Tuesday, February 25, 2014

cuci muka?




Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita saya teman mak.

Tadi,selepas Balik dari ziarah pakcik tanuri di hospital sultan ismail di kota tinggi mak minta di bawa ke mydin,nak beli barang katanya. Tanpa banyak soal saya terus menghala ke mydin.

Oleh sebab mydin berada di kawasan Bandar maka susah sikit nak cari parkir,jadi saya minta mak masuk terlebih dahulu dan saya akan menyusul.

Setelah dapat mencari parkir saya terus bergegas masuk.oh, mak sedang membeli produk kosmetik sudang kehabisan stok barang kali. Sambil-sambil menunggu mak cakap pada saya “zaki,kau pergi ambil pencuci muka,pakai untuk muka kau tu””haaaaaa??,nak buat apa mak tak nak lah?”

Mak tak peduli terus ambil pencuci yang dia rasa sesuai dan terus letak di ‘troley’.

 Em,tak tahulah apa yang mak fikir sebenarnya..tak paham!huhu

Kenapa saya kena pakai pencuci muka ?tak pernah-pernah pakai di paksa pakai.adeh tak dapat nak terima kenyataan.tak apa tunggulah dalam masa sebulan lagi nanti saya jadi macam fizo omar.eh mungkin fizo omar jadi macam saya.heeee






Sekian..=/


Monday, February 17, 2014

hasibu!




Assalamualaikum..

Okay,yang ini terakhir buat malam ini..

Antara amalan yang Saiyyidina Umar R.a akan buat sebelum beliau tidur ialah muhasabah diri.

“hasibu qabla an tuhasibu”(hisablah sebelum kamu dihisab)

Seharian kita ini pasti ada perkara-perkara yang telah kita buat.ada yang menjadi pahala dan sudah tentu ada juga dosa yang kita hasilkan.jadi,sebelum kita terlena jom kita muhasabah. Maafkan orang dan minta ampun pada orang.

Jom layan video ini.dah lama tak post video muzik.heee.




Sebelum Terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri



p/s : Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti?hurm...=(

Sekian..= )



ilmu beharga


Assalamualaikum..


Abah sangat-sangat pentingkan ilmu,apa sahaja yang anak-anak dia minta yang berkaitan dengan ilmu pasti dia akan ‘sponsor’.kalau ilmu yang kami nak dapatkan itu agak mahal abah akan sedaya upaya usahakan apa yang anaknya minta/inginkan dapat diperoleh.


 Tapi antara yang ilmu yang abah sangat-sangat titik beratkan antara kami adik beradik ialah ilmu berkaitan al-quran. Kami adik beradik akan dipastikan untuk khatam Al-Quran seawal mungkin dan jika saya tak silap,saya telah khatam Al-Quran dalam lingkugan umur 8-9 tahun. Malah,setiap kali bulan Ramadhan abah akan ingatkan kami untuk khatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali di bulan yang penuh berkah itu.



Abah pula memang seorang yang selalu berdamping dengan Al-Quran saya saya tak pernah tengok orang yang lebih kerap berdamping dengan Al-Quran sekerap abah. Dalam sehari abah akan habiskan 3juz sekurang-kurangnya.jadi, boleh bayangkanlah dalam sebulan itu berapa banyak abah telah khatamkan Al-Quran.

Dua tiga hari lepas ketika saya baca ta’lim di rumah,saya terbaca satu perkara yang memberansangkan dan sangat bangga dengan apa yang  telah tarbiah dan didik kami adik beradik. Petikan itu adalah seperti berikut:

“dalam syarah-Ihya-Ulumuddin terdapat senarai orang yang akan di beri perlindungan di bawah naungan Arash Allah pada hari pengadilan yang mengerunkan antara mereka adalah orang mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar Al-Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca Al-Quran apabila sudah dewasa”



Alhamdulillah..saya rasa memang sangat beruntung kerana Allah telah beri saya satu  ilmu dan juga nikmat yang sangat berharga yang tak boleh di tukar ganti.ni semua hasil dari keprihatinan Abah yang tak pernah jemu untuk ingat kami adik-beradik. Al-Fatihah untuk Abah..


ha,awak da baca quran belum?


Sekian..= )



be a bee



Assalamualaikum..
 
Ha,baca tajuk jangan laju-laju..nanti takut tersalah sebut.tergeliat lidah.hoho.



Alhamdulillah..selepas tiga hari berkumpul di Masjid Jamek Sri Petaling diri seakan dapat sedikit tonik untuk terus perbaiki setiap kekurangan dan kelemahan. Majlis selama lebih kurang tiga(3) hari ini di buat khas untuk mereka yang pernah memberi masa yang lama untuk belajar agama dan dakwah di benua india.

Antara program yang di buat ialah perkongsian usaha agama yang telah di buat di seluruh Malaysia dan juga nasihat-nasihat yang di berikan oleh orang-orang alim yang telah lama berkecimpung dalam usaha dakwah ini.

Apa yang saya nak kongsikan dalam entri kali ini ialah bagaimana satu orang muslim itu sangat penting untuk selalu bersangka baik dengan muslim yang lain, malah dengan sebab kita selalu bersangka baik dan tiada sifat hasad dan dengki ini akan memberi manfaat kepada kita dan juga orang sekeliling. Satu kisah yang di kongsi ialah mengenai seorang sahabat yang nabi telah istihar beliau sebagai ahli syurga tiga(3) kali di hadapan para sahabat.

Bilamana telah maklumkan begitu seorang sahabat yang lain telah meminta izin untuk menginap di rumah sahabat ansar yang di sebut sebagai ahli syurga itu dengan alasan bahawa di rumahnya ada masalah.sepanjang tiga(3) hari lelaki itu telah  selidik amalan lelaki tersebut biasa-biasa sahaja tidak ada yang istimewa dan hebat-hebat.

Pada hari terakhir,sahabat ini pun telah menceritakan maksud sebenar beliau dan sebelum pulang lelaki ansar telah berkata sesungguhnya saya tak ada amalan yang hebat-hebat tetapi saya hanyalah seperti yang kamu lihat, tapi saya memang tak pernah terdetik dalam hatiku perasaan dengki pada orang-orang Muslim yang lain, atau iri terhadap semua yang  Allah anugerahkan pada mereka"

Hurm..hari ini, dalam hati kita terlampau banyak sangka buruk ada sahaja yang tidak kena dengan kawan kita.malah,kita pantang tengok kawan kita lebih dari kita pasti kita pun akan cari jalan supaya kita dapat lebih dari apa yang dia dapat atau pun apa yang kawan kita dapat itu hilang dari sisi dia.

Dalam satu hadith  nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda “jangan kamu sakiti orang-orang islam, jangan kamu aibkan mereka dan jangan kamu mencari-cari kesalahan mereka” ( riwayat ibnu hibban)

Orang kata jadilah seperti seekor lebah. Sentiasa cari benda yang baik (manisan) untuk cipta benda yang baik(madu).





Sekian..= )