Assalamualaikum..
Tinggal berapa hari sahaja lagi masa saya di rumah
minggu depan sudah naik kuliah.
Tengok tajuk pun sudah gempakkan?saya bukan nak tulis
apa itu istikharah atau cara nak buat sebab banyak laman web,blogspot,buku,majalah
dan kelas-kelas mengajar bab ini tetapi
sekadar untuk berkongsi cerita apa yang saya dapat bila saya dengan amalan
istikharah.
Ada satu riwayat mengatakan bahawa “tidak akan rugi
orang yang bermesyuarat dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah”(kalau
salah tolong betulkan ya)
Selepas SPM saya meneruskan pelajaran ke Maahad Johor
sementara menunggu keputusan SPM keluar. Bila keputusan sudah keluar saya
mendapat dua tawaran berdasarkan keputusan yang saya dapat satu dari permohonan
UPU, diploma perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) Segamat dan dari
permohonan matrikulasi di Kuala Nerang juga dalam bidang perakaunan.
Di pendek kan cerita saya memilih untuk mengambil
diploma perakaunan di UiTM Segamat. Ramai yang agak terkejut dengan keputusan
saya bila berbual soalan-soalan seperti ini akan timbul
“kenapa tak amik Matrik kan cepat skit”
“diploma lambatlah kau kena tunggu 3tahun baru bole
masuk ijazah”
“kau tak takut ke nanti macam-macam jadi bila kau lari
bidang?”
“eh,aku ingat kau pergi mesir!”
Dan macam-macam lagi persoalan. Tetapi bila naik
semester tiga diploma saya dapat tawaran untuk diserap masuk terus ke ijazah
dan tak perlu tiga tahun untuk lagi
seperti yang di takut-takut dan bila saya Graduasi nanti sama dengan
kawan-kawan yang ambil matrik dan STAM.
Malah,Sekarang ni Bila saya pergi ke mana-mana saya
pasti di orang akan tidak percaya yang saya adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan Universiti Teknologi Mara(UiTM) sebab saya masih lagi mampu
memahami penulisan dalam bahasa arab dan mampu mengajar bidang-bidang yang sama
pernah belajar di sekolah dahulu.
Selain itu, ingat lagi tidak tentang entri saya mengenai
mahu pilih tempat Praktikal. Saya memilih untuk masuk ke pejabat JCIA Services
Sdn. Bhd. Juga mengunakan istikharah. Nak tahu? Bila masuk ke sana saya bukan
sahaja dapat jaga solat Jemaah di masjid seperti mana yang saya harapkan malah
saya dapat banyak pengalaman kerana dapat di tukarkan kepada tiga
company/jabatan yang berbeza untuk belajar sesuatu.
Berbanding kawan dan sahabat yang ada yang di tukarkan
hanya kepada dua jabatan sahaja malah ada yang dari mula sampai habis praktikal
di jabatan yang sama sahaja. Bila di tukarkan kepada banyak tempat saya banyak
belajar benda yang berbeza dari kerja kerani,operasi,audit,computer dan sistem
dan banyak lagi sedikit sebanyak dapat bantu saya di mana bidang yang saya
sesuai untuk diri saya.
bawah ini adalah gambar terakhir saya di Johor Corporation dan JCIA Services Sdn. Bhd. tak sangka dua-dua ada buat farewell.terharu..
Di PJB |
supervisor di PJB |
Kak wawa & kak nurul (risk mgmnt) |
dapat hadiah |
meja sendiri di JCIA |
Staff lelaki yang ada |
staff-staff JCIA |
Itulah sedikit sebanyak saya pun bukan pandai sangat
hendak bercerita. Ini yang saya ingat dan rasa akan tetapi mungkin banyak lagi
perkara yang Allah sudah bagi yang saya tak perasaan dan terlepas pandang. Jika
anda Tanya pada saya adakah saya menyesal dengan keputusan melalui istikharah
pasti dan mesti jawapannya adalah TIDAK. Belajarlah buat istikharah untuk dalam
setiap urusan kita bukan untuk nikah kahwin sahaja,in Shaa Allah
perkara-perkara lain juga allah boleh selesaikan .
Sekian..= )