Wednesday, June 26, 2013

sekejap yang sementara



Assalamualaikum..

“Eh, dia bukan macam ni ke dulu?”(sambil membayangkan sesuatu)

Hurm..duniakan sementara maka apa yang ada di dunia ini semuanya bersifat sementara 

Kalau cantik, sepuluh(10),dua puluh (20) tahun nanti nampaklah kedut sana sini

Kalau dulu kuat, suatu hari nanti nak berdiri pun tak mampu

Allah bagi sesuatu nikmat maka Allah yang sama jugalah nanti akan tarik nikmat tersebut
Jadi, apa yang kita ada?

Tak ada apa pun..= )
………………………………………….

Yang Berjaya, kongsilah kejayaan anda, ianya bukan selamanya kekal bersama anda gunakan nikmat sebaiknya.

Yang kurang Berjaya? Gagal pada hari ini mungkin ianya adalah batu loncatan untuk kejayaan pada masa akan datang.

Usaha dan terus usaha, jangan putus asa..okay?

Selamat menghadapi peperiksaan ya kawan-kawan. Doakan saya dapat grad on-time

Moga Allah mudahkan segala urusan

Rabbi Yassir wa la tu ‘assir.



Sekian..= )



Saturday, June 22, 2013

kata-kata

Assalamualaikum..
 
 
ada pepatah melayu berkata

"terlajak perahu boleh di undur
terlajak kata padah binasa"

"kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa "

banyak lagi pepatah/nasihat, malah hadith dan ayat quran yang meminta kita untuk jaga lidah yang kita ada.

ingat,kata-kata lebih sebenarnya lebih tajam dari mata pedang dan ianya juga boleh jadi satu doa untuk seseorang

jadi,cakaplah perkara yang perlu kurang kan cakap yang sia-sia.
banyak cakap maka lagi banyak salah dan silap yang kita buat melaui lidah .
dan ubah cakap-cakap kita dari yang negatif ke positif sebagai contoh:

" tak guna betul la dia tu, macamlah bagus sangat" "aku tak BOLEH buatlah"

ke

"bertuah betul la dia ni.." "in shaa allah saya cuba,kalau salah betulkan ye?"
 
 
Photo: ada pepatah melayu berkata

"terlajak perahu boleh di undur
    terlajak kata padah binasa"

"kerana pulut santan binasa
   kerana mulut badan binasa "

banyak lagi pepatah/nasihat, malah hadith dan ayat quran yang meminta kita untuk jaga lidah yang kita ada.

ingat,kata-kata lebih sebenarnya lebih tajam dari mata pedang dan ianya juga boleh jadi satu doa untuk seseorang

jadi,cakaplah perkara yang perlu kurang kan cakap yang sia-sia.
banyak cakap  maka lagi banyak salah dan silap yang kita buat melaui lidah .
dan ubah cakap-cakap kita dari yang negatif ke positif sebagai contoh:

" tak guna betul la dia tu, macamlah bagus sangat" "aku tak BOLEH buatlah"

ke 

"bertuah betul la dia ni.." "in shaa allah saya cuba,kalau salah betulkan ye?" 
 
 
sekian..= )



Wednesday, June 19, 2013

patah tumbuh hilang berganti

Assalamualaikum..

Dalam subjek pengurusan saya ada belajar antara cara sesebuah peniagaan itu hendak Berjaya, mereka perlulah berusaha untuk cari sesuatu bahan yang hampir-hampir sama dengan bahan yang sedia ada supaya mereka boleh gantikan bahan tersebut sekaligus dapat kurangkan kos pengeluaran. Bila kos pengeluaran mereka dapat kurangkan maka mereka akan dapat menambah jualan produk mereka dan dapat meningkatkan hasil dan akhirnya mereka dapat menikmati untung dek penjualan produk mereka.



Sedikit ilmiah ye pembukaan kita pada kali ini. Maklumlah peperiksaan akhir sudah semakin hampir jadi bila hendak pos entri pun kenalah ada kaitan dengan apa saya belajar.apa kaitannya pembukaan entri dengan kisah saya hendak cerita?

Semalam, secara tak sengaja saya terpijak mic surau sekaligus membuatkan ‘mic clipper’ patah dan langsung tak boleh digunakan melainkan hanya dengan membeli baru sahaja. Balik dari bilik saya terus saya meminjam motor kawan untuk cari peganti ‘mic clipper’ yang patah sebab malam nanti pasti payah untuk imam mengimamkan solat jika tak dapat nak pakai mic.
Kedai pertama saya pergi ialah kedai muzik sebab muzik pasti akan guna mic tetapi mereka tak jual mic walaupun satu bila ditanya “mana bole jumpa kedai yang jual benda ni?” tuan kedai beritahu benda itu(‘mic clipper’) ada di jual di kedai-kedai  barangan elektrik.
.
Menyasar juga semalam saya mencari kedai elektrik bila jumpa sudah kehabisan stok atau kita terpakasa beli satu set mic. Bila keadaan begini tergerak hati nak singgah kedai buku dan alat tulis berdekatan walaupun sedar yang kedai buku tersebut pasti tak menjual mic dan yang seangkatan dengan nya, tetapi saya ikutkan juga gerak hati.

