Assalamualaikum..
Uhuk,uhuk..da tiga hari saya asyik
terbatuk dan makin lama makin teruk pula. Minggu ini UiTM baru nak start ‘final
exam’ seiring dengan itu tiga penyakit berangkai batuk, selsema dan demam mula
berjangkit dalam kalangan kami pelajar UiTM. Bila di dewan peksa tadi ramailah
yang terbatuk,kesat hingus dan macam berlawan pula siapa yang paling
kuat.huhu..
Sebenarnya sudah lama nak menulis tapi
bila nak menulis je ada sahaja halangan. Kali ini saya nak kongsi apa yang saya
cuba usahakan perkara ini ada dalam diri saya sendiri. Saya sentiasa berharap
satu hari nanti saya dapat terapkan sifat yang ada dalam makhluk Allah yang
bernama MATAHARI & LAUT.
Tiga(3) sifat yang ada dalam matahari
ialah ISTIQAMAH,TAAT &
TIDAK PUTUS ASA. Bila kita lihat sifat matahari ini sangat tidak
berputus asa dalam menyampaikan cahayanya kepada bumi, kita kalau tak suka
dengan cahaya matahari kita akan tutup rumah kita dengan kain langsir tapi
dalam kita tutup rumah kita dengan kain langsir sang matahari tetap
bersungguh-sungguh menyampaikan walaupun di haling dengan kain langsir sang
matahari akan cari pula jalan lain untuk ‘menyampaikan’ cahayanya.
Tambahan itu, sang matahari istiqamah dan
taat dengan kerja yang telah diberikan kepadannya tanpa rasa malas dan keras kepala.
Cuba kita bayangkan sang matahari tidak istiqamah dengan kerja yang diberikan
kepadanya, dia nak keluar lambat sikit dari waktu yang telah di tetapkan maka
pasti ianya paling tidak memberi kesan kepada hidupan-hidupan di bumi.
Manakala, sifat yang ada dalam laut
ialah setiap perkara buruk
yang dilemparkan kepadanya dia tetap akan membalas dengan perkara yang baik.
Kita selalu di beritakan dalam akhbar dan television betapa sekarang ini
teruknya keadaan laut kerana pembuangan sisa toksik,sampah-sarap,minyak dan
sebagainya yang memberikan kesan kepada laut, tapi apa yang laut buat? Laut terus
bagi kita makanan seperti ikan,sotong,udang dan macam-macam makanan yang kita
boleh dapat dari laut tanpa berkurangpun.
Inilah sedikit sebanyak sifat yang
saya nak usahakan supaya ada dalam diri saya. Dan contoh yang terbaik kita
dapat lihat ialah bagaimana Nabi Muhammad Solallahu ‘alaihi wassalam ketika
menyampaikan dakwah di taif.
p/s : tibe2 je nak letak video ini..
Sekian.. = )