Saturday, February 1, 2014

nak taqwa ke fatwa?



Assalamualaikum..

“Tuan-tuan,jika tuan-tuan dihidangkan makananan dalam perjalanan nanti jika nak makan terpulanglah ikut ketaqwaan masing-masing.”masih teringat lagi kata-kata nasihat yang diberikan orang tanggungjawab di india sebelum saya dan beberapa grup yang lain bergerak ke Pakistan. Bumi india bukanlah Negara islam seperti Bangladesh,Pakistan dan Negara yang berdekatan. Jadi,ketika dalam safar lebih-lebih lagi dalam urusan agama perkara-perkara syubahah sangat-sangatlah perlu di titik beratkan.

Saya pernah jumpa seorang pakcik yang tak makan ayam kecuali ayam tersebut dia yang sembelih sendiri atau memang betul orang yang jual itu telah sembelih depan mata beliau.kesan dari sifat berhati-hati beliau sampai sekarang beliau masih sihat dan tiada masalah kesihatan yang kronik malah dapat datang solah berjamaah di masjid/surau.subhanallah!

Kalau nak difikirkan,tak salah pun kita nak makan ayam(sebagai contoh) yang ada cop halal kerana dia telah di akui oleh pihak berkuasa tempatan. Tanggung jawab Kita untuk cari makanan bermutu telah di bantu oleh pihak berkuasa tersebut.itulah batasan sebagai orang awam.

Nilai taqwa ini sangat tinggi,orang yang bertaqwa sangat dekat dengan Allah ini kerana mereka yang selalu berpegang pada fatwa sahaja dia seolah-olah berjalan di pinggiran tebing boleh jadi dia selamat boleh jadi dia akan terjatuh(sebab itu orang berfatwa di katakan jika betul dia dapat (2)dua jika salah dia dapat (1)satu).manakala mereka yang ambil jalan taqwa berjalan di tengah-tengah jalan yang selamat. 

Oleh itu,jika kita mahu hubungan kita dengan sang Pencipta lebih akrab maka ambil jalan taqwa sebab itulah kita boleh lihat sahabat-sahabat r.hum dan juga ulama-ulama yang hebat mereka tidak akan ambil/guna barang-barang yang mempunyai syak dan was-was(syubahah).




Jadi,ikutlah ketaqwaan masing-masing dalam membuat keputusan semua orang sudah ada ilmu.

Sekian..=)


No comments:

Post a Comment