Saturday, July 20, 2013

ramadhan yang berlalu

Assalamualaikum..



Hidup ini umpama kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika cantik coraknya sedaplah mata memandang.


Sebenarnya saya hampir terlupa, satu peristiwa penting yang sangat berbekas di hati saya. Ianya adalah pemergian nyai(nenek perempuan) kami mak kepada abah yang meninggalkan dunia menghadap ilahi. Perginya di bulan ramadhan yang mulia ini sangat-sangat di cemburui.

Cara Mati

Imam ghazali ada berkata “ cara mati kita di tentukan oleh cara hidup kita”. Berapa banyak kita habis sesuatu perkara dengan cara itulah kita mungkin dipanggil menghadap ilahi. Seperti imam abu hanifah yangh minat membaca dan sentiasa dikelilingi dengan buku dan ilmu dia meninggal juga dalam keadaan bersama buku.

Pernah tidak kita terfikir bagaimana cara kita mati nanti? Adakah kita akan mati secara khusnul khatimah(pengakhiran yang baik) atau su’ul khatimah (pengakhiran yang buruk)..na’uzubillah min zalik.

Saya sering diberi perumpamaan yang baik mengenai saat akhir kematian ini. Kisah mengenai sebuah lori mengangkut barang(katakanlah lori tersebut ialah lori bawa kicap)



Jikalau sebuah lori membawa kicap berlanggar dan kemalangan. Apa yang akan keluar /tumpah dari lori tersebut pasti dan mesti yang keluar adalah kicap!. Begitulah perumpamaan hati kita dan juga diri kita. Jika kata-kata yang baik,zikir,tasbih dan tahmid yang selalu dituturkan maka in shaa Allah perkara yang sama juga akan keluar keluar ketika kita di saat sakaratul maut begitulah juga sebaliknya.

Siapa yang akhir kalamnya dari kata-kata la ila ha illa Allah(kalimah toyyibah) masuk syurga dia(hadith)




Ramadhan sudah masuk fasa ke dua(2)-KEAMPUNAN.

Marilah kita sama-sama berdoa dan berharap kepada Allah supaya DIA mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan samaada secara sengaja atau tidak,sedar atau pun tidak.

“Ya Allah kau berkatilah kami di bulan Ramadhan ini”

entri untuk nyai

p/s: cara mudah untuk kita tahu saat kita mati nanti ialah waktu kita terkejut/ jatuh tersadung. Apa yang keluar dari lidah kita???(muhasabah)




sekian..=)


Tuesday, July 9, 2013

pemberi ampun

Assalamualaikum..

Maaf ..

Ianya datang dari perkataan arab iaitu aaf. Bukti kita sudah memaafkan seseorang ialah kita lupakan segala kesalahan dan keburukan yang dia pernah buat pada kita dan bila kita tengok dia,kita ingat kebaikkan yang pernah di buat pada kita.

“ya, saya sudah maafkan dia tapi saya tetap tak boleh nak tengok muka dia, nak buat macam mana?”


  1.  Sentiasa berdoa. (sebenarnya saya yang jahat,dalam diri saya masih ada keburukan itu sebab bila tengok orang, Nampak keburukan)  
  2.    Balas keburukan dengan kabaikkan (seperti mana kisah layanan Nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam terhadap orang yahudi yang meminta hutang secara kasar dan biadap) 
  3.      Beri alasan atas perkara yang dia buat(mungkin dia ada masalah yang saya tak tahu(sangka baik)

Kawan-kawan saya minta ampun dan maaf jika ada perbuatan dan percakapan saya  buat anda terguris,terasa dan sebagainya. Rugilah bulan yang mulia dan berkat ini saya minta ke ampunan dan keredhoan dari Allah tapi untuk meminta ampun pada manusia saya abaikan.ooo..rugi,rugi. In Shaa Allah saya maafkan juga segala salah dan silap kalian.



p/s : sifat orang islam, dia sentiasa dengan sifat memaafkan.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi ampunan dan menyukai orang yang memohon ampunan, maka ampunilah aku.”

Sekian..= )


Monday, July 8, 2013

sedih itu lumrah





Assalamualaikum..

Musim peperiksaan…

Banyak yang kita belajar,banyak juga soalan-soalan yang keluar diluar jangkaan. Rasa tertekan dan sedih pasti ada bukan? Lumrah Perasaan manusia,ianya bersifat tidak tetap dan berubah kalau pagi kita boleh gembira suka..em, tak perlu tunggu petang selang 10 minit dapat telefon yang menyatakan rumah kita di rompak terus rasa tak tentu arah..terus hilang rasa gembira dan suka tadi.

