sahaja iaitu saya ingin gamit kembali memori ketika saya kecil-kecil dahulu. Satu perkara yang saya ingin lakukan  kembali dan sekarang ini diberi peluang untuk berbuat demikian perkara tersebut ialah salam cium tangan mak dan abah setiap kali sebelum keluar rumah.

Saya agak hampir Sembilan (9) tahun saya tidak berpeluang  berbuat demikian maklumlah naik sahaja tingkatan satu (1) saya telah masuk sekolah asrama penuh di Kluang selepas itu saya terus melanjutkaan pelajaran di maahad johor sebelum memasuki alam university menyambung pelajaran dalam diploma di UiTM bandaraya johor(minggu orentasi sahaja) dan UiTM segamat seterusnya mengambil Ijazah di UiTM Kampus Bandaraya Melaka(KBM).

Dahulu ingat lagi pagi-pagi lagi saya akan bersiap sebelum abah hantar kami adik beradik ke sekolah dan sebelum keluar rumah kami akan salam cium tangan mak dahulu dan apabila abah sudah hantar kami ke sekolah baru salam cium tangan abah.

Alhamdulilillah, mulai pagi tadi hinggalah 6 bulan akan datang amalan ini akan saya terapkan dalam diri saya. Semoga dengan berkat saya cium tangan mak dan abah dapat membantu saya menghadapi hari-hari yang mendatang. Insya allah..



p/s : moga dapat istaqamah ye..

sekian..= )