Assalamualaikum..
Ha,baca
tajuk jangan laju-laju..nanti takut tersalah sebut.tergeliat lidah.hoho.
Alhamdulillah..selepas
tiga hari berkumpul di Masjid Jamek Sri Petaling diri seakan dapat sedikit
tonik untuk terus perbaiki setiap kekurangan dan kelemahan. Majlis selama lebih
kurang tiga(3) hari ini di buat khas untuk mereka yang pernah memberi masa yang
lama untuk belajar agama dan dakwah di benua india.
Antara
program yang di buat ialah perkongsian usaha agama yang telah di buat di
seluruh Malaysia dan juga nasihat-nasihat yang di berikan oleh orang-orang alim
yang telah lama berkecimpung dalam usaha dakwah ini.
Apa yang
saya nak kongsikan dalam entri kali ini ialah bagaimana satu orang muslim itu
sangat penting untuk selalu bersangka baik dengan muslim yang lain, malah
dengan sebab kita selalu bersangka baik dan tiada sifat hasad dan dengki ini
akan memberi manfaat kepada kita dan juga orang sekeliling. Satu kisah yang di
kongsi ialah mengenai seorang sahabat yang nabi telah istihar beliau sebagai
ahli syurga tiga(3) kali di hadapan para sahabat.
Bilamana
telah maklumkan begitu seorang sahabat yang lain telah meminta izin untuk menginap
di rumah sahabat ansar yang di sebut sebagai ahli syurga itu dengan alasan
bahawa di rumahnya ada masalah.sepanjang tiga(3) hari lelaki itu telah selidik amalan lelaki tersebut biasa-biasa
sahaja tidak ada yang istimewa dan hebat-hebat.
Pada
hari terakhir,sahabat ini pun telah menceritakan maksud sebenar beliau dan
sebelum pulang lelaki ansar telah berkata sesungguhnya saya tak ada amalan yang
hebat-hebat tetapi saya hanyalah seperti yang kamu lihat, tapi saya memang tak
pernah terdetik dalam hatiku perasaan dengki pada orang-orang Muslim yang lain,
atau iri terhadap semua yang Allah
anugerahkan pada mereka"
Hurm..hari
ini, dalam hati kita terlampau banyak sangka buruk ada sahaja yang tidak kena
dengan kawan kita.malah,kita pantang tengok kawan kita lebih dari kita pasti
kita pun akan cari jalan supaya kita dapat lebih dari apa yang dia dapat atau
pun apa yang kawan kita dapat itu hilang dari sisi dia.
Dalam
satu hadith nabi Sollallahu ‘Alaihi
Wassalam bersabda “jangan kamu sakiti orang-orang islam, jangan kamu aibkan
mereka dan jangan kamu mencari-cari kesalahan mereka” ( riwayat ibnu hibban)
Orang
kata jadilah seperti seekor lebah. Sentiasa cari benda yang baik (manisan) untuk
cipta benda yang baik(madu).
Sekian..=
)
No komen. Haha
ReplyDeleteapeeeee...........
ReplyDeleteapeeeee. awak dah kenapaaa? be a bee, please! kwek kwek kwek :D
ReplyDelete