Friday, April 27, 2012
hasbi robbi..
Thursday, April 26, 2012
fidyah
- Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
- Orang yang berhutang puasa yang
belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.
- Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
- Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.
- Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.
- Kanak-kanak.
- Gila.
Ramadan 1 1 = 1 cupak
Ramadan 2 2 1 = 3 cupak
Ramadan 3 3 2 1 = 6 cupak
Ramadan 4 4 3 2 1 = 10 cupak
Ramadan 5 5 4 3 2 1 = 15 cupak
Ramadan 6 6 5 4 3 2 1 = 21 cupak
Ramadan 7 7 6 5 4 3 2 1 = 28 cupak
Ramadan 8 8 7 6 5 4 3 2 1 = 36 cupak
Ramadan 9 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 45 cupak
Ramadan 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 = 55 cupak
ini adalah laman web untuk kita kira fidyah yang kita perlu bayar.KLIK.
![]() |
| secupak ialah ukuran dua tapak tangan yang sederhana. (tidak telalu besar dan tidak terlalu kecil). Ukuran dibuat dengan menggunakan tapak tangan orang arab bangsa Quraish |
Wednesday, April 25, 2012
JCORP VS JCIA
![]() |
| ni la surat tu..huhuhu. |
Thursday, April 19, 2012
betul..betul..betul..

Assalamualaikum..
Manusia semuanya Allah telah berikan Akal fikiran untuk digunakan dalam kehidupan harian, akal ini jugalah yang membezakan manusia dengan binatang jika manusia tidak gunakan akal yang di beri maka manusia boleh jadi lebih teruk dari binatang.
Semenjak dari kecil hingga sekarang agak-agaknya berapa banyak perbuatan kita yang bila fikirkan balik baru kita tersedar yang betapa ‘bodoh’nya kita yang dahulu membuat keputusan dan tindakan tanpa memikirkan risiko di kemudian hari. Ketika itu, kita hanya mahu lepaskan diri dan berseronok sahaja dan apa yang akan terjadi itu kemudian baru cerita.
Terkadang kita rasa apa yang kita buat sudah betul dan berguna tapi adakah betul ianya memberi menafaat kepada kita?. Sebagai contoh, semasa di zaman sekolah menengah pelajar-pelajar lelaki sering kali di tangkap melakukan kesalahan tak kiralah sama ada di sekolah mahupun di asrama pasti ada sahaja masalah yang di buat sehingga memeningkan kepala ustaz dan ustazah.
Oleh kerana terlalu banyak masalah disiplin yang timbul, salah seorang dari warden kami telah mengumpulkan kami dan telah memberi kami nasihat kepada kami supaya masalah disiplin yang sama tidak akan berulang lagi. Dan antara nasihat ustaz yang saya masih gunakan sampai sekarang ialah berkaitan macam mana kita nak mengenal pasti sama ada keputusan dan tindakan kita itu kena pada tempat dan keadaan ataupun tidak.
Ok, macam mana kita nak tahu keputusan kita itu betul dan kene pada tempatnya ialah dengan kita Tanya pada diri kita tiga(3) soalan berikut
1. Adakah Tempat yang kita nak buat tu betul ke tidak?
2. Adakah Perkara yang kita buat tu betul(baik) ke tidak?
3. Adakah Masa yang kita nak buat itu betul ke tidak?
Sekiranya perkara yang kita nak lakukan itu tak mengcukupi ketiga-tiga perkara ini maka kerja yang kita buat itu salah dan tak kena pada tempatnya. Jadi, saya sertakan situasi bagi memudahkan kita untuk pahamkan 3 soalan di atas.
Seorang pelajar bernama nabil(contoh sahaja) hendak mengosok baju sekolahnya, jadi jika di asrama penuh biasanya ada waktu-waktu tertentu sahaja yang mana pelajar di benarkan untuk mengosok baju. Di pendekkan cerita nabil ini hendak mengosok baju sekolah yang hendak di pakai pada hari esok bila sampai di bilik gosok waktu untuk mengosok baju telah tamat tetapi nabil tetap masuk ke bilik gosok tersebut dan mengosok bajunya dan terus balik sebaik sahaja selesai mengosok baju.
