Friday, April 26, 2013

pendekkan angan-angan panjangkan amal

Assalamualaikum..
Suatu ketika Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam telah melukis satu rajah berempat segi sebagai tamsil. Di tengah-tengah rajah tersebut baginda melukis satu lagi garis yang panjang hingga terkeluar hujungnya dari dalam empat segi itu. Selepas itu baginda melukis garis-garis kecil di dalam empat segi tersebut.(rajah di bawah ini mungkin boleh di jadikan contoh/bayangan untuk rajah yang baginda lukis,wallahu ‘alam)






Kemudian baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam  bersabda “ garis yang tengah-tengah ini asdalah manusia dan garis-garis yang mengelilinginyadengan rupa bentuk empat segi ialah kematiannya; manusia tidak mampu keluar daripadanya samasekali. Dan garis yang Nampak terkeluar daripadanya ialah angan-angan dan cita-cita manusia yang lebih panjang daripada hayatnya. Garis-garis yang kecil di sebalah kanan dan kirinya pula merupakan penyakit dan lain-lain kemalangan yang sentiasa menuju kearahnya. Tiap-tiap satu garis merupakan satu musibah/kemalangan. Jika dia selamat dari satu maka yang kedua akan menguasainya pula.di samping itu kematiannya tetap mengelilingi sehingga tiada jalan untuk lari daripadanya. Tetapi garis yang mewakili angan-angan manusia sudah melebihi tempoh hayatnya”

Dalam hadith yang lain baginda bersabda sambil meletakkan tangannya yang berkat di belakang kepalanya  “ inilah kematian manusia yang sentiasa berada di atas kepalanya ; kemudian baginda menghulurkan sebelah tangannya yang lain kearah jauh dan bersabda “ ini adalah cita-cita dan hasratnya yang mara jauh”

Faqih Abul Laits Samarkandi Rah.alaihi. berkata bahawa sesiapa yang memendekkan angan-angannya akan dimuliakan oleh Allah dengan empat (4) perkara :
 
  1.  Memberi kekuatan untuk taat padaNya . oleh kerana dia yakin bahawa tidak lama lagi dia akan mati, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan amalan yang banyak dan tidak dapat dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak di ingini
  2.     Kegelisahannya  berkurangan
  3.    Kemampuannya untuk redha dengan rezeki yang sedikit
  4.   Menjadikan hatinya bercahaya

Ulama mengatakan bahawa cahaya hati lahir dari empat (4) perkara:
1-      Menahan kelaparan
2-      Bergaul dengan orang-orang yang soleh
3-      Mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan(dengan penuh risau)
4-      Memendekkan angan-angan

Dan, sesiapa yang menaruh angan-angan yang panjang Allah akan datangkan empat (4) perkara kepadanya :
1-      Kemalasan dalam ibadat
2-      Kebimbangan untuk dunia menjadi bertambah-tambah
3-      Sentiasa terperangkap dalam pemikiran untuk mengumpul dan menambah harta
4-      Hati menjadi keras

Ulama menulis bahawa kekerasan hati si sebabkan oleh empat (4) perkara :
1-      Makan sehingga kenyang
2-      Pergaulan buruk
3-      Tidak mengingati dosa yang telah dilakukan
4-      Memanjangkan angan-angan.

Wallahu A’lam.



Sekian..= )



Friday, April 19, 2013

gigi bongsu



assalamualaikum..

dua tiga hari ini gigi belah kanan rasa tak sedap, kepala mula rasa pening-pening. kelmarin pergi ke klinik UiTM jumpa doctor untuk dapatkan pemeriksaan takut pula ada benda lain yang jadi. bila doctor periksa rupa-rupanya gigi bongsu saya baru nak tumbuh pada bahagian bawah.

 Allah..setahun lepas baru sahaja cabut gigi bongsu bahagian atas tahun ini pula tumbuh lagi satu. tapi kali ini doctor sarankan saya supaya simpan je gigi yang baru nak tumbuh ini sebab tak ada apa-apa kesan pun Cuma kena tahan sikitlah sakitnya

ha,tak tahu apa gigi bongsu? Gigi bongsu ini ialah gigi geraham kita yangterakhir akan tumbuh Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.
kalau gigi bongsu nak tumbuh selalunya kita akan sakit kepala yang sangat,gigi rasa sangat tak selesa dan sakit sampai tak boleh nak guna bahagian gigi yang sakit pun dan yang paling teruk boleh buat kita demam dan tak boleh nak bergerak dek kerana gigi kita sakit.

