Thursday, May 31, 2012

aku pun nak jugak


Assalamualaikum..

Semua orang mempunyai kelebihan yang allah telah berikan dan dengan kelebihan itulah sesorang itu di bezakan. Saya Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur atas segala nikmat dan rezki yang Allah telah berikan kepada saya setakat ini dengan adanya keluarga,kawan-kawan keadaan sekeliling yang membantu saya untuk terus menghadapi mehnah dunia yang penuh mencabar ini.

Dalam nikmat yang di beri ini saya masih lagi cemburu pada beberapa perkara yang ada pada orang lain yang mana kadang-kadang saya tak ada. Bila tengok mereka-mereka ini hati saya selalu berkata ‘bestnya kalau aku ada apa yang dia ada’

Pertamanya,saya sangat cemburu pada mereka yang di kurniakan suara yang merdu. Allah..cemburunya bila mereka gunakan suara merdu mereka ini bila jadi imam atau laungkan azan bila masuk waktu solat. 


Kedua ,saya cemburu pada mereka yang boleh angkat tangan dan berdoa lama-lama.saya pernah lihat satu orang itu dia boleh berdoa lebih dari 10minit!Allah..hebat sungguh. Doa adalah senjata mukmin,ia adalah satu hadiah yang Allah telah bagi pada hamba-hambaNya yang beriman. Setiap apa yang kita  minta insya Allah Allah pasti akan Qabulkan sama ada lambat atau cepat itu lain cerita. Saya pernah cuba untuk angkat tangan dan berdoa selama mana yang saya mampu tapi akhirnya saya hanya baca doa yang biasa saya baca sahaja. 




Dan yang terakhir, saya ter amat cemburu kepada mereka yang boleh menangis bila berdoa terkenangkan dosa-dosa silam , di beri nasihat yang membina,tatakala di beri ujian yang berat dan sebagainya. Ini lagi lah payah saya nak dapat di tambah pula saya seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi.





Saya pernah dengar orang bagi tazkirah ‘bila kita berdoalah tu,kalau boleh menangislah,kalau tak boleh nangis buat-buatlah menangis’. Saya ? buat-buat nangis pun agak sukar bagi saya.hehe..teruk kan? Hurm..

Sekian..= )

Saturday, May 19, 2012

siakap senohong gelama ikan duri



Assalamualaikum..



Saya jenis orang yang tidak kesah dan ambil mudah dalam sesuatu perkara yang terjadi di sekeliling sehingga kawan-kawan memanggil saya heartless. Tapi dalam heartless saya ini juga saya ada juga perkara yang orang kata menjadi pantang nenek moyanglah. Biasa kalau orang-orang yang kita jumpa mereka tak kesah pon apa yang kita buat tapi janganlah kita langgar pantang nenek moyang macam dalam cerita kasim selamat mak mertua ada cakap “pantang nenek aku anak aku kawin dengan ahli muzik”(kalau silap betulkan ya)

sekali terjumpa skrip mak dara dalam ibu mertuaku

Pantang nenek moyang inilah perlu diambil perhatian,em bukan maksudnya kita perlu agungkan pantang ini bagi yang tak masuk akal perlulah kita tolak tepi atau tolak ansur akan tetapi bagi perkara yang membawa kebaikan bersama saya rasa perlu kita hormati dan raikan.


Untuk saya pula, saya tak kesah orang nak buat apa kepada saya tapi yang penting janganlah orang itu tipu saya ,bohong dan mana-mana perkataan yang membawa makna seerti dengannya dan yang membuat saya lagi melenting apabila perkara ini berlaku secara terang-terangan.

Kalau yang menipu saya itu adalah penjual tiket bas maka saya tidak akan membeli lagi tiket dari syarikat tersebut. Mungkin cara saya ini sangat ekstrem tapi memang salah satu cara yang menunjukkan saya tidak suka akan apa yang dia lakukan kepada saya, itulah kali terakhir saya berurusan jual beli dengan beliau.

sedih je muka

Mungkin saya percaya dengan pepatah melayu yang berbunyi “siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama jadi pencuri” untuk mengelakkan orang itu terbiasa berbuat bohong baik saya elakkan dari berurusan orang tersebut supaya dia tidak bertukar menjadi pencuri pula.

