Saturday, February 18, 2012

awat itam mata tu?

Assalamualaikum

Pejam celik da jumpa balik hari jumaat, tak rasa masa telah berlalu tinggal kan kita. Setiap hari jumaat apabila saya pergi ke kelas pada waktu kuliah pelajar-pelajar perempuan di kelas saya akan bertanya kepada saya “eh,asal mata kau nampak lain kau pakai celak ke?” dan pelbagai lagi soalan yang di Tanya tapi tu yang rapat dan baik dengan saya maka beranilah dia Tanya pada saya, yang tak rapat dengan saya mungkin lebih banyak persoalan yang ada dalam pemikiran mereka yang entah apalah yang mereka fikirkan dan membuat penilaian dengan apa yang telah saya buat.


Fadhilat

Jadi,sebenarnya lelaki juga di bolehkan untuk memakai celak bukan hanya wanita sahaja ya yang boleh memakai celak. Pada hari jumaat kita di sunatkan memakai celak kerana nabi juga memakai celak. Celak bukan hanya mencantikkan mata kita tapi ianya juga mampu menguatkan penglihatan juga menumbuhkan bulu mata.

Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan “ rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam bersabda : “pakailah celak dari ithmid untuk mata kerana ia mencerahkan penglihatan dan menambah pertumbuhan bulu mata” (HR sunan abu daud,ibnu majah)

Ithmid adalah sejenis celak yang khas bewarna merah hitam. Ia diperoleh di Negara-negara timur dan celak ithmid yang terbaik adalah di isfahani(parsi). Sebahagian ulama mengatakan yang celak ini harus di gunakan bagi mereka yang mempunyai penglihatan yang baik dan mata yang serasi, jika tidak ia akan menambahkan sakit mata pada penguna celak tersebut.

Mengunakan celak pada waktu tidur adalah sangat baik kerana ianya memberi kesan kepada mata dengan lebih lama dan menyerap ke liang roma.


Cara pakai/kaifiyah

Terdapat perselisihan faham di kalangan ulama mengenai berapa kali rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam menyapukan celak pada setiap mata baginda yang mulia itu. Perbezaan ini kerana perawi menyaksikannya pada masa yang berbeza. Berikikut adalah yang popular :

1. Rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam memakai tiga(3) kali pada pada tiap-tiap mata( mata kanan tiga kali, mata kiri tiga kali)

2. Rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam memakai tiga (3) pada mata kanan dan dua (2) kali pada mata kiri

para ulama seperti hafiz ibnu hajar,mulla ali qari serta sebahagian ulama yang lain telah memilih cara yang pertama kerana cara yang pertama lebih banyak diriwayatkan secara berulang kali.

Dari ibnu abbas r.huma melaporkan. “rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam menyapukan celak ithmid tiga (3) kali pada kedua belah mata baginda sebelum tidur”, ibnu abbas r.huma juga berkata “Rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam memiliki sebuah kotak untuk menyimpan celak yang mana baginda pakainya tiga (3) kali sebelum tidur”.

Perlu di ingatkan kita pakai celak ini biarlah ala kadar sahaja sekadar mahu mencantikkan mata pemberian Allah dan mengikut sunnah rasulullah sollahu ‘alaihi wassalam jadi tak perlulah berlebih- lebihan dalam memakainya.

ops..bukan macam ini ya...

Sekian..= )

Thursday, February 16, 2012

bongkok sikit

Assalamualaikum..

Semalam saya di tegur oleh abah,suatu perkara yang mungkin di pandang remeh dan ringan tapi ianya cukup untuk mengajar saya. Cerita bermula apabila saya selesai solat isya berjamaah di masjid saya cepat-cepat bangun dan terus keluar setelah membaca doa infradi. Setelah balik dari masjid abah berkata kepada saya yang perbuatan saya keluar itu ada sesuatu yang tidak kena.

Saya pada mulanya agak pelik “salah ke saya keluar awal?” rupanya bukan saya keluar awal yang di pandang tapi cara saya keluar dari saf menuju ke pintu yang manarik perhatian abah. Pada ketika saya hendak keluar saya hanya bangun dan lantas terus menonong keluar tanpa melihat orang sekeliling.

Abah menegur saya yang walaupun hendak keluar sekalipun kita perlu hormat orang lain, bagaimana caranya? Jawapannya mudah, cukup mudah malah semua orang pun mampu untuk lakukannya. Kita hanya perlu bongkokkan badan sedikit hulurkan tangan kedepan dan berjalan dengan perlahan-lahan tanpa menganggu orang lain.

Mudah bukan? Itulah sedikit teguran dari abah yang menyedarkan saya walaupun perkara itu kecil tapi ia mungkin memberi makna yang sangat besar kepada orang sekeliling kita. Apalah sangat kita buat macam itu, ini juga adalah salah satu cara untuk kita tunjukkan kepada orang lain yang kita hormatkan mereka.

Satu lagi, ketika kita hendak lalu dihadapan orang tua kita juga kita sepatutnya perlu buat benda yang sama bongkokkan badan sedikit hulurkan tangan kedepan dan berjalan dengan perlahan-lahan dengan orang lain pun kita perlu hormat inikan pula ibu bapa kita lagi-lagilah perlu untuk kita buat.

Saya pernah dengar orang memberi nasihat kepada saya, “kalau kita nak orang hormat kita,kita perlu hormat orang lain terlebih dahulu barulah orang akan hormat kita” .

Sekian..= )