Wednesday, February 25, 2015

Pelangi Selepas Hujan




Percayalah, setelah hujan turun akan selalu ada pelangi. 


Tapi kalau hujannya malam, ada kemungkinan memang tak muncul-muncul pelangi tu. Kan? Err krik krik.. 

Nah, yang nak disampaikan di sini ialah akan ada kesenangan selepas kesusahan. Akan ada gembira selepas sedih. Ketahuilah, sedih itu takkan lama. Gembira itu juga takkan lama. Macamtu la hukum alam; semuanya bersifat sementara. Tiada yang kekal.

Macam hujan, hujan turun tak lama. Dan apabila munculnya pelangi selepas hujan itu juga tak lama. Semuanya sementara, bukan? :)


Akan ada berita gembira untuk kita, one fine day. Cuma tinggal lagi sejauh mana kita mampu bertahan dan bersabar. Dalam banyak-banyak amalan, semuanya boleh diketahui ganjaran pahala dan fadhilatnya. Bagaimana dengan amalan bersabar? 


Yeeeeeeee, bersabar hanya Allah yang tahu betapa besar ganjarannya. Boleh jadi, dapat hasil yang tak disangka-sangka setelah sekian lama bersabar. Haaaa, tu yang kita nak tu. Kekeke


"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat 
sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar."
(2:153)

"Patutkah mereka menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata:'kami beriman', 
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(29:2)

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan pada kalian, dengan sedikit ketakutan, 
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(2:155)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan
pahala mereka tanpa batas."
(39:10)

"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan (perbuatan) 
yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan."
(42:43)



...dan banyaaaaak lagi ayat-ayat pujukan Allah tentang sabar. (sila buat homework sendiri ye :P)


Bersabar dan bertahanlah sedikit lagi. Orang lain yang sekadar melihat, mendengar dan menghukum takkan faham apa yang kita telah, sedang dan bakal lalui. Kita faham perjuangan kita, maka teruslah berjuang. Because our journey is from Allah and to Allah. Chaiyok-chaiyok, fighting! :P


Akan ada berita gembira untuk kita, soon. Sod ba ro. We have each other, believe me. =)


credit gambar

Friday, February 20, 2015

think and act



Assalamualaikum..

Minggu depan zuhdi akan naik semester baru,orang tu pulak sudah nak masuk semester akhir. Saya ? akan memulakan perkhidmatan di tempat kerja yang baharu. Selepas beberapa episod suka duka saya membuat keputusan untuk bertukar tempat kerja dengan niat untuk keluar dari ‘comfort zone’ dan cabar diri saya untuk menerokai pekara baru.

Setelah menempuh alam belajar dan pekerjaan, dari jadi pelajar/pekerja biasa hinggalah jadi orang yang dipercayai oleh orang ramai. Banyak pekara yang saya tempuhi dan dapat ambil iktibar. Apa yang penting untuk kita Berjaya dalam sesuatu pekara bukan mudah dan tidak boleh tidak kita perlu menghadapi beribu macam dugaan dan cabaran.

Tetapi, apa yang dapat saya simpulkan dalam kita hendak Berjaya dalam apa jua bidang kesungguhan,kepandaian,kebolehan bukanlah sesuatu yang akan menambahkan ‘value’ kita. Bagi saya ada suatu factor yang membuatkan seseorang itu di”pandang” orang. Ianya ialah “ATTITUDE” atau nama melayunya adalah AKHLAK.

https://cherrypositive.files.wordpress.com/2013/09/attitude.jpg

Ya, bijak mana pun seseorang, baik paras rupa macam mana sekalipun dia tu, terkenal mana pun tetapi… jika kita tak mempunyai akhlak atau sikap yang baik pasti kita tak dapat memberi kebaikkan kepada orang lain. Kenapa? Hanya akhlak dan sikap yang baik sahaja dapat memberi kesan kepada seseorang. Tak percaya? Baik…saya bawakan satu kisah.

