Thursday, October 9, 2014

Jom Berniaga!



Assalamualaikum..

Hari ini ramai duk kalut dengan kenaikkan harga barang, macam-macam formula dan strategi yang di utarakan. Banyak juga seminar dan forum di anjurkan. Nampak hebat dan kemas.dan…akhirnya MENIAGALAH jalan terbaik untuk mengurangkan “sakit” dan meringakan “beban”.



Jadi , di sini saya ingin kongsi dengan kawan-kawan satu jenis perniagaan iaitu ajak orang kepada kebaikan dan cegah orang dari kemungkaran(Amar Maaruf wa nahi ‘Anil mungkar)
Ia satu jual beli yang tak akan ada kerugiaan. Malah dalam Quran Allah sebut ia juga satu perniagaan yang menjauhkan kita dari azab yang pedih.

Tak perlu risau. Anda tak perlu jadi kaya untuk buat perniagaan ini juga tak perlu jadi Alim(ulama) pun untuk buat perniagaan ini, malah orang buta pun layak dan mampu untuk lakukan perniagaan ini.

Saya pernah dengar satu cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama. Di satu kawasan pendalaman ada satu puak yang ingin buat kebaikan tetapi kehidupan mereka jauh dari agama. Nak mengucap pun tak pandai!

Lalu mereka mengadu kepada satu orang Alim “wahai syeikh, apa yang kami boleh buat dengan diri kami ini. Kami tak Nampak pun yang kami ini boleh ajak orang kepada kebaikan dan cegah orang dari buat perkara buruk.

Syeikh itu pun membalas “kamu pergi sahaja jumpa orang dan beritahu pada mereka seperti ini “Tuan jangan jadi macam saya, saya dulu jauh dari agama akibatnya sekarang saya nak mengucap pun tak betul.”

Ha,sebenarnya tak ada yang mustahil pun jika kita ada keinginan dan semangat untuk buat.

Kawan-kawan..jom berniaga..saya jual ye..



Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)

Sekian..=)


Wednesday, October 8, 2014

kematian itu pasti...



Assalamualaikum..

Pagi tadi dapat panggilan dari seorang kenalan

“ki,kau kat mane?kau tau tak abang *** dah meninggal.lepas Zohor kebumi”

Panggilan tamat fikiran saya melayang seketika sepanjang perkenalan, beliau seorang yang ceria dan baik.
 
sampai satu saat dia menghidap kanser tahap 4 yang jarang-jarang orang kena dalam dunia 1 dari 100 orang.
 
walaupun ditimpa ujian seberat ini beliau tetap tabah dan redho.setiap kali menziarahi beliau pasti rase insaf,entah bila giliran diri ini.

moga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amiin.
inna lillah wa inna ilaihi roji'un..

gambar hiasan


lepas zohor tadi, arwah sudah selamat dikebumikan. Alhamdulillah saya berpeluang hadir solat jenazah sehinggalah selesai majlis pengkebumian. Apabila sebut pasal kematian macam-macam pekara akan menerjah masuk ke fikiran kita.

Sedia atau tidak,muda atau tua,lelaki atau wanita,kanak-kanak atau dewasa apabila sudah sampai ‘masa’nya pasti akan pergi. Ketika itu harta yang banyak,,anak yang ramai,kedudukan dan pangkat yang tinngi tak dapat membantu kita menghadapi sakaratul maut. Iman dan amal lah perisai dan benteng terakhir kita dalam menghadapi sakit yang paling sakit di dunia(ulama ada syarah bagai kulit dihiris 70kali)

Arwah sudah pun selamat dan tenang di’sana’, kami yang tinggal ni pula perlu teruskan kehidupan yang mendatang yang penuh dengan tipu daya.  Duniya mata’ul ghurur(dunia ini hanyalah tipu daya/jsenda gurau/main-main)

Ya Allah, kau tariklah nyawa ku dalam keadaan kau redha kepada ku.



p/s : kematian adalah pekara yang sangat dekat dengan kita sama seperti rezki. Habis rezki kita kematian pula datang menjemput.

Sekian..=)


Tuesday, October 7, 2014

uji-ujian



Assalamualaikum…

Ape yang kita paham dengan ujian?
Selalu orang kata ujian adalah satu situasi  yang mana kita terima kesusahan,kepayahan derita dan masalah. Itu sudah betul tapi…..

Saya nak tambah sikit, ujian ini bukan sahaja datang dalam bentuk kesusahan malah boleh juga datang dalam bentuk kesenangan,kebahagiaan dan kemudahan. 