Dalam satu riwayat hadith juga ada menyebut “tanda-tanda munafik itu ada tiga(3) : bila bercakap dia berbohong, bila berjanji dia mungkiri dan bila diberi amanah dia khianati” 



Oleh itu, saya juga berharap sangat yang saya dapat hindari diri saya dari perkara-perkara di atas supaya saya dapat menjaga hati saya dan juga orang lain. Kerana saya tak nak orang lain rasa macam mana saya rasa. Saya tidaklah sempurna malah saya juga banyak kekurang diri yang perlu diperbaiki dari hari ke hari, malah saya tujukan entri ini khas untuk diri saya kerana sayalah yang perlu buat apa yang saya tulis/cakap.insya-Allah..

Sekian..= )


jam loceng ajaib


Assalamualaikum..

Kadang di alam belajar ni,benda yang paling susah untuk di buat oleh pelajar-pelajar ialah bangun awal pagi@subuh, mana tidaknya kadang-kadang pukul 4 lebih baru nak tidur padahal subuh pukul 5 lebih satu jam je lagi tinggal. Kalaul ikut logic memang badan kita bila sudah terlalu penat memang agak susah untuk kita bangun di awal pagi letaklah jam loceng yang kuat pun belum tentu kita boleh bangun



Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ini? Perkara yang paling mudah ialah kita tidur awal, bila tidur awal maka bangun pun mestilah awal juga(melainkan orang itu ada sifat baby, tidur 12jam). Maka kita akan dapat bangun awal pagi dengan mudah tapi bagi pelajar untuk tidur awal mungkin juga perkara yang agak mustahil pukul 12 kira masih awal untuk tidur sebab banyak kerja-kerja yang pensyarah bagi untuk di hantar. Paling awal tidur pon mungkin pukul 1 lebih. 

Jadi, saya punyai satu amalan yang kta boleh gunakan untuk memastikan kita dapat bangun pada jam/ waktu yang kita inginkan. Ustaz saya menamakan amalan ini sebagai jam loceng ajaib. Amalan itu ialah membaca basmalah 21 kali. Bacaan ini kita baca sebelum kita tidur, kita baca basmalah sehingga 21 kali habis sahaja kita terus niat dalam hati bila kita nak bangun. Insya Allah,pada masa yang kita niatkan itu Allah akan pastikan kita terjaga. Tengoklah macam mana nnti Allah kejutkan kita dengan perantaraan makhluk-makhlukNya untuk bantu kita terjaga dari tidur.



Peringatan bila nak beramal,kita mesti yakin dengan apa yang kita buat sebab dalam satu riwayat ada mengatakan yang Allah berada dalam setiap sangkaan kita hamba-hambaNYA. Bila kita ragu-ragu dan tak yakin dengan apa yang kita buat maka Allah pun tak yakinlah nak bagi apa yang kita hajatkan. Selain itu, bila sudah terjaga maka bangunlah jangan kita layan perasaan mengantuk tu kalau kita tidur balik maka tak berkesanlah apa yang kita buat sebelum tidur tadi.

p/s : Tambahan dari amalan tadi,kita bacalah 4 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi selepas kita baca basmalah 21 kali.