Pada zaman permulaan islam, ramai orang telah mengatakan risalah yang disampaikan oleh nabi Sallahhu ‘alaihi wasallam. Telah memecahbelahkan orang arab,menghina ajaran nenek moyang mereka dan telah mengelar nabi yang dulunya Al-Amin(yang dipercayai/amanah) kepada Al-Majnun(yang gila).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimWVOEsU0KfGXbkZoRNpaq2oa9SVCL2QdpkxX_qIHVQXIM0DV_zIZRwBBpkOeQ539xfb25JLjiP6VzmqR9Jo3FA7qOwq8jnyXqzyXHuDKSvnrn6q7dOYmRQNy9Brk9_6eg8aTjE2QzrEM9/s320/barang_stor.jpg

Dipendekkan cerita,berita sebegini telah tersebar ke seluruh mekah, Hinggalah membuatkan seorang wanita tua membuat keputusan untuk meninggalkan mekah dan tinggal diluar kawasan mekah. Dalam perjalan wanita tua ini untuk berpindah ke luar mekah beliau telah terserempak dengan seorang lelaki. Dengan sopan lelaki ini menyapa wanita tua ini. “wahai nenek,mahu kemana ni?” balas wanita tua itu “aku mahu lari selamatkan diri aku,di mekah ini telah heboh berita tentang ada seorang lelaki yang telah menyebarkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran nenek moyang kita”. Lelaki itu lantas berkata “ooo,banyak barang nenek ini mari saya tolong bawa sampai ke tempat yang hendak dituju”

Sepanjang perjalanan, wanita tua itu terus menerus mengutuk, menghambur kata-kata kasar dan mendakyahkan kepada lelaki ini supaya berhati-hati dengan ajaran yang disampaikan oleh lelaki yang didakwa sesat itu. Setelah tiba ditempat yang dituju wanita tua itu cukup berterima kasih “wahhh,terima kasih banyak ye nak..nasib kamu tolong makcik. Boleh makcik tau siapa nama anak?” “ooo..sayalah lelaki yang orang ramai cakap sesat dan gila tu”

Wanita tua itu terkaku seketika..”betul ke kamu ini orang yang dicakapkan itu?kalaulah kamu orangnya saya bersaksi dan ikut ajaran yang kamu bawa”.  Agak-agak siapa lelaki yang saya ceritakan ini? Ya..dialah kekasih dan junjungan kita nabi Muhammad Sollahu ‘alaihi wasallam.
Cuba bayangkan kita dalam situasi tadi? Sanggup ke kita untuk diam dan dengar orang berkata sesuatu yang buruk didepan kita? Orang cakap buruk sikit kita dan melenting terus  banned/blocked orang itu dalam diri kita.

Itulah akhlak..orang yang baik akhlaknya pasti disukai/disenangi orang.percayalah..

http://greenyatrablog.com/wp-content/uploads/2014/01/attitude-in-mathematic.jpg

So,apa kaitan zuhdi nak naik semester dengan enteri ini?haha

Sekian.. = )

Friday, February 13, 2015

Lagi Tutup Lagi Cantik

Perkara(tajuk) di atas adalah dirujuk. Ahaks!

Bila cakap pasal 'tutup', mesti semua pun dah faham. Yeah, it's about aurah, pride. Lagi tutup, laaagi cantik! Kenapa?

1. Sebab kalau tertutup maksudnya terjaga. (even bukan semua yang terjaga pun nowadays, blerghh)

2. Sebab kalau tertutup maksudnya orang tu jenis tak 'show off' dan orang yang tak 'show off' semestinya seorang yang cantik. Kalau tak cantik rupa pun, etlis cantik budi pekertinya. Ketahuilah, semua manusia pun Allah dah ciptakan cantik dan indah belaka. Cuma terpulang pada manusia itu untuk tampil yakin dengan penampilan masing-masing, Kalau yang dipakai terdedah dan tak tutup, maksudnya beliau tak yakin dengan kecantikan beliau. That's it!

3. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang berusaha buat yang terbaik dalam mentaati perintah Penciptanya. Menjadi solehah, cantik kotttt!

4. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang menjaga amanah dan menjadi yang terbaik untuk bakal suaminya di hari kelak. Cliche. Ahaks!

5. Sebab kalau tertutup maksudnya dia boleh jadi contoh Muslim untuk kawan-kawan yang lain. Boleh kata, beliau cuba menjadi ikon Islam di mata-mata orang lain yang belum mengenal Islam. Memperkenalkan Islam, tak semestinya dengan kata-kata, ceramah-ceramah, nasihat-nasihat berjela, akhlak yang baik pun dah cukup sebenarnya. Tunjuklah akhlak Islam sebab Islam itu semua yang indah-indah belaka.

6. Sebab kalau tertutup maksudnya dia sedang menjaga maruah. Menjadi mahal, mestilah cantik.

Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa yang menutup aurat itu cantik. Dan selain sebagai tuntutan agama, sebenarnya kita sebagai seorang Muslim tahu dan sedar betapa cantiknya dan betapa banyak manfaat jika menutup apa yang patut ditutup tu. Cumanya, untuk laksanakan perlu hati dan keazaman yang kuat.

Usahalah untuk buat, selagi mampu berusaha. Dan jangan lupa doa. Pray about it as much as you think about it. Nak mula memang susah. But you can do it! You can always do it! Fighting!


                           
                          Be a good person, but don't waste your time to prove it. Let's change for good!




Solat Tanda Hamba

Pada tahun 2011, statistik menunjukkan sebanyak 80% orang Islam di Malaysia tidak solat. 80% orang Islam, bukan 80% rakyat Malaysia tau. Apa reaksi pertama? Ye, sedih. Terlampau sedih. Tak susah pun nak cari orang yang tinggalkan solat ni. Sila-silap orang terdekat kita sendiri pun ada yang tak solat, tinggalkan solat dengan sengaja.

Tak kesahlah apa saja alasan untuk tak solat. Sama ada sengaja atau tak sengaja, kalau tinggal solat fardhu yang lima waktu tu, hukumnya tetap berdosa besar. Sobsob. Dengan sebegitu banyak dosa dalam kehidupan seharian kita (dosa tak tutup aurat, dosa mengumpat, dosa buruk sangka, dosa kecilkan hati orang, dan lain-lain), kita masih tak rasa berdosa untuk buat dosa besar (dosa tak solat) tu pulak?

Orang yang solat tak semestinya baik, dan orang tak solat tak semestinya jahat. Betullah tu, tapi letak tepi la semua tu. Kita hidup bukan untuk 'judge' orang itu sekian, sekian dan sekian. Nahnu duat wa la qadha', kata-kata seorang alim ulama.

Tapi tapi tapi....

Solat itu tetap wajib, jika kamu seorang Islam. Tak kiralah baik ke jahat ke kaya ke miskin ke cantik ke hodoh ke. Wajibul wajib! Kalau tak buat, berdosa besar.

Kita tak suka manusia hipokrit, tapi kita sendiri hipokrit. Macam mana tu? Bila susah, kita cari Allah. Kerana diri adalah seorang Islam dan ada keyakinan yang Allah Maha Pemberi, maka kita minta sekian, sekian dan sekian pada Allah. Pada waktu itu, solat tak tinggal, doa panjang, mengaji sokmo. Kenapa? Sebab berhajatkan sesusatu pada Allah. Naaaah bila Allah dah bagi, sejadah pun kita tak usik, al-Quran pun kita tak jeling. Kenapa mesti macamtu? Allah itu perlunya hanya waktu susah dan bila kita berkehendak sesuatu je ke? T______T

Solatlah, sebelum kamu disolatkan. Orang-orang sekeliling yang sayangkan kamu, risau melihat kamu tak solat. Solatlah, jangan tinggalkan dengan sengaja.

Buat daie, apa tandanya semua tu?






Itu tandanya 'kerja' kita masih banyaaaaaaaak.

 #Muhasabah