Assalamualaikum..
Pagi tadi saya dapat panggilan
dari rakan sekampus yang sama-sama belajar agama dengan saya dan kebetulan
beliau juga ingin pergi ke benua india.
“macam mana dengan kau urusan nak
ke sana?”saya bertanya “aduh,tak tahulah esok baru boleh buat urusan visa”
“ooo.sabarlah.memang lambat sikit nak uruskan visa ni” “tulah,aku da lama juga
ni menunggu” “takpe,biasalah tu Allah datangkan Ujian nak tengok hati kau bulat
ke tak”.setelah itu saya bagi sedikit cadangan dan dan juga kata-kata semangat
sebelum mengakhir perbualan kami.
Hampir setiap orang yang
mempunyai tujuan yang sama pasti akan mengalami masalah yang hampir
serupa(visa,passport,tiket dan sebagainya).malah saya juga dapat merasa ujian
yang Allah sengaja datangkan untuk tilik hati dan kesungguhan kita.
Dalam kes saya,saya tertinggal
passport di rumah!bayangkan, benda yang sangat-sangat penting di bawa bila mahu ke luar Negara saya boleh terlupa
untuk bawa. Di tambahkan pula waktu saya mahu pergi “mood” raya masih belum
hilang
Macam-macam ujian yang Allah
datangkan dan yang paling berat sekali ialah ujian perasaan dan hati.sampai
satu tahap saya sudah putus harap dan pasrah sahaja apa yang
berlaku.Alhamdulillah,dalam itu Allah hantar insan-insan yang mengingatkan dan
menaikkan semula semangat
“kau tahanlah sikit aku kena
tunggu urusan visa lagi lama sampai dua minggu,in shaa Allah.banyakkan doa!”
“nak buat macam mana lagi,sabar
jela. Sabar”
Dan yang paling terkesan di hati
saya ialah ada satu orang hamba Allah ini telah nasihatkan saya.
“tuan, daripada tuan duduk
tercongngok kat sini saya syorkan tuan ambil wuduk tuan buat Amal, solat dhuha
ke(waktu sesuai buat dhuha),ngaji ke,zikir.banyakkan tawajuh pada Allah.”
”..serahkan semuanya pada
Allah!putuskan harap pada makhluk.macam mana siti hajar bila dia tawakal dan
putuskan hubungan dengan makhluk dan harap hanya pada Allah,Allah telah
keluarkan air dari hentakan kaki nabi ismail a.s,kuat manalah bayi nak hentak
sampai boleh keluarkan air.tapi nak tunjuk kat sini yang Allah boleh buat
segalanya.”
Dalam safar inilah saya banyak
belajar selesaikan masalah kita dengan perantaraan amal.sebenarnya,dalam apa
jua keadaan dan masalah yang kita hadapi tak kesahlah dari segi urusan dunia
atau agama.Allah uji kita bukan dia nak susahkan kita.Cuma dia nak tengok
sejauh mana yakin dan pengharapan kita.pada makhluk yang tak boleh bagi
menafaat dan mudarat ke atau terus kepada Allah Dzat yang berkuasa ke atas
segalanya.Dia yang datangkan masalah dia juga yang berkuasa untuk hilangkan
masalah”.
Wahai sekalian
orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah
payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan
dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai
(menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:154)
“ya Allah,janganlah kau uji aku
dengan ujian yang tak mampu aku hadapi”
p/s : pendekar bujang lapuk kata
ini semua cobannn |
Sekian..= )
No comments:
Post a Comment