Sampai sahaja, saya terus masuk pusing-pusing mencari apa yang patut kalau tak dapat beli peganti ‘mic clipper’ paling kurang dapat juga tengok alatan menulis sebagai persiapan untuk periksa akhir pada minggu depan.  Sambil menyelam minum air.

= )

Alhamdulillah..saya dapat selesaikan masalah yang di hadapi.
Walaupun tak dapat cari peganti ‘mic clipper’ yang sebetulnya tetapi saya dapat cari peganti yang boleh juga di gunakan untuk gantikan ‘mic clipper’ yang patah.




Lepas ni kalau patah saya ada lagi Sembilan(9) ‘clipper’ yang sedia berkhidmat.




Sekian..= )

Wednesday, May 29, 2013

lagu semangat

Assalamualaikum..

Saya ada mp3 yang saya beli 3-4 tahun sudah oleh kerana sudah agak lama jadi terdapat beberapa kerosakan yang terpaksa di betulkan . baru-baru ini saya dengarlah lagu yang ada dalam mp3 saya. Dalam banyak-banyak lagu ada satu lagu yang mengamit memori saya ketika zaman sekolah dahulu.

Waktu itu lagu ini jadi tema minggu orentasi kami. Jadi kenalah hafal dan ingat setiap bait lirik kerana kami perlu nyanyi lagu itu bila dikumpulkan. Tajuk lagu ini semarak perjuangan. Memang lagu yang semangat dan boleh naikkan semangat bila kami nyanyi bersama pun boleh naik bulu roma di buatnya.huhu.



Semarak Perjuangan

Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana..Allahu Akbar

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kemakrufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..
Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang



Sekian..=)

lain macam ni

Assalamualaikum..

Dalam dunia ini ada ke orang yang jalan hidupnya sama? Dari kecil sampai ke besar hampir semua rutin yang dibuat sama . kalau ada mungkin hanya sebilangan kecil sahaja kot..hurm..mungkin.

Setiap manusia masing-masing ada haluan dan halatuju mereka sendiri. Ali suka ambil jalan yang dekat jarak perjalanannya  Raja pula mungkin lebih selesa untuk ambil jalan yang tidak sibuk. Antara dua ini pasti ada liku,cabaran dan kesenangan yang tersendiri.



Saya sendiri juga punya tujuan dan halatuju yang tidak sama seperti orang lain. Sejak dari sekolah lagi bila kawan-kawan lain masuk sekolah harian biasa saya seorang sahaja dalam kalangan mereka yang masuk sekolah berasrama penuh bukan sekolah menengah biasa tetapi sekolah menengah agama. selepas PMR, ketika tingkat empat (4) saya dengan sendirinya membuat permohonan untuk tukar kelas dari aliran sains tulen ke sastera agama.

Bilamana keputusan SPM keluar saya membuat keputusan untuk menukar pengajian dalam bidang diploma yang bukannya aliran agama berbanding orang lain yang berebut untuk masuk ke matrix atau tetap teguh meneruskan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Bukan setakat itu sahaja ,setelah setahun setengah mengambil diploma saya berubah fikiran untuk terus diserap masuk ke peringkat ijazah tanpa perlu menghabiskan pengajian diploma dengan mengambil tawaran program penerapan ijazah sarjana muda dan saya adalah ‘batch’ pertama bagi program ini.

Pelik bukan? Ada orang bertanya pada saya “kau tak takut ke buat keputusan macam ni?beriko tu” jawb saya “setiap benda yang kita buat pastu ada risiko malah orang yang hisap rokok pun ada risiko” (kawan tengah hisap senyum sahaja mendengar jawapan saya)



Orang kata hidup ini kita kenalah belajar untuk berani untuk ambil risiko (risk taker) berbanding ikut jalan biasa sahaja (risk adverse)barulah hidup akan jadi lebih bermakna dan banyak mengajar kita.memang, benda tidak mudah tetapi dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan bukan? Cuma besar atau tidak, jelas atau kabur, cerah atau samar-samar jalannya .

Jadi, bila sem akhir ni masing-masing pasti sudah mula fikir perancangan selepas habis belajar sama ada mahu sambung belajar ,bekerja ataupun berkahwin(wahh). Mana satu jadi pilihan saya mahu ingatkan pada semua dan diri saya terutamannya bahawa alam yang bakal kita tempuhi nanti sangat berlainan dengan alam yang kita sedang hadapi sekarang ini. Ianya lebih mencabar dan lebih menguji.



Orang ibaratkan masa kita sekarang ini macam orang yang tengah main air laut di tepi pantai mudah dan selamat tak perlu risau akan bahaya yang mendatang. Tetapi selepas kita grad(in shaa Allah) kita bukan lagi di kaki pantai lagi tetapi di tengah-tengah lautan! Tak boleh leka dan lalai takut-takut hilang dek arus ombak laut yang tak menentu

“Ya Allah walaupun kami tidak ditakdirkan dapat yang sama tapi biarlah kami berada di jalan yang kau redhoi. Seperti mana para anbia, siddiqin dan syuhada’..amiin”


Sekian.. =)