Monday, March 12, 2012

my check-list


Assalamualaikum..

Hari ini kelas saya ada dua sahaja, jadi bagi mengisi kekosongan masa saya mendapat idea untuk membuat satu ‘check-list’ untuk amalan kita sepanjang hari. Saya mendapat idea ini kerana terasa diri sudah menjadi semakin malas malah ada orang yang telah menegur saya telah banyak berubah berbanding diri saya yang dulu.

Check-list ini sebenarnya saya pernah dapat ketika saya di zaman sekolah menengah lagi bilamana seorang senior telah memanggil kami adik-adik junior dan kemudian mengagihkan kepada kami sehelai seorang. Saya masih ingat lagi kata senior itu “dapat kertas ni simpan jangan buang,bila kita dah buat kita tick” tapi sayang kerana kertas yang saya peroleh telah hilang dan langsung tidak bersempatan untuk mengisi ‘check-list’ itu sebagai muhasabah diri.

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya dapat buat satu check-list amalan harian ini dan saya berharap dengan adanya ‘check-list’ ini dapatlah saya memperbaiki diri saya yang lemah ini kepada seorang yang lebih BAIK insya-allah..

saya ada sertakan sekali 'check-list' bersama. jadi sesiapa yang berkenan atau berminat untuk ambil amatlah saya alu-alukan.

sekian..= )

check-list..


3 comments:

  1. perkongsian yg menarik...
    erm...
    ada juga yg memanggil cheklist yg saudara maksudkan ini sebagai mutaba'ah amal...
    pernah seorang ust pesan pd sy di sekolah dahulu, ssh bg seorg hmba nk istiqomah tanpa seorang guru...
    namun, mutaba'ah amal sgt membantu...
    cheklist ringkas yg bukan utk ditonton umum..
    tp utk tontonan hati utk memuhasabahkan diri dr hari ke hari...

    em..
    qabilah subuh, qobilah zohor, qobilah asar...
    bukan qobliah ek??
    ke dua2 perkataan membawa mksd yg sama?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    terima kasih dengan teguran..
    ye,tulisan sebenarnya adalah qobliah. maaf saya terlepas pandang dengan perkara-perkara seperti ini..
    rasanya boleh betulkan balik bila download nanti.
    moga danpat memberi manfaat.

    ReplyDelete