Sekian..Selamat beramal..= )

Wednesday, May 9, 2012

huish..lambatnya..

assalamualaikum..

hari ini saya masuk kelas lambat..suka-suka hati je nak masuk kelas lambat. bukan ape,saya kena tolong printkan slide untuk subjek kelas dan akhirnya saya masuk kelas setengah jam lambat tapi nasib baiklah pensyarah tak marah. pensyarah kami ni memang tak akan bagi masuk kalau lambat 10minit dia akan kunci pintu dan kami tidak dibenarkan masuk dan yang paling menarik sekali ibu bapa kami akan di hubungi untuk di maklumkan bahawa kami tidak datang kelas beliau.


jadi bila tengah menunggu slide siap di 'print' saya sambil-sambil lah tengok youtube dan menonton video pendek ini :




haha..tergelak bila tengok video ini.sebab kadang-kadang saya juga macam tu.huhu..kesian kat orang sekeliling. Banyak benda yang perlu saya belajar dari hari ke hari walaumacam mana sekalipun saya akan usaha untuk ubah perangai-perangai saya yang kurang elok. 

Manusia memang tak pernah lari dari masalah,semua orang ada masalah tetapi yang membezakan seorang itu bagus atau tidak adalah bagaimana cara dia selesaikan masalah. Ada orang bila dating satu masalah dia diam je,ada yang lain tu pula dia beritahu kawan-kawan yang lain untuk bantu dan macam-macam lagi.


Jadi, apa sahaja masalah yang datang kita tak perlu cepat melatah.duduk sejenak dan berfikir adakah masalah itu Allah datangkan saje-saje?oh…percayalah,Allah tidak ZALIM..DIA tidak akan timpakan Sesuatu itu melainkan kita mampu untuk selesaikan.Dia sebenarnya sayangkan kita dan mahu kita sentiasa ingat dan kembali dekat padaNya..

Peringatan untuk diri ini,Allah yang ‘datangkan’ masalah maka Allah jualah yang mampu bantu kita untuk hilangkan masalah yang kita hadapi itu. Ingat! kita perlu bersangka baik atas tiap sesuatu yang datang menimpa kita walau macam mana sekali pun cuba terima segala ketentuan dengan reda. Insya Allah, pasti akan ada hikmah yang akan muncul selepas itu.



 
p/s : ketenangan kemenangan pertama

 
sekian..= )



Tuesday, May 8, 2012

serba tak kena


Assalamualaikum..


Dua tiga hari ini saya diri saya jadi tak berapa betul, bukan lah tak betul jadi macam orang yang kurang siuman tu. Cuma ada beberapa perkara yang saya buat jadi serba tak kena dan ntah apa-apa je. Paling teruk bila dalam solat saya boleh lupa surah yang perlu di baca walaupun surah tersebut adalah surah yang biasa saya baca ketika mengimami solat fardhu. Bila perkara seperti berlaku salah seorang kawan saya menegur saya, “kau ni kenapa? Lain je 2-3 arini..” soalan yang saya tak mampu nak jawap. Apa dapat katakan mungkin emosi saya sedikit sedikit terganggu dan lemahnya saya untuk mengawal emosi diri.

Oleh kerana itu, kawan saya telah “merehatkan” saya untuk seminggu ini dari menjadi imam untuk solat Jemaah kerana nak bagi ruang supaya saya dapat kembali stabil dan normal seperti biasa. Hurm.. pagi tadi seluruh fakulti perakaunan di arahkan untuk pergi ke kampus alor gajah(kampus utama di Melaka) bagi menghadiri satu program yang bertajuk ‘Survival Mahasiswa UiTM’. Sebelum bertolak dari kolej kediaman bermacam-macam tanggapan yang muncul di fikiran saya, “apalah agaknya pengisian program kali ini”.

Alhamdulillah.. input yang saya dapat dari program yang saya hadir tadi sangat banyak terutamanya bagi kami seorang pelajar yang hanya mengejar kejayaan akademik ini. Program ini menekankan kepada pelajar bahawa kita perlu mengimbangi intellectual, emotional dan spiritual. Biar hebat macam mana pun seorang itu dalam akademik jika dia gagal untuk mengawal emosi dan spiritual yang ada dalam diri ini maka dia tidak akan kemana-mana. Hebat Dalam akademiknya itu tidak mampu mendekatkan dirinya kepada Allah.