Baiklah, sekarang ini mari kita tengok sama ada perbuatan nabil ini kene pada tempat dan keadaan atau tidak. Pertama adalah tempat nabil gosok baju di bilik gosok maka perbuatan nya itu betul. Kedua perkara yang nabil buat , gosok baju adalah satu perbuatan yang baik kerana bajunya akan kelihatan ronyok dan berkedut jika tidak digosok. Ketiga masa nabil mengosok baju, alamak, nabil gosok baju bukan pada masa mengosok baju. Jadi, walaupun dua di antara tiga soalan adalah betul tetapi satu soalan tadi telah membuatkan perbuatan nabil tidak kena pada tempat dan keadaan bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh itu, tiga soalan mudah ini kita boleh gunakan dalam mana-mana situasi pun dan dengan bantuan akal yang Allah telah beri pada kita Insya Allah kita mampu berfikir sama ada perbuatan yang kita buat ini betul ke tidak..
Sekian..= )
Monday, April 16, 2012
kemarahan
Assalamualaikum..
ARRRRRRGGGGGGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!….erk..jangan terkejut?hehe..ini adalah salah satu contoh yang biasanya orang marah akan lakukan, dia akan rasa nak menjerit malah banyak lagi cara-cara yang orang akan buat supaya kemarahan yang ada dalam diri ini dalam di kurangkan dan terus hilang. Dalam islam juga ada menyebutkan tentang amarah dan telah di sertakan sekali cara untuk kita kurangkan rasa marah kita.
Jadi, jom kita periksa balik apa yang kita buat selama ini betul tak,sekiranya betul Alhamdulillah..sekiranya tidak mungkin kita boleh sama-sama untuk perbaiki diri dan terapkan ianya dalam kehidupan harian kita insya allah..
Dalam mengawal kemarahan ini kita mempunyai ‘STEP’ supaya kemarahan kita itu dapat di kurangkan dalam keadaan yang sesuai dengan fitrahnya.
Pertamanya kita di galakkan untuk DIAM bila perasaan marah datang .
Dari Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda Ajarkanlah Agama kepada orang lain, berikanlah khabar gembira dan jangan susahkan mereka. Dan apabila marah salah seorang dari kamu hendaklah kamu diam. (HR Musnad Ahmad)
Seterusnya, jika ada kemudahan kita AMBILLAH WUDHU’ sebab air dipercayai dapat mengurangkan rasa marah kita tu sebab sifat marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu asalnya adalah dari api. Maka Cara yang mudah dan terbaik untuk kalahkan api tidak lain hanya lah AIR..
Dari Atiah R.hu meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : sesungguhnya marah itu daripada syaitan,dan syaitan di ciptakan dari api, dan api di padamkan dengan air, oleh itu apabila marah salah seorang daripada kamu, maka hendaklah dia berwudhu’. (HR Ahmad)
Akhir sekali, Jika kita marah dalam keadaan berdiri maka kita digalakkan untuk duduk, sekiranya dengan duduk pun dia masih rasa marah lagi kita digalakkan untuk berbaring. Jadi, kita kenalah MENUKAR KEADAAN DIRI KETIKA MARAH dan pilih lah satu kedudukan yang agak selesa supaya kesan marah menjadi reda.
Dari Abu Zar r.hu meriwayatkan bahawa Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam pernah bersabda kepada kami : apabila marah salah seorang dari kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk. Jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring. (HR Abu Daud no 4782)
Sekiranya amarah kita ini kita dapat redakan malah kita mampu mengawalnya Allah telah menjanjikan pahala untuk orang tersebut.
Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang di sukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. (HR Ahmad)
Cuba kita bayangkan bila Allah sudah suka dengan apa yang kita buat,apa lagi yang kita nak dalam hidup ini melainkan hanya keredaan Allah. Maka marilah kita sama-sama untuk belajar mengawal kemarahan kita untuk suka kan kawan,keluarga dan terUTAMA sekali kesukaan Allah..insya Allah..
Akhir kata..
Dari Abu Hurairah R.hu meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sollahhu ‘Alaihi Wassallam bersabda : seorang yang kuat itu bukanlah orang dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah. (HR Bukhari no. 6114)
Sekian..= )