Masa gigi bongsu saya yang pertama tumbuh, saya demam dan tak boleh bergerak waktu itu nak kena menghadap ‘test’ UiTM memang tak bole nak baca buku langsung rasa berdenyut je gigi dan kepala. Akhirnya lepas cabut gigi bongsu yang nak tumbuh barulah kurang sakitnya dan balik dari klinik terus terlelap.

Bila fikirkan balik setiap semester saya akan kena sakit, Alhamdulillah kali ini saya kena waktu tidak kritikal jadi tak terganggulah aktiviti harian saya. Moga dengan kesakitan yang saya hadapi buat masa ini jadi tebusan untuk Allah kurangkan sikit kesakitan saya sewaktu menghadapi sakaratul maut,kehidupan selepas mati seperti kubur,mahsyar,titian sirot dan lain-lain.amiin..doakan saya ya kawan-kawan.



Ada orang kata sakit gigi ini antara sakit yang paling sakit untuk di tanggung jadi Antara cara nak kurangkan sakit gigi, ada orang bagitahu saya supaya bubuh garam dalam air dan kumurkan air garam itu dalam mulut terutamanya tempat yang sakit. In Shaa Allah kurang sikit sakit gigi tu.

Sekian..= )


Saturday, April 13, 2013

sebab-sebab orang menangis



Assalamualaikum..



Yazid bin Maisarah rah. Berkata tangisan berlaku kerana Tujuh (7) sebab:


1-      Gembira

2-      Gila

3-      Sakit

4-      Gementar

5-      Menunjuk-nunjuk

6-      Mabuk

7-      Takutkan Allah


Hadith dari Nabi Muhammad Sollahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :
Dua titisan yang paling di sukai oleh Allah pertama ialah titisan air mata yang di alirkan kerana takutkan Allah. Kedua ialah titisan darah yang tertumpah di Jalan Allah.

Abu Bakar Siddiq R.hu berkata “ sesiapa yang boleh menangis maka hendaklah dia menangis dan sesiapa yang tidak boleh menangis maka hendaklah dia buat-buat menangis”



Tangisan anda yang mana?saya tetap cemburu

Sekian..= )


lelaki johor kuat merajuk?



Assalamualaikum..

Sekrang sudah masuk bulan april, tiba-tiba teringat PJB,sebelum ini saya praktikal di JCorp jadi berkesempatanlah membantu menguruskan Skim Dana Johor 1(SDJ1) dan bulan ini patut sudah masuk ‘quarter’ yang terakhir untuk palabur tebus saham mereka.

Seronok kerja di PJB sebab kita berpeluang berinteraksi dengan orang jadi macam-macam kerenah dan perangai manusia yang akan kita jumpa. Jadi dalam masa melayan pelabur ini macam-macam cerita yang akan kita dengar. Termasuklah cerita pasal tajuk di atas.

Masa itu kaunter tengah lengang jadi seorang pelabur ni bukalah cerita pada salah seorang petugas yang sama-sama bertugas ketika itu saya yang tidak ada pelabur yang perlu dilayan pun curi-curi dengar.(antara dialog perbualan mereka)

Pelabur : awak kerja sini sudah berapa lama

Petugas : lama la jugak

Pelabur : awak sempatlah jumpa Tan sri Ali (bekas Presiden JCorp)

Petugas : sempat sangat.

Pelabur : sayangkan dia da letak jawatan. Awak tahu sebab apa dia letak jawatan?
Petugas : tak tahulah pulak.

Pelabur : ha, Tan Sri tu merajuk la tu ngan JCorp. Maklumlah orang johor. Orang johor ni kuat  merajuk tahu. Sekali merajuk selamanya merajuk. Sejarah pun dah membuktikan tengok macam dato onn orang johor juga pun merajuk terus letak jawatan.sambil tergelak

Aik?macam tu ea. kira sejarah akan terus berulang dan terus berulang la ea.baik..



Sekian..= )