Assalsamualaikum..
Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita..
Lelaki ini kuat macam mana sekali pun dia pasti akan lemah dan tak
bersemangat,akan tetapi dia tidak akan bercerita kesusahan yang dia alami pada
orang ramai.dia hanya berkongsi masalah dengan orang yang dia rapat dan
percaya.
Siapa lagi kalau bukan isteri,rakan-rakan dan keluarga.kata-kata
motivasi dan dorangan seorang wanita ini boleh mempengaruhi juga memberi
kekuatan yang luar biasa.
Teringat kisah Rasulullah Solallahhu ‘Alaihi Wassalam ketika Jemaah Hajinya telah di halang oleh
penduduk mekah dan umat islam yang hendak menunaikan haji ketika itu terpaksa
membatalkan niat mereka untuk menunaikan haji dan dalam masa yang sama perlu
membayar dam dan memotong rambut mereka.
Tapi sebaliknya berlaku, para sahabat tidak sedia untuk menunaikan
perintah kerana mereka sangat-sangat tertekan dan tidak dapat terima keputusan
yang di buat. Lalu Rasulullah Solallahhu ‘Alaihi Wassalam pun
mengadu pada isteri baginda yang turut serta pada ketika itu.(ummu salamah jika
tidak silap)
Cadangan yang di berikan oleh isteri baginda cukup mudah “apa kata Tuan
mulakan dahulu bertahalul” dari cadangan inilah baginda telah keluar dan
memotong rambut baginda di luar khemah sambil di lihat oleh sahabat.
Melihat perbuatan Rasulullah Solallahhu ‘Alaihi Wassalam para sahabat terus mengambil pedang mereka dan
mencukur rambut mereka hingga ada yang terluka.
Wahai wanita..bantulah suami,abang,adik lelaki dan anak-anak lelaki
kamu. Bantulah mereka untuk membantu kamu.doronglah mereka dengan kata-kata
semangatmu dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Kuasamu bukan pada kekuatan mu itu tapi dek ketabahan mu melayan si
dia.
Jangan ambil hati.tapi..ambillah manfaat..
Sekian..= )