Program ini bagi saya kembali menyedarkan mahasiswa betapa pentingnya kita membina hubungan dengan Allah, mentaati ibu bapa, mempertahankan Negara, menjaga hati orang sekeliling kita dan timbul rasa sayang kepada diri kita yang selama ini telah menzalimi diri kita sendiri. Zalim kepada diri sendiri kerana hanya mengejarkan dan menekan intelektual sahaja tanpa mengambil kira emosi dan spiritual.

Akhir sekali, saya rasa bersyukur sangat kerana Allah kurniakan kepada saya orang-orang yang sekeliling yang sangat terhadap saya secara langsung ataupun tidak. Minta maaf jika kelakuan dan perangai saya ini buat anda semua terkecil dan terguris hati. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian..= )


Saya biasanya akan dengar lagu ini kalau bila terasa macam buat salah dengan sahabat-sahabat saya. Supaya dapat muhasabah diri balik betapa lemahnya saya ini tak mampu nak penuhi kehendak sahabat-sahabat saya.


Sekian..= )


Friday, May 4, 2012

bila tiga orang sahabat masuk gua..


Assalamualaikum..

Huh, naik dari cuti seminggu ni terus sibuk tak sempat nak post entri yang telah saya janjikan sebelum ini. Baiklah entri kali ini saya nak kongsi sebuah hadith yang agak panjang tetapi mempunyai mesej yang perlu kita jadikan iktibar dan dorongan untuk kita beramal.

Dari Abdullah bin Umar R.Hu telah berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam telah bersabda : dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam ) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka, pada waktu itu, satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutup pintu gua itu. (Melihatnya, mereka telah berkata: ) kita hanya akazn terselamat kelauar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah Ta’ala dengan perantaraan soleh masing-masing.( Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masaing-masing). Seorang telah berkata di dalam doanya : Ya Allah ! engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapkaku telah tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka.

Pada suatu hari, aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang, maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu,)aku telah memerah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya didalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka untuk mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu  itu kepda ahli keluarga ku dan hamba-hambaku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehinggalah pagi. Dan mereka pun bangun (lalu aku telah memberi mereka susu itu). Pada waktu itu barulah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah ! jia aku melakukan perkara ini untuk keredhoan mu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu in. kerana doa  ini batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.

 Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam telah bersabda lagi; orang kedua telah berdoa : aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sanyangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahawatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu musim kemarau yang telah mendesakannya untuk datang (kepada ku). Aku telah memberinya seratus dua puluh dinar, dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia bersetuju sehinggalah aku berkuada penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sengaja aku melepaskan nafsu syahawatku) maka dia telah berkata : aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarkannya) aku telah berhenti dari niat jahatku itu dan aku telah menjauhkan diriku darinya, walaupun aku sangat-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan seratus dua puluh dinar yang telah aku beri kepadanya. Ya Allah ! jika aku mengerjakan ini untuk keredhoanmu, maka selamatkanlah kami dari musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.

Orang ketiga telah berdoa : Ya Allah! Aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu, sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata : wahai hamba Allah ! berilah kepadaku. Aku telah berkata : Unta-unta, Lembu-lembu, Kambing-kambing dan Hamba-hamba yang kamu Nampak ini, semuanya adalah upah kamu. Yakni wang upahmu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata : wahai hamba Allah ! jangalah bergurau, Aku berkata : “ aku tidak bergurau, (aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”) Maka, (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikit pun tidak di tinggalkannya. Ya Allah ! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhoMu, maka jauhkanlah kami dari musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua itu terus terbuka) dan semuanya telah keluar. (HR Bukhari no. 2272)

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari hadith di atas, kita boleh bertawasul dengan mengunakan Amal  yang kita buat selain itu kita juga boleh bertawasul menggunakan syafaat/berkat dari seseorang bagaimana Nabi Adam ‘Alaihissalam mengunakan berkat Nama Rasulullah Solallahu ‘Alaihi Wassalam untuk memohon taubat.





sekian..= )