Assalamualaikum..
Di
suatu sudut di kawasan pasar ternampak seekor kucing, badannya kecil ,kurus dan
di penuhi dengan kurap sekali pandang tiada siapa yang berkenan. Persekitaran yang
kotor,makanan yang tak berkhasiat adalah antara punca badannya menjadi begitu.
Tiba-tiba datang kelibat seorang lelaki ke hadapan kucing tersebut tanpa rasa
geli lelaki tersebut memegang kucing itu,diusap-usap badan kucing itu lalu di
bawanya pergi dari kawasan itu.
Sesampai
di rumah kucing itu diberi makan terlebih dahulu,makanan yang berkhasiat ikan
segar disertakan dengan susu. Selepas kenyang dengan hidangan yang diberi
lelaki tadi membawa kucing itu ke bilik air memandikan badan kucing itu supaya
kotoran yang ada dapat dihilangkan sebelum diletak ubat yang sesuai. Kucing itu
meronta beberapa kali cubaan untuk lari dari bilik air tetapi dengan penuh
sabar lelaki tadi membersihkan kucing itu. Kasih sayang.
Selang
beberapa bulan tiada lagi kurap di badan kucing itu badannya sudah mula kuat
malah bulunya mula tumbuh lembut..gebu..di dalam rumah macam-macam fasiliti di
sediakan kawasan khas untuk tidur,alat permainan dan makanan-makanan yang
berkhasiat bagi menjamin kesihatan kucing itu, setiap kali pulang dari kerja
lelaki itu pasti akan luangkan masa untuk bermain dengan kucing itu. Kucing
yang dahulu kurap kini telah menjadi comel dan cantik. “Mulai dari saat ini aku
akan panggil kau Oyen”itulah panggilan yang diberi oleh tuannya.
Suatu
hari,sedang Oyen bermain tiba-tiba dia terlihat beberapa ekor kawannya ketika
di pasar berdekatan dengan kawasan rumah, Oyen cuba mencari jadlan keluar dari rumah dan dia dapat
berjumpa dengan kawannya. Balik dari rumah k terfikir kenangan bersama dengan kawan
lamanya itu. Keesokannya Oyen hilang, dia membuat keputusan untuk mengikuti kawan-kawannya.
puas
lelaki itu mencari kemana menghilangnya Oyen dari satu kawasan ke kawasan lain
terus mencari genap seminggu baru dia jumpa Oyen. di panggilnya “Oyen!mari sini
kita balik ke rumah” pujuk tuannya. Oyen kenal suara yang memanggil di toleh
memastikan siapa yang memanggil.”oh,tuankku!” berlari Oyen dari tuannya.
Tuannya terus mengejar Oyen usaha untuk dapatkan kembali Oyen untuk dibawa
pulang ke rumah.tetapi Oyen mengelak sesudah putus harap Tuannya terus balik
meninggalkan Oyen bersama kawan-kawannya.
Dua minggu
dari kejadian itu badan Oyen tidak secantik dahulu dia tak lagi dapat makanan berkhasiat
maka kembalilah dia menjadi KUCING KURAP.
Lebik
BAIK dari semalam..
Setiap
orang ada sisi gelap masing-masing,Dengan kasih sayang Allah.Dia telah beri
kita hidayahnya untuk kita dekat dengannya.malah terasa rapatnya kita dengan
sang pencipta. Akan tetapi akibat kelalaian kita,alpa kita. Kita tak sedar
semua ini sebagai satu nikmat yang besar.kita sering kali lari dari rahmat
Allah yang besar.
Wahai fulan!
Dahulu kau hina,
Lalu Allah telah
muliakan kau,
Wahai fulan!
Dahulu kamu rendah,
Tetapi sekarang
Allah telah tinggikan kamu.
Wahai fulan!
Dahulu dirimu lemah
Maka diberinya kamu
kekuatan.
Wahai fulan!
Dahulu Dikau papa,
Kini diberi diberi
kaya..
Hakikatnya semua
itu adalah dari Allah..
Apa yang kamu ada?
La hau la wala
Quwwata illa Billah.
Tak ada daya dan
upaya walau sedikit
sekian..=)
No comments:
Post a Comment