Setelah menempuh alam persekolahan,pengajian tinggi, menganggur, merantau dan juga bekerja. Ramai orang yang saya jumpa macam-macam juga kerenah,sifat dan tingkah laku manusia yang Allah ciptakan berbeza-beza. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.





Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

Walaupun kita lihat satu orang hidup dia kaya raya tapi belum pasti dia dapat tidur yang nyenyak dek memikirkan duit yang banyak perlu dijaga dari dicuri orang.Sama juga seperti seorang miskin yang kita lihat susah mungkin dia dapat ketenagan yang tak dapat dirasa oleh si kaya.

Semua orang antara kita pasti akan Allah datang kan ujian.dari sudut yang pelbagai. Apa yang pasti ujian yang Allah berikan sesuai dengan keadaan dan situasi kita ketika itu. Pelajar dengan masalah ketika belajar,ibubapa dengan masalah anak dan keluarga, pekerja dengan masalah kerja dan orang atasan.

Allah tak akan menzalimi hambanya dengan datangkan ujian yang tak mampu kita hadapi dan tanggung. Masalah datang bila kita lemah dan tak berdaya. Tetapi itulah punca dan sebab Allah datangkan supaya kita ingat dan kembali kepadaNYA. Dia yang datangkan masalah pasti dan pasti Dia jugalah yang mampu selesaikan segala masalah dan kesempitan kita.



Ya ALLAH, jangan kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku hadapi

Ya ALLAH, jangan kau bebankan daku dengan bebanan yang tak mampu aku tanggungi.

p/s : Allah akan jadi Tabib(doctor) bila kita jauh dariNya.

        Allah juga akan Jadi HABIB(kekasih) bila kita dekat denganNYA.

Sekian..=)






Monday, May 26, 2014

belajar dulu baru k....



Assalamualaikum…

Kenal tak ustaz Umar Muhammad Noor?

Hehe..berkerut lidah nak mikir siapakah gerangan ustaz ini. Saya mengenali ustaz ini melalui buku beliau yang di syor kan oleh Ustaz Zahazan(yang ini pasti ramai yang kenal) yang bertajuk Rasul Mulia, Umat mulia, Akhlak Mulia. Ustaz Zahazan kata buku itu bagus untuk di baca dalam kita nak membentuk akhlak.




Saya terus ingat Tajuk buku itu dan cari di kedai buku. Sekali baca terus hendak baca kerana kandungan dalam buku itu dalam bentuk penceritaan kerana saya lagi mudah ingat cerita berbanding fakta. Malah buku yang beliau tulis juga banyak memberi motivasi.Alhamdulillah.

Selain dari itu, baru-baru ini saya beli lagi buku karangan beliau yang bertajuk ‘IKON SYABAB’. Kalau ikut tajuk sahaja kita sudah tahu yang buku ini khas untuk pelajar dan juga remaja. Buku ini nipis sahaja tidak setebal Buku Hijau saya hanya ambil masa yang singkat sahaja untuk habiskan membacanya.

ade iras-iras tak muka ustaz ni dengan saya?


Antara Ibrah(wah..sudah lama tak pakai ayat ini) yang saya dapat ialah.
1-    Betapa berharganya usia muda yang kita ada.waktu muda adalah waktu kita boleh buat banyak perkara.
2-    Motivasi untuk menjadi pelajar yang baik dan cemerlang dari segi akhlak dan pencapaian ilmu.
3-    Tips untuk menambah baik(added value) sebagai pelajar.

Dan banyak lagi..konsep buku ini sama seperti buku hijau di atas iaitu konsep cerita atau mengambil kisah ulama-ulama silam sebagai contoh.sangat menarik dan santai. Untung siapa yang belajar baca buku ini. Zaman belajar saya sudah habis.= )

Oh, sebelum terlupa dalam buku ini ustaz ada pesan. Bagi yang masih belajar pasti banyak dugaan yang datang ,macam-macam dugaan dan ujian dan antara yang biasa kita dengar bagi pelajar IPT ialah KAHWIN waktu belajar. Beliau kata habiskanlah dulu belajar kerana jika seseorang itu sudah berkahwin dia akan sukar untuk focus. Beliau ada kaitkan dengan beberapa orang ulama seperti imam Ahmad bin hanbal yang berkahwin ketika berusia 4o tahun! Dek kerana cinta dan mahu focus dengan Ilmu.

Hurm..baru terasa kenapa Mak dan Abah beriya suruh saya habiskan belajar dahulu sebelum fikir soal jodoh dan perkahwinan. Ape pun, zaman belajar adalah zaman yang seronok. Walaupun sentiasa stress dengan belajar tetapi semua itulah nikmat dalam alam belajar.



p/s : maaf kalau macam memaksa sebelum ini. Mood : redha..

sekian..= )