Sedih itu satu perasaan malah nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam juga pernah dirundung perasaan sedih. Pernah dengar kisah mengenai tahun kesedihan? Tahun kesedihan adalah tahun di mana nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam kehilangan dua(2) orang kesayangan baginda. Di pendekkan cerita bagi merawat duka di hati nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi wassalam Allah telah hantar buraq untuk menjemput baginda untuk di bawa berjumpa dengan Allah sendiri supaya dapat menenangkan hati baginda yang masih sedih. Seperti mana ayat di bawah. 


http://www.surah.my/assets/s017/a001-1fd51eb059add4c1e312d8fbe10c80fb.png


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(isra' 17:1)

Kalau kita renungkan kembali apa yang telah Allah firmankan dalam ayat ini. Untuk menenangkan hati baginda yang sedih, Allah telah bawa baginda dari satu masjid ke satu masjid sebelum baginda di bawa naik ke langit lalu berjumpa dengan Allah.

Untuk insan yang maksum tiada dosa pun Allah bawa baginda ke masjid untuk tenangkan hati baginda. Jadi, bagi kita yang tak terlepas dari dosa dan noda sepatutnya ambil iktibar dan fikir kembali bila datang kepada kita rasa sedih,gusar malah gembira kepada siapa dahulu kita kongsi dan apa yang kita buat dengan apa yang kita hadapi itu?

Masjid/surau adalah rumah Allah tempat yang mulia malah di situ juga ada suasana para malaikat yang sentiasa taat akan perintah Allah. Mudah-mudahan bila kita pergi tempat yang betul,pada masa yang betul dengan membuat perkara yang betul dapat mendidik jiwa kita agar terus berharap dan meminta pada yang ESA.



p/s : malam ini akan di umumkan waktu kita mula berpuasa. Ya Allah, sampaikanlah aku kepada bulan ramadhan.



Sekian..= )


Wednesday, July 3, 2013

waj'alna minhum..



Assalamualaikum..

Semalam antara maghrib isya’ saya duduk berborak dengan salah seorang geng surau. Dalam seronok berbual tiba-tiba beliau bertanya.

“zaki, masa kau jadi imam kau ada baca doa waj’al-waj’al. apa maksud doa tu?””ha,ada ke aku baca doa macam tu?”pelik soalan yang di ajukan. “alar.. doa yang kau selalu ulang sampai tiga(3) kali tu la”susah payah beliau cuba menerangkan “ooo..ha,doa tu.ok kenapa dengan doa tu?saya mula terbayang doa yang di baca ketika usai solat Jemaah. “yela,apa maksud dia kenapa kau ulang sampai tiga(3) kali?





Dalam banyak-banyak doa hanya satu doa sahaja yang saya akan ulang tiga kali walau macam mana sekalipun. Maksud doa tersebut ialah

“ya Allah, Berilah(kekalkanlah) hidayah kepada kami, dan kau berilah juga hidayah kepada hamba-hambaMu yang lain(seperti mana kau beri kepada kami)

Dan, jadikanlah kami ini sebagai asbab/punca orang lain mendapat mendapat hidayah”


Saya menyambung bicara "aku baca doa ini kerana hidayah itu perlu di cari ianya tak seperti jodoh,rezki,ajal maut dan lain-lain hal yang telah lama di tetapkan sebelum kita semua ada lagi.

Lagi satu, surau ni kan tempat rahmat Allah turun jadi manalah tahu bila orang tengok kita datang masjid/surau solat Jemaah (mudah-mudahan) dia juga timbul keinginan nak datang solat sama..siapa tahukan,hidayah di tangan Allah".


p/s : ni pun antara yang selalu saya sebut dan ingatkan sebelum solat. 


betulkan saf,rapatkan saf =)

yang mana bawa nset.sila 'silent'kan buat sementara =D



Sekian..= )

siapa yang mencarut sekarang ni?



Assalamualaikum..

“zaki,kau ni aku tengok asyik mencarut je!”tegur seorang kawan saya  “ ha??bile masa wey aku mencarut ni?” balas saya sebagai tanda protes akan tuduhan tersebut “ yela, kau ni bila cakap sikit-sikit cakap ‘anu’,sikit-sikit anu. Tu anu, ni anu..anu tu kan …” (ceh ni ke yang dia maksudkan?) “haha, itu loghat bahasa orang johor la bengong..ops..ha tu bole la kau cakap mencarut” kami tergelak bersama.

                        …………………………………………………………………………….
Setiap negeri malah Negara pasti ada slang, dialek dan loghat bahasa yang tersendiri. Hatta, ‘kay ell’ pun ada cara percakapan mereka sendiri.

kedai ini terlrtak di sebuah pasar-raya terkenal di selatan tanah air(cuba teka di mana)


Hari ini, sebagai anak johor sejati, saya akan kongsikan salah satu kosa kata yang biasa di gunakan oleh orang johor.(bukan takat gebor,gobok dan lain-lain yang biasa dengar ye)

ANU

Ia bukan bermaksud benda ‘tu’! sekali lagi ya,BUKAN. Anu bagi kami adalah satu kata kerja yang bermaksud BUAT.

Contoh :

“azhar, sinilah tolong aku buat benda ni”(perbualan biasa)

“azhar, sinilah tolong aku ANU benda ni”(bahasa orang johor)

Okay, sampai sini sahaja.

Sekian..= )